Tuesday, 29 December 2015
Aku disini..." Geng Dara Annggun "
Assalamualaikum...Lama jua aku tidak menjengah ke teratak usang kesayangan. Sekian lama perasaan bosan yang menghimpit, fikiran sunyi yang kian menyepit. Pelbagai ilham rasa yang terlahir hanya lenyap ditelan arus masa. Semuanya pantas bergerak meninggalkan aku tanpa rasa kesal. Setiap ilham yang terlahir dalam benak fikiran, aku biarkan ianya pudar dalam sekelip mata.
Tanpa sebarang coretan mahupun pengertian.... Arghhhhh kesal dan gusar aku sendirian !
Ya, hari ini, esok lusa bakal menjengah ketahun yang baru..Tahun 2016 DAN 2015 bakal kita semua tinggalkan. Pelbagai cerita yang menghimpit jiwa, pelbagai ragam hidup yang aku alami. Semua itu memberi sejuta harapan dan kata semangat untuk aku teruskan hidup. sejuta satu kali erti yang amat bernilai.
Tidak aku menyangka, sekarang aku bekerja di Syarikat Dara Anggun sebagai 'packaging'(Wakaf Che Yeh). Syukur Alhamdulillah. Walaupun kerja tanpa pangkat harapan yang menggunung, gaji yang tidak seberapa. Tapi itu sudah cukup memadai buat aku disaat ini. Jika dibandingkan dengan mereka disekeliling yang banyak kekurangan..tanpa pekerjaan. Macam mana agaknya kehidupan mereka?. Arghhhh ini semua memberi aku pengajaran supaya memahami akan erti bersyukur.
Pelbagai ceritera cerita yang terlahir disaat ini. Semua itu menggetus sejenak rasa aku !.Kehidupan aku yang semakin baik. Sebuah moto untuk aku bergerak kemana sahaja yang aku suka. Ulang alik ke tempat kerja...Syukur Alhamdulillah. Semua ini memudahkan urusan aku. Tak sama macam dulu. Nak gerak kemana-mana sangat susah. Bas dan teksi yang sedia menjadi teman. Dan sekarang tidak lagi. Zaman bas dan teksi sudah lama aku tinggalkan.Tapi tidak akan aku lupa. Tanpa kalian, hidup aku tidak punyai erti !.
Dsini, pelbagai ragam dan telatah manusia aku perolehi. Ada kalanya mengetus rasa amarah, benci, sakit hati malahan suka duka yang menggunung. Semuanya menghimpit menjadi satu. Rasa amarah, benci...tidak aku simpan dalam hati kerana setiap rasa itulah penyeri dan pelengkap hidup aku sebagai manusia biasa.
Buat girls office ditingkat bawah, kalian penyeri hidup aku. Kak Mariam, Fatihah dan adik manja lynn yang selalu gelak..korang adalah yang terbaik. Dan buat girls ditingkat atas pulak Fiera, Nad, Noriss, Aisyah, Anas, Nad dan Iekah...Kalian lah sumber ilham aku. Geng lelaki terhebat, Ikhram, Lan, Abe Iseyy dan Auss..Kalian lelaki Malaya terhangit !...kikikiki :).
Kerana kalianlah geng Dara ANGGUN..TERHANGIT DAN TERHANGAT DI PASARAN !.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment