April sudah beberapa hari melabuhkan tirainya dan bulan mei pula yang menjelma mencorak pelbagai lakaran cerita dalam hidup kita sebagai manusia biasa. Tidak terkecuali buat diri aku sendiri.
Harap-harap cerita menarik dan gembira sahaja akan bakal aku dan kamu-kamu semua lalui. InsyaAllah.
Sudah lama aku tidak mencoret pelbagai kisah yang berlegar dalam kehidupan seharian. Maklumlah, internet tak ada. Sudah beberapa bulan aku tidak bayar bilnya and from now on, setiap apa yang terjadi, jika diberi idea dan kesempatan waktu, dengan senang hati aku akan berbicara disini. Tidak terlupa, ucapan terima kasih buat sahabat baik aku Ikhram, kerana dia paskan pada aku nombor internet satu Malaysia dengan harga runtuh. So, bulan-bulan nanti bil tidaklah terlalu mahal. Buat Maxis broadband, hangpa tunggu aku kumpul duit menggunug dulu ya, baru aku pergi bayar. Hahahaha..nasib badan.
Sudah lama idea bersarang diotak, tetapi untuk menggarap apa yang terlintas diminda terlalu sukar sekali. So, petang jumaat yang indah ni, harap idea datang mencurah-mencurah dikepala macam air yang keluar dari pam bomba. Hahahaha terlebih imagine lak aku, kakahhhh. Senang untuk aku, tak perlu fikir lama-lama apa story kali ni..
Ayam dan itik di luar rumah, tidak kira pagi, malam atau petang sentiasa berkokok. Lama-lama hilang suara baru tahu !. Hahahaha, gelak jahat. JAHAT SEKALI !. Beginilah suasana kampung, riuh dengan bunyi alam dan tidak seperti dibandar. Hiruk pikuk kota yang terlalu memenatkan.
Thats it, warkah pembuka biacara !. Tak boleh panjang-panjang, nanti yang membacanya pening kepala. Sekarang sekali lagi aku kembali tanam anggur. Selepas seminggu bekerja di MPKB Kota Bharu sebagai krew dan jurujual di Pesta Buku Kelantan 2014. Setelah bersusah payah hadirkan diri untuk ditemuduga. Alhamdulillah walaupun bukan kerja tetap, aku diterima.
Nak kerja tu pun, sebenarnya aku ambik masa berhari-hari untuk fikir sama ada mahu terima atau tidak. Kerja yang susah untuk aku dapat, dan waktu kerja sehingga lewat malam. Aduh, aku betul-betul dalam dilema. Antara dua, sama ada terima atau tolak. Waktu kerja sehingga pukul sepuluh malam tidak menjadi beban mahupun masalah utama bagi aku, tetapi kenderaan untuk aku balik yang menjadi MASALAH !. Biasalah, aku hanya budak kampung, sebuah moto untuk bergerak kesana sini terlalu sukar untuk aku dapat. Yang ada hanya kenderaan awam. Di kelantan, kenderaan awam paling last sehingga pukul lapan malam. Kenderaan lain yang ada teksi, tetapi harga tambang memang cekik darah dan boleh hilangkan gaji aku untuk satu hari aku kerja. Korang boleh bayangkan macam mana aku rasa. Hendak kerja, tetapi kenderaan tidak ada untuk bergerak. Kalau waktu kerja sampai pukul enam petang, boleh lagi aku balik dengan bas dan jika waktu kerja sehingga sepuluh malam, aku nak balik dengan apa ?.
Arghhhhhh itu semua membuat aku betol-betol pening dan tention. Rasa sedih tidak kurang hebatnya. aku bergelumang dengan gelodak rasa dalam jiwa aku sendiri. lastly, aku buat keputusan untuk terima kerja tu. Aku fikir, kalau aku tak kerja, tidak ada satu sen pun income yang masuk. Kalau kerja, sekurang-kurangnya ada juga income, walaupun hanya sedikit. Aku terima kerana itu rezeki aku. Pernah satu ketika aku terfikir untuk tidur di Masjid mahupun di stesen bas. Itu adalah jalan penyelesaian untuk aku jika kerja sehingga pukul sepuluh malam.
Dan apa yang aku fikir, aku cuba buat. Tetapi tidak boleh. Badan penat seharian dari kerja dan terpaksa tidur di atas bangku perhentian bas. Keadaan sekeliling yang betul-betul tidak selamat ditambah dengan bunyi bising nyamuk dicuping telinga mencari darah. INI BETUL-BETUL TIDAK SELESA ! Bila kaki melangkah ke masjid, semua pintu pagar dikunci. Lastly aku decide untuk balik ke rumah walau tambang teksi terlalu mahal. Habis hilang duit gaji aku kerja untuk satu hari semata-mata membayar tambang. RM 25.00-30.00. Huwaaaaaa habis gaji aku !. Seminggu aku kerja, gaji bersih yang aku dapat hanya RM 100.00, setelah ditolak duit tambang dan belanja makan. Tapi tak apa, mungkin setakat itu sahaja rezeki aku untuk kali ini. Mungkin akan ada sesuatu yang tersirat buat aku di masa hadapan nanti, betol tak ?.
Itulah pengalaman aku bergelumang rasa sedih dengan masalah yang membendung dalam diri dan aku sendiri merasa bagaimana perasaan bila berada ditempat mereka yang bergelar gelandangan.Terlalu sukar untuk aku cari jalan penyelesaiannya. Pahit dan getir bila keadaan susah yang teramat membelenggu diri kita. Kekadang terfikir juga, macam mana keadaan gelandangan yang tidur ditepi-tepi jalan berbumbungkan langit dan berselimutkan kotak. Amat dan teramat tidak selesa.
Sekurang-kurangnya aku pernah merasa berada ditempat mereka. Buat mereka yang bergelar gelandangan,tidak kira dimana sahaja mereka berada, semoga Allah murahkan rezeki kalian dan suatu hari nanti, akan ada sebuah rumah yang selesa untuk kalian diami. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment