Saturday, 17 May 2014

Cuci mata sat


  
    Terasa diri sangat penat. Dibebani beban yang sarat. Kaku diri merelakan rehat. Moga hilang sakit yang sarat. Aduh bermadah pulak aqu malam ni. Hahahaha, tetiba dapat idea macam tu. Bukan senang tau !. Harap sesiapa sahaja yang membaca faham maksud yang tersirat didalamnya. Betul-betul badan ini terasa sangat- sangat penat, tapi mata pula yang belum bersedia untuk tido. Yang menemani aqu kala ini hanyalah unggas malam. Sentiasa menceriakan suasana kampung. Aqu pula keseorangan dirumah. Abang entah kemana, adik pula melepak dengan member kat luar. Hurmmmm kadang-kadang terasa bosan juga, bila sorang- sorang. Tapi bila dah terbiasa, semua tu tidak menjadi masalah.
 
   Bangun tido pagi tadi, rasa sayu dan sedih yang datang menemani, tetapi semua itu hilang bila dapat call dari Ikhram. Sudah lama rasanya aqu tidak keluar jalan-jalan cuci mata dan minda. So, bila Ikhram ajak, aqu apa lagi. Semua rasa sedih bagai lenyap dibawa arus angin masa. Tapi terpaksa tunggu Ikhram habis kerja dalam pukul 4.30 petang, baru kami gerak kedestinasi yang kami mahu. Pergi Bank, Billion dan KB Mall. Aku hanya ikut dari belakang. Asalnya Ikhram nak beli seluar, tapi aqu pula yang terbeli baju. Macam mana tu. Hahahaha..alah baju murah saja memandangkan duit yang tak ada. Tapi kena pandai cari dan pilihlah. Banyak ajer baju-baju yang cantik dan latest design kat kelantan ni. Huhuhu seronok pula. Bukan apa, jarang sekali aku shopping mahupun keluar jalan-jalan.

   Penutup hari kami, Ikhram teringin makan Burger King. Seronok lah tu, akhirnya dapat gak makan Burger King. Sebelum ni, dia dalam pantang sebab sakit. So bila tengok dia dah sihat, apa yang dia mengidam dapat, aku sebagai kawan, terasa puas. Heheheheheheh...Inilah ikatan antara dua sahabat. Apa yang dia rasa, aku terasa.
Lastly...dapat gak Burger King :)
   Korang percaya tak pada jodoh ?. Tidak kiralah jodoh sebagai kawan, mahupun yang lebih dari itu.
Dalam pada syok jalan-jalan, shopping, aqu dan Ikhram terserempak dengan dua orang mamat bersama tiga orang anak buahnya. So sweet. Bapak saudara bawak jalan anak-anak buah. Itu pun anggaran aqu ajerlah, betul atau pun tidak aqu tidak pasti. Dari dua tempat yang kami pergi, iaitu tempat yang berlainan, kami terserempak. Ajaib bukan ?. Salah satunya ialah Brands Outlets dan di surau tika solat zohor dan solat maghrib. Aqu hanya tersenyum, sama juga dengan Ikhram. Hanya senyuman yang kami lemparkan, nak tegur tak menjadi. Nanti diaorang fikir apa pulak. Bagi aqu sendiri, tidak salah untuk tegur, mana tahu boleh tambah kawan, betul tak ?.
 
   Ni antara gambar yang aqu dan Ikhram snap hari ini. Me and Him. Ur latest photo. Biasalah, kamera fon sahaja, tak berapa jelas. Tapi bila tengok banyak kali, baru aqu perasan something tak kena dengan aqu punya gambar. Hahahaha...Rupanya aqu ni handsome !. Jangan marah haaaaa...masuk bakul angkat sendiri....

Tersilap order yang large punya air..aduh tak habis tu...
 
Handsome kan?...huhuhuhu gurau jer :)

Friday, 16 May 2014

Entah mengapa :,(


Pertama kali aku mengupdate blog kesayangan aqu ni seawal pagi. Selalunya lewat malam, pabila mata enggan lelap, dan hati melawan untuk lena. Alhamdulillah, hari ini sabtu bersamaan 17 May 2014, aku masih lagi diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah. Bangun pagi dikejutkan oleh sms dari kawan baik aqu Ikhram bertanyakan sama ada fon aqu masih punyai kredit atau pun tidak. Bukan apa, dikala bosan, itulah yang kami buat. Berkongsi masalah dan berborak kosong bagi mentarbiahkan ikatan ukhwah antara dua sahabat melalui sms.


   Cuaca pagi ini, sejuk dan mendung. Mungkin musim hujan sudah tiba. Melihatkan suasana diluar rumah apabila pintu dibuka seolah mengiyakan perasaan gusar dan hati aku yang sayu. Entah mengapa, pagi ini hati terasa sayu, sedih, sunyi dan bosan. Maybe aqu terasa keseorangan dirumah. Adik dan abang masih di dalam selimut bertindak menyelesakan diri dengan suasana pagi yang dingin. Mungkin diaorang balik lewat mungkin malam tadi.

  So, langkah terbaik untuk menghilangkan setiap rasa yang aku merasa, tarik nafas panjang-panjang, dongak kelangit dan lihat akan kebesarannya. InsyaAllah, setiap rasa ini akan lenyap dan hilang begitu saja. Dengan harapan...

Friday, 9 May 2014

Bila berada ditempat MEREKA !

   April sudah beberapa hari melabuhkan tirainya dan bulan mei pula yang menjelma mencorak pelbagai lakaran cerita dalam hidup kita sebagai manusia biasa. Tidak terkecuali buat diri aku sendiri.
Harap-harap cerita menarik dan gembira sahaja akan bakal aku dan kamu-kamu semua lalui. InsyaAllah.

