Wednesday, 3 April 2013

Ada apa dengan warna ?

  Salam ukhwah buat semua pembaca yang menjengah blog ni. Entah kenapa malam ni mata tak dapat untuk aku lelapkan, mungkin pelbagai benda yang bermain dalam minda aku, atau mungkin aku minum nescafe masa layan movie tadi, arghh jenuh aku nak fikir sebab apa. biarkan ajerlah !. Dalam otak bercelaru dan mata yang tak dapat untuk aku paksa pejam, tiba-tiba idea mencurah-curah dalam kepala, tetiba saja datang dengan sendiri. itulah orang cakap disebalik kesusahan dan ujian, pasti akan terselit jua satu kelebihan, dan kelebihan yang Allah bagi untuk aku malam ini ialah idea untuk aku terus menulis dan menulis apa yang aku rasa.

  Hari ini dah tiga April, dan hari ini juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib telah bubarkan parlimen, dan tak lama lagi boleh mengundi. Dan tahun ini adalah tahun pertama aku perlu mengundi. So nak pilih yang mana satu ya ?, eh...silap lak, bukan nak tulis pasal politik ya malam ni, saja aku nak kongsikan.huh3...apa yang aku melalut pun tak tahu lah,ha3...

  Kipas level dua aku bukak, menghadap ke muka dan badan...fuhhhh terasa selesa sekali, yalah lama tak hujan, kalau la hujan malam ni,syukur nikmat buat aku...aku rasa bukan aku saja kot yang mengucapkan syukur, malahan seluruh penghuni alam yang tahu menghargai akan nikmat yang Allah bagi. Mengadap komputer atas katil, dalam kelambu dan bertemankan cahaya skrin laktop yang samar-samar membuat aku lancar mencari punat keyboard,kahkahhhh....tak jelas sangat lah beb, ala-ala cahaya lilin yang romantis ajer rasanya. Mungkin nyamuk pun tertanya-tanya buat apa lah mamat ni malam-malam kat dalam kelambu, tak tido lagi, buat spoil aku ajer, nak hisap darah ko tak dapat, tertutup rapat kelambu !, monolog dalaman nyamuk tu mungkin,ha3...pandai-pandai saja aku ni kan ?.

  Ok, berbalik tujuan utama aku menulis malam ni, tetiba aku dapat idea nak share pasal warna. Ada apa dengan warna ya ?. Hurm aku rasa di antara kita semua pasti ada yang meminati salah satu warna yang wujud kat atas muka bumi ni, ya tak ?, atau pun mungkin ada di antara kita yang sangat obses dengan satu-satu warna. Sapa setuju angkat kaki !. ha3...jangan marah. Aku gurau jer, gurau-gurau manja, tak nak lah korang baca entry aku kali ni dengan muka masam mencuka saja.

  Ok, aku nak kongsikan maksud disebalik warna. Warna apa yang korang paling minat dan paling obses?. Bagi aku sendiri, dulu time study aku sangat-sangat suka subjek psikologi, sebab apa?, sebab aku dapat belajar maksud yang tersirat disebalik warna yang korang paling minat. Macam aku sendiri aku sangat-sangat suka dengan warna biru laut dan aku terlalu obses sampaikan semua perlatan peribadi, aku nak yang bewarna biru laut. Baju ker, buku ker, kasut ker, tilam ker, langsir ker, semua aku nak warna biru laut. Hurm bagi aku itu tidak pelik, dan semua kawan yang paling rapat dengan aku sendiri pun tahu aku paling suka warna biru. So korang macam mana lak ?.So share la dengan aku,warna apa yang korang paling suka, melalui warna kita dapat baca personaliti seseorang tau !. Dan aku dapat la tahu personaliti seseorang tu melalui warna yang paling diminati.

  Kat bawah ni aku share kan maksud disebalik warna, dan korang akan tahu macam mana personaliti diri korang dan adakah ianya sama?. Kalau aku yang terlalu obses dengan warna biru, apa maksudnya ya?. Korang layan ajerlah :-).
 
Warna Merah

  Merupakan tanggapan bagi kategori warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda menggambarkan alam percintaan.

Warna Biru

  Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

Warna Kuning
 
  Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.

Warna Hijau

  Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.

Warna Hitam

   Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.

Warna putih
 
   Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna puteh ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.

Sumber : http://www.xpresi.org/warna-dan-ertinya/



No comments: