Saturday, 13 April 2013

Jiwa yang dipaksa oleh rasa (Khas buat Razif)

   Tidak aku sangka, hari ini aku kembali lagi ke kampung halaman, Kelantan. Pelbagai benda yang aku lalui, setiap rasa aku terasa, setiap cubaan aku merasa, terlalu perit dan pahit bila difikirkan apa yang terpalit, terkaku aku dipaku !. Hurmm penat yang teramat, ditambah rasa kecewa memaksa diri untuk redha. Jiwa yang dipaksa oleh rasa untuk  menerima apa yang berlaku. Huwaaaa mengeluh panjang nak tulis story kali ni.

**********
 
   Bertarikh 7 April 2013, jam 10.00 pagi aku gerak ke Kota Bharu dengan moto tua, dihantar oleh adik perempuan  menuju kejalan besar. Berbekalkan semangat untuk bekerja, segala sijil, 'curriculum vitae', dan surat sokongan aku siapkan 2 hari sebelum temuduga. Temuduga untuk jawatan guru (Private school). Sesampai saja ke jalan besar, aku menaiki teksi ke destinasi temuduga. Begitu kuat aku gagahkan diri, dengan duit belanja RM 20.00, SAMPAI juga akhirnya. Terkejut juga dengan sambutan untuk temuduga, begitu ramai sekali lulusan Master, Degree dan Diploma untuk mendapatkan kerja. Bila tengok keadaan macam tu, lagi la semangat bertambah untuk aku buat yang terbaik. Begitu ramai perempuan dan kaum sejenis aku, kaum lelaki hanya lima orang saja, 'kemana pergi menghilang kaum sejenis aku ni agaknya ya ?, hahaha.. mungkin tidak minat kot untuk jadi cikgu, fikir aku ! '.
  
   Apapon tak kisah la semua tu, sambil dok tunggu nak temuduga aku borak-borak la dengan dua orang budak laki yang menunggu giliran masing-masing. Kenal nama apa semua, borak-borak kosong untuk hilangkan debar dan rasa bosan. Sambil borak-borak tu dapatlah sorang kawan. Nama dia Din, umo 24, lulusan Degree dari Indonesia, kursus Sains Sosial, wowww hebatnya dia, lulusan luar negara kot, tapi sama macam aku jugak, masih mencari kerja, dan keja yang ada sekarang pun belom keja tetap, gaji dia pon dalam Rm 650.00 jer, mak aiii murahnya !, haha kata kat orang, gaji aku dulu pun dalam RM 400.00 jer. Murah sekali keja kat Kelantan ni. Akhirnya tiba gak giliran aku dengan Din untuk temuduga, kitaorang dipanggil masuk sekali, hanya memperkenalkan diri dan disuruh mengajar dengan berpandukan satu helai kertas yang mengandungi kata kerja(BM), so aku dengan Din buat jer la apa yang patut, sama-sama nak kerja kan. Din sebenarnya dah ada pengalaman mengajar dalam masa dua bulan macam tu la sebelum ni, guru sekolah agama, mengajar budak-budak mengaji, gaji RM 300.00 SEBULAN, mak aiii lagi la murah... terkejut aku !.

   Dalam bilik temuduga, Encik yang menemuduga kami, terus cakap yang kami dapat, Alhamdulillah, gembira tak terkata, setelah lama aku mencari kerja dan akhirnya dapat. Tapi bukan di Kelantan, tetapi di Subang Jaya Selangor. Arghhh aku tak kisah kat mana kejanya, yang penting aku dapat kerja. Lagipon kediaman disediakan. Berbaloi juga apa yang aku buat, berhabis duit pegi print 'curriculum vitae' kat kedai, pegi fotostat sijil dan cop semua sijil-sijil kat ketua kampung dan aku sangat-sangat berusaha. Encik yang menemuduga kami bernama dot, dot, dot..."sorry aku tak dapat nak inform apa nama dia", dia cakap nanti dia akan telefon aku balik untuk tindakan selanjutnya. Syukur Alhamdulillah :).
 
