Tuesday, 1 January 2013

Mukaddimah sebuah Perkenalan

   " Mukaddimah sebuah perkenalan ", mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa aku pilih tajuk yang sebegini rupa untuk entry kali ini. Semestinya ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama, sebagai pengajaran. By the way, ceyhhh cakap oram putih lak aku kan, kakahhh...lama jugak rasanya aku tak tulis something kat sini, maklumlah banyak benda yang berlaku sepanjang akhir bulan sebelas ni. Tidak kira lah benda baik mahupun buruk, aku terima jer, yang penting mesti ambik dari sudut yang positif. Petang ni aku nak kongsikan apa yang aku lalui bila berjumpa dan kenal dengan sorang kawan baru. Aku kenal dia pun melalui laman sosial jer. Biasalah macam-macam benda yang boleh kita buat dengan adanya 'tenet', yer dak?. huhu...aku baru jer seminggu kenal dia, dialam nyata lah, kenal dekat internet pun tak la lama sangat. Senang citer aku namakan kawan yang baru aku kenal ni sebagai 'si polan', ok tak?..ok la tu kan, nak sebut nama dia tak elok pulak ?, aku kongsikan ni pun hanya untuk pengajaran buat aku mahupun sapa ajer yang baca entry aku kali ni.

  Aku ni jenis yang mudah nak terima orang yang nak berkawan, senang jugak untuk aku percaya kat orang, huhuhu sebab tu la aku selalu kena tipu. Mudah percaya la katakan. hurmm lupakan story pasal aku, ok si polan ni datang umah aku, sebab aku yang ajak, first bila aku jumpa si polan ni, perghhh alim orangnya, dahi ada tanda dua, warna hitam, tu maknanya orang yang kuat sembahyang dan banyak ilmu-ilmu agama.Ok jer, no hal, aku lagi la suka dapat kawan macam tu, bukan senang beb nak dapat kawan yang alim, warak. so bolehlah aku belajar apa yang patut dengan si polan ni. Maklumlah aku ilmu agama bukannya tahu sangat, tapi adalah jugak melalui pembelajaran secara formal atau pun tak.

  si polan ni berumur dalam 30 an macam tu la, lebih tua dari aku. Malam dia datang umah dan jumpa aku, kebetulan ada siaran langsung bola sepak, Malaysia lawan Burma lau tak silap la...haha, dia pun sama macam aku jugak,tak minat bola, so apa lagi kita orang ambik la peluang untuk kenal diri masing-masing.
Dia ceritakan semua pasal diri dia, sama jugak la dengan aku, tapi cerita apa yang patut jer, yang terlalu peribadi tak adalah aku cerita, orang baru kenal, mana boleh beb, even aku senang percaya kat orang,kena hati- hati jugak.

  Ermmm menurut si polan ni, dia banyak kali kena tipu dengan orang yang dia sayang, selalu kecewa, aku dalam hati perghh kesiannya. Si polan ni cakap, dia hampir bertunang, tapi mungkin jodoh dia belom sampai lagi, last-last terputus tengah jalan. Aduhhh kalau aku lah kat tempat dia, nak gila rasanya.huhu...dia jenis yang suka membaca, homeboy. sama jugak lah macam aku, hanya habiskan masa dekat umah jer.
Malam tu berakhir dia tido kat umah aku, banyak juga benda yang kami borakkan.

  Tapi makin lama aku borak dengan dia, makin aku kenal si polan ni jenis yang macam mana, perghhh kata-kata dia tusuk jantung beb, sakit hati pon ada bila aku fikirkan balik. tapi nak buat macam mana,sabar jer la. Si polan ni cakap dia tak percayakan sapa-sapa, termasuklah aku, perghhh rasa macam nak tumbuk saja muka mamat ni. first jumpa awal-awal lagi dia kata tak percaya kat aku. aku dalam hati babi la, kalau tak nak percaya kat aku, itu hak engkau, yang bikin aku panas dah la tak nak percaya kat aku, tuduh aku yang bukan-bukan lak.
 
  Aku ingat lagi, si polan ni ada sms aku, aku lambat balas, aku cakap tak dengar bunyi telefon, sebab aku kat luar, tengok tv.  si polan ni balas balik, nak bagi alasan pun biar munasabah, babi ko...aku dalam hati dok sumpah seranah, ada jugak manusia macam ni. sakit hati beb bila kita cuba jujur dengan seseorang tapi bila mana orang yang kita jujur ni tak percaya dan tuduh kita yang bukan-bukan..apa korunk rasa, panas tak?.

  Si polan ni, hanya setakat Spm jer belajarnya, tapi aku tak kisah, dengan sapa-sapa pun aku tak kisah. aku tak suka pandang rendah pada orang. Tapi ok la, dia keja elok dan sekarang dah ada rumah sendiri. Dari situ aku dah nampak dan boleh fikir, rezeki masing-masing Tuhan dah bagi. Dia kelebihan kat situ, aku kat situ. cuma cara yang berbeza, syukur Alhamdulillah. rezeki !.

  Dalam dok kenal dia, hurmm katanya dia tak pandai english, komputer pun hanya tahu sikit-sikit saja. ok la tu, nanti aku boleh la ajar mana yang aku tahu. Dia suh aku buatkan emel baru, insyAllah ada masa aku tolong si polan ni. Katanya dia juga pernah mintak tolong kawan dia buatakan account fb, perghh kerana percaya kat kawan dia, kawan dia sendiri yang guna fb dia, atas nama dia dan gambar dia. kesian lak aku fikir. hurmmmm...

