Ok, berbalik pasal cerita tahun baru 2013 ni, aku ucapkan selamat menyambut tahun baru ya, buat korunk semua, semoga apa yang telah dilalui di dalam perjalanan 2012 memberi banyak pengajaran dan semangat untuk korunk lakukan yang lebih baik untuk life. Termasuk lah aku jugak, sebagai anak remaja yang semakin menapak untuk mendewasakan diri. InsyAllah semua yang kita bakal lalui akan penuh dengan kebaikan dan sejuta kegembiraan. Wahhh bukan apa, sempena tahun baru ni la, kita nak mulakan semua dengan semangat dan azam yang baru, betol tak ?.Aku rasa banyak lagi azam tahun yang sebelumnya kita semua tak dapat nak tunaikan, so apa kata, untuk tahun 2013 ni kita semua cuba perbaiki dan capai azam yang seblum ni kita tak sempat gapai. jommmm.....
Azam aku untuk tahun 2013 ni, hurm nak share ke tak ya dengan korunk semua?..hahaha bukan apa takut nanti korunk fikir aku ni kuar berangan, kikiki, almaklumlah sebelum kita gapai azam atau impian kita ni, kita kenalah berangan dulu, betol tak?, chill la derr...,tapi bukan angan-angan mat jenin ya..
Ah tak kisah la korunk nak kata apa, yang penting itu azam aku, so aku konsikan jer la, mana la tahu kan, dalam list azam aku ni, korunk boleh bantu aku, tak banyak pun, sikit jadik lah. Ok ni dia list azam tahun baru aku untuk tahun 2013 :-
- Dapatkan kerja yang bagus dengan gaji yang stabil
- Kumpul duit than beli kereta idaman aku sejak dari Universiti lagi (Myvie)
- Buka account untuk tabung haji buat mak dan ayah aku bila ekonomi diri stabil
- Sambung belajar ke peringkat Tertinggi, InsyaAllah
- Bahagia bersama keluarga yang paling aku sayang dunia dan akhirat
- Bercuti dalam nogori dengan family dan kawan baik aku
- Stabilkan hidup dengan sempurna, dari semua segi
- Kumpul ramai kawan, sama ada waktu senang mahupun susah
- Dapatkan seberapa banyak yang munkin novel dan habiskan membacanya
- Mencari cinta, someone yang boleh terima siapa diri aku ?
- Kumpul koleksi drama korea yang best-best dan sweet :)
Apapon buat korunk semua, mesti meriah kan sambutan ambang tahun 2013 malam tadi?., huhuhu aku lak tak sambut apa-apa pun, aku hanya habiskan masa duduk dirumah jer, biasalah orang yang tak ramai kawan dan suka terperuk kat umah, huhuhuhu. Harap korunk semua epy ya malam tadi.
Special untuk pembaca setia blog ni, aku ucapakan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 :)
No comments:
Post a Comment