   Keluar jer dari bilik tu, tak tahu nak kata apa dah, senyum meleret sampai ke telinga, sama gak la dengan Din. Syukur nikmat sangat-sangat. Akhirnya Din hantar aku balik sampai kecabang jalan kecik, aku turun kat situ dan tunggu adik pompuan aku datang ambik. Masa tu dia cuti, adalah orang kat umah, senang nak gerak mana-mana. Perkenalan aku dengan Din diakhiri pertukaran no telefon, yalah senang nak berhubung, sama tempat keja dengan dia. Katanya dia akan tolak awal ke Kuala Lumpur, sebab ada hal kat sana, so kitaorang plan nak jumpa kat sana saja, aku time tu rasa takut dah tak ada, sebab ada kawan sekali yang boleh jadik semangat  buat aku jugak.
 
   Sampai rumah  terus bagi tahu adik dan mak aku. Alhamdulillah... Adik aku cakap berkat burung berak kat atas kelopak mata time nak pergi terview, haha siot jer !. Tapi benda ni betul-betul terjadi tau, burung berak kat atas kelopak mata belah kiri aku masa on the way nak pegi jalan besar, terpaksalah aku berenti umah jiran dan basuh dulu, SIAL PUNYA BURUNG !.
 
   Sampai rumah pun sama gak, tak senang duduk aku di buatnya, gembira yang tersangat...huhuhu... Malamnya aku dapat SMS mengatakan aku terpilih untuk training dan diminta datang mendaftar pada 9/4/2013 dan training akan bermula pada 10/4/2013, alamat tempat penginapan akan diberitahu kemudian.
Besoknya pagi-pagi lagi aku dah kuar pegi beli tiket, naik kat stesen bas ketereh dan turun Seksyen 17 Shah Alam. Itu pun bila aku tanya kawan-kawan yang lain, tempat yang paling dekat dengan Subang, so aku decide untuk turun kat Shah Alam.
  
   Balik rumah terus ambik baju yang tersangkut, semua aku basuh termasuklah sarung bantal dan kain selimut. Bilik aku kemas, beg baju aku kuarkan dari bawah katil, semua aku buat awal-awal takut tak sempat kering lak nanti, malamnya aku akan bertolak kesana. Tersangat penat, kasut aku gamkan, sebab dah nak tercabut tapak, seterika aku kuarkan dan semua tu aku listkan supaya tidak ada satu pun barang keperluan aku tertingggal, nak bawak sikit-sikit malas, takut tidak cukup, jauh beb, Kelantan dengan Subang...8 jam kot kalau naik bas.

Tiket terbang ke Shah Alam/Subang Jaya
   Sampai gak masa untuk aku gerak and everything aku dah packing. Dengan bantuan jiran, dia tolong hantarkan aku ke bus station dengan kereta. Tiket kul 9.45 malam, tapi kul 11.00 malam baru bas sampai. Sambil menunggu bas, aku sms Din bagi tahu yang aku dah nak bertolak dan dia reply yang dia tak jadik pegi. Huwaaaa kecewanya aku, kenapa la dia tak cakap awal-awal. Hurm tak kisah lah, aku kena kuat sebab aku betul-betul perlukan kerja.
 
   Aku apa lagi naik saja bas, macam yang selalu aku buat, buat tahik mata la, kakahhh.... x la rasa jauh sangat perjalananya, buka saja mata dah nak sampai. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku nak kerja, sampai gak aku kat Shah Alam Seksyen 17, sampai dalam kul 7 pagi. Aku terus ambik teksi dan gerak ke Subang. Tambang teksi mak aiii 40.00 ringgit. Budak kampung yang tak biasa jalan sana, bagi alamat dekat driver teksi dia terus bawak pegi sana.
 
   Sampai jer, alamak !, alamat yang En. dot...dot..dot sms kat aku tak penuh, so terpaksalah aku buat muka lenga dan tunggu kat tepi jalan, nak telefon dia pun tak dapat, call pejabat tak ada orang jawab. Last-last kena la aku tunggu sampai kul 8.00 pagi, baru ada orang jawab. Hurmmm nasib aku kot, kena tunggu lagi, dalam tiga jam, sebab cikgu yang dok umah tu ada kelas. Huwaaa dengan takut dan tidak selesa dengan keadaan sekeliling, aku memang paksa diri untuk tunggu. Takut beb dok kat tempat yang kita sendiri tidak biasa. Kerja yang selalu aku buat kalau bosan, menconteng kat atas buku, untuk menunjukkan yang aku betol-betol bosan dan bosan. Akhirnya cikgu tu sampai, umur dalam lingkungan 40 an, dia ajak pegi lepak kedai dan makan-makan kejap, tapi aku minum jer, semua tu mematikan selera aku, yang ada hanya rasa penat.
 