  So aku tolong dia, tukar pasword, padam gambar dan padam semua mesej dengan orang yang dia sendiri tak kenal. Tak apa, aku tak kisah.Yang aku tahu aku ikhlas dengan dia. Banyak gak benda yang dia mengadu kat aku, aku lak yang tolong bagi semangat dan nasihat kat dia. Rasa macam terbalik pun ada gak, yalah dia lagi tua dari aku, tapi aku yang bagi nasihat kat dia, patutnya dia yang bagi nasihat kat aku.huhuhu...


*************

  Macam-macam ragam kerenah hidup manusia, satu jer yang paling aku tak suka, jika tak percayakan seseorang, janganlah tunjuk sangat depan-depan. sakit r beb, bila orang tak  percayakan kita padahal kita sehabis mungkin jujur dengan dia.


**************

  Hurmm apa pun yang berlaku pada masa yang lepas jadikan lah ia sebagai pengajaran, dan bukan pembakar semangat untuk kita toleh kebelakang dan jadikan orang sekeliling kita sebagai pemangsa untuk kita balas balik diatas apa yang berlaku pada masa yang lepas.

Selamat datang 2013

  Hurmmm hampir sebulan rasanya aku tak update blog ni. Rasa sunyi pun ada gak tanpa coretan cerita terbaru dari aku. hahaha... Idea sentiasa ada kat minda, tapi macam biasalah kadang-kadang  'mood' aku ni tak menentu.period aku ni datang memanjang jer, hahaha. Macam-macam benda yang berlaku, sama ada sedih, epy, marah atau apa sajalah yang buat 'spoil' dengan aku. Idea yang bersarang kat dada pun jadik terbantut. Ah pening bila difikirkan tentang semua yang aku lalui sepanjang hujung tahun 2012 ni. Naik mual, tention dan nasib baik aku dapat kawal, kalau tak mampus pitam aku dibuatnya.Apapon tu semua ujian daripada Allah s.w.t, so aku redha jer la.

  Ok, berbalik pasal cerita tahun baru 2013  ni, aku ucapkan selamat menyambut tahun baru ya, buat korunk semua, semoga apa yang telah dilalui di dalam perjalanan 2012 memberi banyak pengajaran dan semangat untuk korunk lakukan yang lebih baik untuk life. Termasuk lah aku jugak, sebagai anak remaja yang semakin menapak untuk mendewasakan diri. InsyAllah semua yang kita bakal lalui akan penuh dengan kebaikan dan sejuta kegembiraan. Wahhh bukan apa, sempena tahun baru ni la, kita nak mulakan semua dengan semangat dan azam yang baru, betol tak ?.Aku rasa banyak lagi azam tahun yang sebelumnya kita semua tak dapat nak tunaikan, so apa kata, untuk tahun 2013 ni kita semua cuba perbaiki dan capai azam yang seblum ni kita tak sempat gapai. jommmm.....

  Azam aku untuk tahun 2013 ni, hurm nak share ke tak ya dengan korunk semua?..hahaha bukan apa takut nanti korunk fikir aku ni kuar berangan, kikiki, almaklumlah sebelum kita gapai azam atau impian kita ni, kita kenalah berangan dulu, betol tak?, chill la derr...,tapi bukan angan-angan mat jenin ya..

  Ah tak kisah la korunk nak kata apa, yang penting itu azam aku, so aku konsikan jer la, mana la tahu kan, dalam list azam aku ni, korunk boleh bantu aku, tak banyak pun, sikit jadik lah. Ok ni dia list azam tahun baru aku untuk tahun 2013 :-
  • Dapatkan kerja yang bagus dengan gaji yang stabil
  • Kumpul duit than beli kereta idaman aku sejak dari Universiti lagi (Myvie)
  • Buka account untuk tabung haji buat mak dan ayah aku bila ekonomi diri stabil
  • Sambung belajar ke peringkat Tertinggi, InsyaAllah
  • Bahagia bersama keluarga yang paling aku sayang dunia dan akhirat
  • Bercuti dalam nogori dengan family dan kawan baik aku
  • Stabilkan hidup dengan sempurna, dari semua segi
  • Kumpul ramai kawan, sama ada waktu senang mahupun susah
  • Dapatkan seberapa banyak yang munkin novel dan habiskan membacanya
  • Mencari cinta, someone yang boleh terima siapa diri aku ?
  • Kumpul koleksi drama korea yang best-best dan sweet :)
   Ok, tu la dia, beberapa list azam tahun baru aku untuk tahun 2013 ni. InsyaAllah akan aku gapai satu persatu, sikit demi sikit.Ada beberapa list azam aku dari tahun lepas yang belom aku gapai, so aku bawak balik untuk tahun. chayok2/semangat untuk diri aku sendiri.

  Apapon buat korunk semua, mesti meriah kan sambutan ambang tahun 2013 malam tadi?., huhuhu aku lak tak sambut apa-apa pun, aku hanya habiskan masa duduk dirumah jer, biasalah orang yang tak ramai kawan dan suka terperuk kat umah, huhuhuhu. Harap korunk semua epy ya malam tadi.
  

Special untuk pembaca setia blog ni, aku ucapakan



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 :)