   Sudah lama aku tidak mencoret pelbagai kisah yang berlegar dalam kehidupan seharian. Maklumlah, internet tak ada. Sudah beberapa bulan aku tidak bayar bilnya and from now on, setiap apa yang terjadi, jika diberi idea dan kesempatan waktu, dengan senang hati aku akan berbicara disini. Tidak terlupa, ucapan terima kasih buat sahabat baik aku Ikhram, kerana dia paskan pada aku nombor internet satu Malaysia dengan harga runtuh. So, bulan-bulan nanti bil tidaklah terlalu mahal. Buat Maxis broadband, hangpa tunggu aku kumpul duit menggunug dulu ya, baru aku pergi bayar. Hahahaha..nasib badan.

   Sudah lama idea bersarang diotak, tetapi untuk menggarap apa yang terlintas diminda terlalu sukar sekali. So, petang jumaat yang indah ni, harap idea datang mencurah-mencurah dikepala macam air yang keluar dari pam bomba. Hahahaha terlebih imagine lak aku, kakahhhh. Senang untuk aku, tak perlu fikir lama-lama apa story kali ni..

   Ayam dan itik di luar rumah, tidak kira pagi, malam atau petang sentiasa berkokok. Lama-lama hilang suara baru tahu !. Hahahaha, gelak jahat. JAHAT SEKALI !. Beginilah suasana kampung, riuh dengan bunyi alam dan tidak seperti dibandar. Hiruk pikuk kota yang terlalu memenatkan.

   Thats it, warkah pembuka biacara !. Tak boleh panjang-panjang, nanti yang membacanya pening kepala. Sekarang sekali lagi aku kembali tanam anggur. Selepas seminggu bekerja di MPKB Kota Bharu sebagai krew dan  jurujual di Pesta Buku Kelantan 2014. Setelah bersusah payah hadirkan diri untuk ditemuduga. Alhamdulillah walaupun bukan kerja tetap, aku diterima.

   Nak kerja tu pun, sebenarnya aku ambik masa berhari-hari untuk fikir sama ada mahu terima atau tidak. Kerja yang susah untuk aku dapat, dan waktu kerja sehingga lewat malam. Aduh, aku betul-betul dalam dilema. Antara dua, sama ada terima atau tolak. Waktu kerja sehingga pukul sepuluh malam tidak menjadi beban mahupun masalah utama bagi aku, tetapi kenderaan untuk aku balik yang menjadi MASALAH !. Biasalah, aku hanya budak kampung, sebuah moto untuk bergerak kesana sini terlalu sukar untuk aku dapat. Yang ada hanya kenderaan awam. Di kelantan, kenderaan awam paling last sehingga pukul lapan malam. Kenderaan lain yang ada teksi, tetapi harga tambang memang cekik darah dan boleh hilangkan gaji aku untuk satu hari aku kerja. Korang boleh bayangkan macam mana aku rasa. Hendak kerja, tetapi kenderaan tidak ada untuk bergerak. Kalau waktu kerja sampai pukul enam petang, boleh lagi aku balik dengan bas dan jika waktu kerja sehingga sepuluh malam, aku nak balik dengan apa ?.

   Arghhhhhh itu semua membuat aku betol-betol pening dan tention. Rasa sedih tidak kurang hebatnya. aku bergelumang dengan gelodak rasa dalam jiwa aku sendiri. lastly, aku buat keputusan untuk terima kerja tu. Aku fikir, kalau aku tak kerja, tidak ada satu sen pun income yang masuk. Kalau kerja, sekurang-kurangnya ada juga income, walaupun hanya sedikit. Aku terima kerana itu rezeki aku. Pernah satu ketika aku terfikir untuk tidur di Masjid mahupun di stesen bas. Itu adalah jalan penyelesaian untuk aku jika kerja sehingga pukul sepuluh malam.

   Dan apa yang aku fikir, aku cuba buat. Tetapi tidak boleh. Badan penat seharian dari kerja dan terpaksa tidur di atas bangku perhentian bas. Keadaan sekeliling yang betul-betul tidak selamat ditambah dengan bunyi bising nyamuk dicuping telinga mencari darah. INI BETUL-BETUL TIDAK SELESA ! Bila kaki melangkah ke masjid, semua pintu pagar dikunci. Lastly aku decide untuk balik ke rumah walau tambang teksi terlalu mahal. Habis hilang duit gaji aku kerja untuk satu hari semata-mata membayar tambang. RM 25.00-30.00. Huwaaaaaa habis gaji aku !. Seminggu aku kerja, gaji bersih yang aku dapat hanya RM 100.00, setelah ditolak duit tambang dan belanja makan. Tapi tak apa, mungkin setakat itu sahaja rezeki aku untuk kali ini. Mungkin akan ada sesuatu yang tersirat buat aku di masa hadapan nanti, betol tak ?.




   Itulah pengalaman aku bergelumang rasa sedih dengan masalah yang membendung dalam diri dan aku  sendiri merasa bagaimana perasaan bila berada ditempat mereka yang bergelar gelandangan.Terlalu sukar untuk aku cari jalan penyelesaiannya. Pahit dan getir bila keadaan susah yang teramat membelenggu diri kita. Kekadang terfikir juga, macam mana keadaan gelandangan yang tidur ditepi-tepi jalan berbumbungkan langit dan berselimutkan kotak. Amat dan teramat tidak selesa.

   Sekurang-kurangnya aku pernah merasa berada ditempat mereka. Buat mereka yang bergelar gelandangan,tidak kira dimana sahaja mereka berada, semoga Allah murahkan rezeki kalian dan suatu hari nanti, akan ada sebuah rumah yang selesa untuk kalian diami. InsyaAllah.