   Kesian betul kat aku, memang susah sangat-sangat, lif pulak rosak, tingkat 16 pulak tu rumahnya, so kena punggah dengan moto pegi letak kat surau. huhhhhhh penat beb, penat naik bas tak hilang lagi, ni kena punggah beg lak dengan moto, letak kat surau. Meletop aku dari dalam, tapi asapnya tidak keluar, dapat lagi aku tahan. NASIB BAIK AKU PENYABAR !.
 
   Aku dibawa oleh cikgu tutt..tutt...tuttt ke office, aku dibawa masuk kelas dan observe keadaan sekeliling sambil tengok cara senior teacher mengajar, itulah hari aku bila sampai sana dan dalam kelas tersebut aku disapa oleh senior teacher, Fiza. Sehingga pukul 1.00 pagi baru sampai umah. Letihnya !. Sampai jer rumah, kena punggah barang dari surau, tapi kali ni aku dibantu oleh cikgu tett..tett..tett lak, dan cikgu yang lain tunggu depan lif, nasib baik la lif dah ok, lega sikit. Masuk rumah terus mandi dan prepare nak tido. Penat punya pasal aku langsung tak ambil masa yang lama untuk lelap, sedar saja hari dah subuh.
 
   So bermulalah hari yang baru buat aku, pagi tu aku tumpang cikgu tett..tett..tett.. dengan kereta dia. Aku dibawa ke office dan sebelum tu kami pegi breakfirst kat kedai mamak. Alhamdulillah dia cepat mesra dan seorang yang baik, tak lah aku rasa sorang-sorang dan petangnya pulak mood aku yang muram berubah dengan sendiri bila aku dapat tahu ada sorang budak baru yang masuk. Budak laki, leh jadi kawan dan teman aku, Alhamdulillah. Lagi pun umur dia sama dengan aku, senanglah kamcing and he is a good boy !.



Ni lah, kawan yang aku maksudkan, handsome tak kawan aku ni ?, haha, buat kawan perempun, dia dah berpunya dah, kiki.. dan dia sangat-sangat baik, terima kasih Zif !
 
  So bermulalah kehidupan aku disana dengan semangat dan azam yang kuat ditemani kawan yang baru aku kenal. Semua kami lalui sama-sama, bangun tido prepare nak pegi office, tumpang cikgu tett..tett..tett.. Makan sama-sama, borak sama, dan tempat tido pun kami kongsi sama-sama. Semua ini membuat kami makin rapat dalam waktu yang sangat singkat. Makin lama aku kenal Zif, makin aku selesa dengan dia, masalah kami share sama-sama. Makin lama aku training kat sana, aku dengan Zif makin kenal dan lalui apa yang berlaku. Sepanjang disana kami  rapat, banyak yang kami kongsikan.
  
   Tetatapi sesuatu menganggu  kami dan itu membuat kami tidak selesa. Lastly aku dengan Zif buat keputusan malam khamis selepas balik keja untuk tarik diri daripada training. Kami tidak kisah mengajar, kerana itu tujuan kami kesini, tetapi yang menjadi masalah terbesar kami ialah kenderaan, jarak tempat keja dengan tempat tinggal sangat jauh. Tidak ada bas, yang ada hanya teksi, teksi sekali naik RM 12.00, huwaa macam mana tu, makan pun kami jimat, hanya sekali sehari dan nak bayar tambang teksi lak, mana kami mampu !. Takkan lah kami selalu nak tumpang keta cikgu tett..tett..tett. Kebanyakan jadual kelas tak sama. jadik itu yang jadi masalah terbesar. Masalah tempat tinggal, lift rosak, kami  terpaksa naik tangga ke tingkat 16 lak tu.hurmmmm...Apa yang kami fikir, mungkin ini ujian buat kami, Zif dari Seremban, dan aku Dari Kelantan, jauh tu, bila dah dapat kerja, ini pulak yang terjadi. Rasa terbeban dengan semua ni.


