Wednesday, 29 May 2013

Hati terkenang mulut menyebut :)

Bersaksi cinta di atas cinta
bersaksi cinta di atas rindu
dalam alunan hembusan nafasku
mnerka hati yang tersembunyi
berteman malam sunyi penuh sepi

sebut namamu terukir merdu !

gelora jiwa mendakap kenangan
terulis dalam kamus ingatan
kaulah pilihan sebagai teman
bersulam hati
mendakap getar
kekal abadi hingga akhir mati
dalam nafasku memanggil cintamu
satu nama teman setia
batin aku berkata
di penantian luahan rasa
disini aku setia
tagih satu pilihan
memenuhi separuh nafasku
dalam ikatan kita
bergetar satu rahsia
hati terkenang mulut menyebut !

Monday, 6 May 2013

Sial punya orang !

   Hahaha.. buat pertama kalinya aku menulis blog kat cc, almaklumlah broadband pun kena sekat, bukan apa, bilnya aku tak bayar-bayar lagi. Faham-faham sajalah. Bajet tak cukup, kikiki... Keadaan kat sini biasalah penuh dengan kenderaan, bising semacam. Nak fokus menulis pun jadik kacau. Untuk kali ni nak story pasal  orang Melayu, tetapi tak macam orang Melayu, orang yang tak tahu adat, budi bahasa entah kemana. Maaf lah, kalau tajuk entry kali ni agak melampau sikit. Bukan apa sekadar nak meluahkan rasa marah, geram dan sakit hati yang membuak-buak. Awalnya mahu saja aku tahan, tapi tak boleh, kena jugak luah kat sini, rasa macam nak tumbuk muka orang pun ada jugak !.

   Buat masa 'NI' apinya dah menyala, cuma asap saja yang belum keluar, mungkin aku dapat kawal lagi. Untuk memulakan story yang tengah panas ni, sebenarnya tujuan aku keluar kebandar Ketereh ni adalah semata-mata untuk berjumpa dengan sorang kawan aku ni, jantan, bukan laki, tapi jantan, geram beb!.Kalau lelaki tak adalah dia buat aku macam ni.  Malam tadi dia ada call, siap tanya bila aku free, nak ajak lepak-lepak kat pekan ketereh ni. Aku apa lagi, orang beria ajak aku setuju sajalah. Aku memang dah pesan awal-awal aku ni punchtual, bab-bab masa memang aku gila-gila lah tepati. Kalau boleh waktu pagi nak keluar dengan dia, biasalah tak nak la berjemur bawah matahari, sekarang kan musim panas. Dah la kenderaan tak ada, dari rumah aku kena naik moto tua dan sampai ajer jalan besar aku kena tahan teksi. Nak tahan teksi pun ambik masa jugak..tak ker kesian kat aku, kena tunggu bawah matahari kalau keluar lewat.

   Ok thats it, ok lagi, plan nak jumpa waktu pagi tak jadi, dia tangguh sampai kul 12.00 tengahari. Last-last dia sms aku bagi tahu dah nak gerak, so aku pegi la mandi dan siap-siap. Kebetulan adik perempuan aku ada kat umah, aku mintak dia yang tolong hantarkan kejalan besar. Aku siap bawak helmet lagi, katanya nanti balik dia nak hantar. Tapi panas yang aku sangka sampai kepetang rupanya hujan ditengahari, dia sms nanti nak gerak dia sms, dia nak pegi kenduri kejap, aku dalam hati, dah memang panas gila bai, cilaka  punya orang, bila tengok masa dia sms cakap nak gerak tadi, dah sejam, tapi tak gerak-gerak. Dah tak kisah dia kawan aku tau tak, janji macam mana, tapi yang jadi macam sekarang ni lah. Sial !

   Sampai sekarang dah  pukul 3.15 petang, langsung tak ada sms dari dia, celaka bai. Sekarang sapa nak jawab, aku dah keluar dah berapa jam, langsung bayangnya aku tak nampak. Ni lah aku cakap, janji melayu... masa langsung tak tepati. Memang panas gila-gila. Aku nak sms dia pun, aku langsung tak ada kredit, nak topup duit tak cukup, memang sial la lu bro !.

   And the last one untuk jantan sial ni, lu memang SIAL  bai !!!...