Ni dia barang yang aku maksudkan, tiga beg, satu kotak dan satu bantal..bayangkanlah macam mana aku dengan Zif bawak turun melalui tangga dari tingkat 16.
   Aku dengan Zif malam tu berborak panjang dan kami tido dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan. Lena kami hanya sekejap-sekejap. Pukul 7.00 pagi kami bangun kemas barang-barang dan buat keputusan untuk keluar rumah dalam kul 10 pagi. Masa yang ada sebelum keluar rumah kami borak, minum-minum sambil on9 kat laktop aku. Masa ni sukar untuk aku gambarkan apa yang aku rasa, rasa sedih yang teramat, begitu gak dengan Zif. sangat sedih. Pertemuan yang aku tidak jangka menjalinkan satu ukhwah yang baik dalam waktu  yang amat  singkat, dialah kawan yang baru aku kenal, tetapi rasa macam bertahun aku kenal.
 
   Barang aku sangat-sangat banyak, Zif bernasib baik sebab barang dia sikit, Jadik dia tolong bawakan separuh barang aku untuk turun kebawah. Penat yang teramat, tingkat 16 turun melalui tangga dengan bawa barang yang berat, bayangkanlah peluh kami dah macam mandi. Air paip yang dibuka sehabis mungkin. Mencurah-curah keluar tanpa henti. Zif terima kasih sangat-sangat sebab tolong aku !. Dari satu anak tangga ke tangga yang lain kami langkah dengan penuh sabar sehingga kebawah. Banyak kali jugaklah kami berhenti untuk hilangkan lelah. Sampai jer kami terus ke teksi, aku terus dibawa ke seksyen 17 Shah Alam, dan Zif turun dekat bus stop depan Sunway Piramid, dan itulah kali terakhir kami jumpa. Terasa diri kosong, sorang-sorang, takut dan sedih bagai dicucuk duri, perpisahan terasing yang tiada jemputan buat kami. Razif aku rindukan ko, sahabat dan kawan aku !.
 
   Zif balik ke Melaka dan aku ke Kelantan. sepanjang perjalanan kami bersms. Ukhwah kami yang terbina dalam masa yang singkat dan terpisah pun dalam masa yang singkat. Sungguh sakit buat aku.( Masa menulis baris cerita ni, air mata aku mengalir dengan sendiri), dan inilah air mata persahabatan kami !.
 
   Sesampai Shah Alam aku terus beli tiket, risau gak takut habis, dan nasib aku baik, ada satu jer seat yang kosong. Alhamdulillah.. aku naik bas waktu malamnya dan waktu siang aku dihabiskan di stesen bas.

Tiket terbang balik Kelantan

  Rasa bosan menjemput, jadik aku ambik keputusan untuk pergi kerumah ibu angkat aku di Seksyen 7, aku dilayan mesra oleh keluarga sana, adik-adik angkat aku melenyapakn sedikit rasa sedih dan kosong yang bertandang. KuL 2.00 petang aku tolak balik ke seksyen 17, risau gak sebab barang aku tinggal kat sana tanpa ada orang jaga, lagipun hari nampak mendung dan seakan nak hujan dan itu adalah semendung hati aku !. Alhamdulillah sampai sana, mata ni macam kena tarik-tarik supaya tertutup, mengantuk giler, so aku ambik keputusan untuk ke surau bahagian belakang dan tido. Masa kat sana aku dapat berborak dengan sorang abang yang jugak tunggu bas nak balik ke Kelantan. Dia oarng Rantau Panjang. Nama dia aku tak tahu sebab tak tanya, aku just paggil dia abang sebagai tanda hormat untuk orang yang lebih tua.
 
   Dalam pada tu aku bersms dengan Mus, kawan perempuan masa belajar dulu, dia keja kerani kat sana, dan dia datang dalam kul 8.00 malam sebelum aku tolak naik bas. Masa aku kat stesen bas berakhir macam pantas jer, tetapi hati aku seakan lemah, Zif dan aku dah jauh. Perpisahan antara dua sahabat membuat aku rasa terasing sekali.
 
   Zif sampai Melaka dalam pukul 5 petang dan aku sampai ke Kelantan dalam kul 6.00 pagi tadi. Sepanjang perjalanan aku sentiasa bersms dengan Zif sampailah sekarang. Kami berjanji tidak akan putus berhubung dan akan kekal berkawan sampai bila-bila walaupun kami jauh. Buat Zif aku sayangkan ko SAHABAT , jaga diri baik-baik kat sana, moga kita sama-sama berjaya nanti, KUAT SEMANGAT TAU ! dan begitu jua buat diri aku sendiri. Chayok2 !!!.


  Zif video ni khas buat ko, terima kasih sebab banyak tolong amar masa dalam training, ko jugak sumber kekuatan aku sebagi seorang sahabat yang baik :) . SAHABAT by Najwa Latiff. Walau apa pun yang terjadi disana, itu adalah pembakar semangat buat aku dan Zif untuk tidak putus asa dan akan terus berusaha, mungkin rezeki kami yang lebih berada ditempat lain, InsyaAllah.

Friday, 5 April 2013

Suratku buatmu dilangit biru

Awak sudah empat tahun kita bersama

Saya sangat gembira dengan kehadiran awak
Awak melengkapkan hidup saya

 
**********

 Apa yang kita lalui bersama akan saya ingat sampai bila-bila
awak baik, tapi kadang-kadang awak garang
saya selalu kena marah bila buat silap
tapi tak apa, saya tak kisah
sebab bila awak marah awak comel
saya tahu dalam garang awak ada manjanya juga

 
**********

 kadang-kadang saya suka kacau time awak marah
akhirnya marah awak pada saya makin kuat
kadang-kadang saya pula yang merajuk
kini giliran awak pula pujuk dan kacau saya
akhirnya kita sama-sama epy

 
**********

 
saya suka tengok awak senyum
dalam hati saya comelnya awak.

 
**********

 
Awak,awak ingat lagi tak dulu,
Masa kita makan sama-sama
Saya makan sikit jer,
Tapi awak marah, awak cakap saya membazir
Last-last saya habiskan jugak
Tapi sebenarnya
Bila saya dengan awak
Perut saya yang lapar jadi kenyang
Mood saya yang sedih jadi epy
Istimewanya awak buat saya

 
**********

 
Setiap malam tepat pukul sebelas saya akan sms awak
Ucap camat malam "camat malam cinta"
Dan setiap pagi pukul lapan saya sms
Ucap selamat pagi
Saya nak awak tahu setiap masa saya ingatkan awak
Awak sentiasa ada dalam setiap helaan nafas saya

 
**********

 Dan kini segalanya dah berubah
Awak makin jauh dengan saya
Hancurnya hati saya awak
Call saya awak tak jawab
Awak hanya sms mintak kita putus
Awak cakap awak akan kahwin dengan pilihan keluarga
Jangan ganggu awak lagi
Hancurnya hati saya masa tu
Awak kejam !
Saya benci awak !

 
**********
 Kini hampir setahun awak pegi tinggalkan saya
Dan baru saya tahu awak hidap kanser otak
Menyesalnya saya !
Awak tipu cakap awak terpaksa kahwin dengan pilihan keluarga
Rupanya awak taknak saya sedih
Yang saya akan kehilangan awak buat selamanya
Kenapa awak berahsia dengan saya?
Menyesalnya saya !
Saya langsung tak perasan perubahan awak masa kita bersama
Dan kini hidup saya kembali kosong tanpa awak

Pada tuhan saya berdoa
Moga awak bahagia disana
Setiap yang kita lalui akan kekal dalam ingatan saya
Suatu hari nanti saya akan menyusul awak disana
Kerana awaklah segalanya buat saya !.

 

Suratku buatmu dilangit biru.
 

Wednesday, 3 April 2013

Ada apa dengan warna ?

  Salam ukhwah buat semua pembaca yang menjengah blog ni. Entah kenapa malam ni mata tak dapat untuk aku lelapkan, mungkin pelbagai benda yang bermain dalam minda aku, atau mungkin aku minum nescafe masa layan movie tadi, arghh jenuh aku nak fikir sebab apa. biarkan ajerlah !. Dalam otak bercelaru dan mata yang tak dapat untuk aku paksa pejam, tiba-tiba idea mencurah-curah dalam kepala, tetiba saja datang dengan sendiri. itulah orang cakap disebalik kesusahan dan ujian, pasti akan terselit jua satu kelebihan, dan kelebihan yang Allah bagi untuk aku malam ini ialah idea untuk aku terus menulis dan menulis apa yang aku rasa.

  Hari ini dah tiga April, dan hari ini juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib telah bubarkan parlimen, dan tak lama lagi boleh mengundi. Dan tahun ini adalah tahun pertama aku perlu mengundi. So nak pilih yang mana satu ya ?, eh...silap lak, bukan nak tulis pasal politik ya malam ni, saja aku nak kongsikan.huh3...apa yang aku melalut pun tak tahu lah,ha3...

  Kipas level dua aku bukak, menghadap ke muka dan badan...fuhhhh terasa selesa sekali, yalah lama tak hujan, kalau la hujan malam ni,syukur nikmat buat aku...aku rasa bukan aku saja kot yang mengucapkan syukur, malahan seluruh penghuni alam yang tahu menghargai akan nikmat yang Allah bagi. Mengadap komputer atas katil, dalam kelambu dan bertemankan cahaya skrin laktop yang samar-samar membuat aku lancar mencari punat keyboard,kahkahhhh....tak jelas sangat lah beb, ala-ala cahaya lilin yang romantis ajer rasanya. Mungkin nyamuk pun tertanya-tanya buat apa lah mamat ni malam-malam kat dalam kelambu, tak tido lagi, buat spoil aku ajer, nak hisap darah ko tak dapat, tertutup rapat kelambu !, monolog dalaman nyamuk tu mungkin,ha3...pandai-pandai saja aku ni kan ?.

  Ok, berbalik tujuan utama aku menulis malam ni, tetiba aku dapat idea nak share pasal warna. Ada apa dengan warna ya ?. Hurm aku rasa di antara kita semua pasti ada yang meminati salah satu warna yang wujud kat atas muka bumi ni, ya tak ?, atau pun mungkin ada di antara kita yang sangat obses dengan satu-satu warna. Sapa setuju angkat kaki !. ha3...jangan marah. Aku gurau jer, gurau-gurau manja, tak nak lah korang baca entry aku kali ni dengan muka masam mencuka saja.

  Ok, aku nak kongsikan maksud disebalik warna. Warna apa yang korang paling minat dan paling obses?. Bagi aku sendiri, dulu time study aku sangat-sangat suka subjek psikologi, sebab apa?, sebab aku dapat belajar maksud yang tersirat disebalik warna yang korang paling minat. Macam aku sendiri aku sangat-sangat suka dengan warna biru laut dan aku terlalu obses sampaikan semua perlatan peribadi, aku nak yang bewarna biru laut. Baju ker, buku ker, kasut ker, tilam ker, langsir ker, semua aku nak warna biru laut. Hurm bagi aku itu tidak pelik, dan semua kawan yang paling rapat dengan aku sendiri pun tahu aku paling suka warna biru. So korang macam mana lak ?.So share la dengan aku,warna apa yang korang paling suka, melalui warna kita dapat baca personaliti seseorang tau !. Dan aku dapat la tahu personaliti seseorang tu melalui warna yang paling diminati.

  Kat bawah ni aku share kan maksud disebalik warna, dan korang akan tahu macam mana personaliti diri korang dan adakah ianya sama?. Kalau aku yang terlalu obses dengan warna biru, apa maksudnya ya?. Korang layan ajerlah :-).
 
Warna Merah

  Merupakan tanggapan bagi kategori warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda menggambarkan alam percintaan.

Warna Biru

  Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

Warna Kuning
 
  Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.

Warna Hijau

  Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.

Warna Hitam

   Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.

Warna putih
 
   Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna puteh ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.

Sumber : http://www.xpresi.org/warna-dan-ertinya/



Saya sayang awak !

Saya sayang awak sangat-sangat dan saya harap awak pon sama :)





Awak, awak sayang saya tak ?


Bila bosan, apa yang aku buat agaknya ya ?

  Dek kerana masa yang sentiasa suntuk, oleh keadaan yang semakin sibuk mereka corak, melakar cerita apa yang bakal terjadi, baru sekarang aku dapat menjengah merealisasikan apa yang aku alami, disini dan tika ini, blog kesayangan aku, ha3....Mesti korang rindu kat aku kan ?. Dah masuk bulan empat dah, sekejap saja masa berlalu, dek aliran gerakan masa yang tidak pernah terhenti, begitu jugak dengan usia aku, dah menjengah ketahun yang baru untuk tahun 2014.

  Bumi kelantan seakan kontang, dahagakan air, begitu jugak dengan penghuni bumi, pokok, haiwan, malahan aku sendiri sebagai manusia. Maklumlah dah lama hujan tak turun, panas terik sentiasa. Aku rasa sekarang ni tak payah nak joging untuk keluarkan peluh, mana taknya, duk dalam bilik dah rasa macam dalam oven, peluh akan keluar dengan sendiri. Kalau kemas bilik pon dah rasa macam pegi ke gym. Belum waktu malam lagi, kalau tak ada kipas kat hujung kaki memang aku tak dapat tido.

  Sepanjang aku tak menulis, banyak benda yang aku alami,dan mungkin perkara baru buat aku dan harus aku terima dengan redha. Ermmm rasanya tak payah la kot, untuk aku share apa yang berlaku, mungkin ianya terlalu peribadi.

  Rumah aku ni pun sentiasa sunyi, yang ada mak dan adik lelaki aku jer, tu pun dia jarang ada kat umah, kuar lepak dengan kawan-kawan. Mak aku sibuk dengan kerja dia kat kebun, aku macam biasa habiskan masa membaca blog, kalau ada waktu lapang tak pun aku layan citer. Almaklumlah budak yang belom dapat keja tetap, so masa sentiasa dihabiskan kat umah. Belum rezeki aku mungkin !.

**********

                                                               Ni baru jer intro bro,ha3...

**********

Bila bosan, apa yang aku buat agaknya ya ?
 
  Kadang-kadang dek kerana terlalu bosan dan sunyi sorang-sorang kat umah, aku melalak nyanyi pelbagai lagu yang lekat dekat mulut, main hentam saja, nak hilangkan apa yang aku rasa. Masa ni aku dah tak kisah suara aku sedap ataupun tak, yang penting komposer AJAI tak ada kat sebelah untuk komen apa yang aku nyanyi, lirik salah ker ?, suara tak sampai ker ?, ha3, lantak la.
 
   Yang aku tahu katak kat luar rumah mungkin gelakkan aku ramai-ramai dalam kelompok diorang, cengekrik pun mungkin berhenti menyanyi sebab dengar suara aku yang sedap,kakahhhh... kakahhhhhh.... kakahhhhhhh....kejam sungguh penghuni alam tu, bisik aku sorang diri.
 
   Apa yang aku buat ya ? selain daripada menyanyi kalau dah bosan, hurmm kejap aku fikir, aku pun dah lupa apa yang aku buat kalau dah bosan. Oh ya !, aku baru ingat, selain melalak sorang-sorang aku suka sambung ayat yang aku dengar dalam tv, tak kisah, lagu ker, dialog ker..aku sambung saja ikut gerak rasa yang aku rasa, lepas tu gelak sorang-sorang. Opsss jangan fikir aku ni gila ya !, aku tetap waras tetapi nilah cara yang aku buat.
 
   Berposing depan camera pun aku buat, kakahhhh maklumlah dulu berangan nak jadik model tak dapat, sebab aku tak handsome, snap pic sorang-sorang pun jadik la, tu pun aku buat sebab bosan jer.


Ni aku, bukan hantu ya !, bosan punya pasal, macam ni lah jadiknya :)

   Lagi satu, aku ni suka melukis, menconteng apa saja, bila ada kertas dengan pen kat tangan, aku conteng saja. Masih segar lagi dalam ingatan aku time belajar kat Shah Alam dulu, time pensyarah tengah mengajar aku dok sibuk menconteng, untuk gambarkan yang aku tengah kebosanan dengan syarahan pensyarah tersebut. Last-last bila dia tanya  soalan, aku tak dapat jawab. Orang semua pandang, malu teramat. Mana tidak malu, time tu kelas digabungkan daripada satu kepada tiga kelas atas sebab-sebab tertentu.

   Ok ni dia hasil seni yang aku hasilkan apabila bosan, jangan terkejut lak ya, kadang-kadang tu penuh satu buku catatan aku, sampai nota yang aku tulis pun dah tak jelas untuk aku baca.