Tuesday, 29 December 2015

Aku disini..." Geng Dara Annggun "

 
   Assalamualaikum...Lama jua aku tidak menjengah ke teratak usang kesayangan. Sekian lama perasaan bosan yang menghimpit, fikiran sunyi yang kian menyepit. Pelbagai ilham rasa yang terlahir hanya lenyap ditelan arus masa. Semuanya pantas bergerak meninggalkan aku tanpa rasa kesal. Setiap  ilham yang terlahir dalam benak fikiran, aku biarkan  ianya pudar dalam sekelip mata.

Tanpa sebarang coretan mahupun pengertian.... Arghhhhh kesal dan gusar aku sendirian !
 
   Ya, hari ini, esok lusa bakal menjengah ketahun yang baru..Tahun 2016   DAN   2015 bakal kita semua tinggalkan. Pelbagai cerita yang menghimpit jiwa, pelbagai ragam hidup yang aku alami. Semua itu memberi sejuta harapan dan kata semangat untuk aku teruskan hidup. sejuta satu kali erti yang amat bernilai.

    Tidak aku menyangka, sekarang aku bekerja di Syarikat Dara Anggun sebagai 'packaging'(Wakaf Che Yeh). Syukur Alhamdulillah. Walaupun kerja tanpa pangkat harapan yang menggunung, gaji yang tidak seberapa. Tapi itu sudah cukup memadai buat aku disaat ini. Jika dibandingkan dengan mereka disekeliling yang banyak kekurangan..tanpa pekerjaan. Macam mana agaknya kehidupan mereka?. Arghhhh ini semua memberi aku pengajaran supaya memahami akan erti bersyukur.

   Pelbagai ceritera cerita yang terlahir disaat ini. Semua itu menggetus sejenak rasa aku !.Kehidupan aku yang semakin baik. Sebuah moto untuk aku bergerak kemana sahaja yang aku suka. Ulang alik ke tempat kerja...Syukur Alhamdulillah. Semua ini memudahkan urusan aku. Tak sama macam dulu. Nak gerak kemana-mana sangat susah. Bas dan teksi yang sedia menjadi teman. Dan sekarang tidak lagi. Zaman bas dan teksi sudah lama aku tinggalkan.Tapi tidak akan aku lupa. Tanpa kalian, hidup aku tidak punyai erti !.

   Dsini, pelbagai ragam dan telatah manusia aku perolehi. Ada kalanya mengetus rasa amarah, benci, sakit hati malahan suka duka yang menggunung. Semuanya menghimpit menjadi satu. Rasa amarah, benci...tidak aku simpan dalam hati kerana setiap rasa itulah penyeri dan pelengkap hidup aku sebagai manusia biasa.

   Buat girls office ditingkat bawah, kalian penyeri hidup aku. Kak Mariam, Fatihah dan adik manja lynn yang selalu gelak..korang adalah yang terbaik. Dan buat girls ditingkat atas pulak Fiera, Nad, Noriss, Aisyah, Anas, Nad dan Iekah...Kalian lah sumber ilham aku. Geng lelaki terhebat, Ikhram, Lan, Abe Iseyy dan Auss..Kalian lelaki Malaya terhangit !...kikikiki :).

   Kerana kalianlah geng Dara ANGGUN..TERHANGIT DAN TERHANGAT DI PASARAN !.

Friday, 12 September 2014

Teman Encik Sahabat

   Alhamdulillah, atas izin Allah sekali lagi aku kembali. Kembali mencoret segala kisah yang berlegar di sekeliling aku sebagai perkongsian mahupan teladan. InsyaAllah… Buat sesiapa sahaja yang menjengah di jendela ilmu, semoga korang mendapat sekelumit pengajaran, ingatan, mahupan gelak tawa. Doa aku, moga korang semua di dalam keadaan baik-baik dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. J

   Maaf juga kerana sudah lama aku tidak berkongsi cerita. Kekadang kekangan waktu yang menghinmpit mahupun aku langsung tidak ada mood dan nafsu untuk menulis. Adakalanya diri terasa sedih, terbeban dan itu semua menjadi punca untuk aku diamkan diri.

   Alhamdulillah, sesudah menjengah ke angka tujuh hari, aku diuji dengan kesihatan yang kurang baik. Rasa pening sehinnga terkadang mata terasa gelap, letih dan penat. Tapi langsung tiada demam. Hahahaha itu membuat aku takut, siap buka internet dan google simpton yang aku alami. Terkejut dengan apa yang keluar dilayar skrin, rasa takut yang sedia ada bertambah. Akhirnya aku decide untuk pergi ke Klinik. Terkejut jugak aku, tekanan darah aku tinggi. Lupa berapa bacaannya, tapi Doktor yang merawat bagi tahu sedikit tinggi. Di Usia muda, mana mungkin ada darah tinggi. Betul tak?. It just langkah berjaga-jaga, darah aku diambil untuk diuji kandungan gula. Urmmm Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang tak elok..normal saja. Fuhhhhh lega dowh..Terasa satu beban yang terpikul sebelum ini, bagaikan lenyap. Alhamdulillah juga, aku sudah kembali sihat, epy dan insyaAllah, ceritera hidup aku akan penuh dengan rasa gembira.

  Itu bab kesihatan, Alhamdulillah…aku bersyukur sangat-sangat. Diuji dengan kesihatan yang tidak menentu, membuat aku terfikir, alangkah berharganya nikmat kesihatan yang Allah bagi selama ini. Seharusnya jagalah diri baik-baik. Doktor hanya bekalkan aku Vitamin B Complex, ubat pening dan Antibiotik ( ubat yang paling aku tidak suka,bukan apa baunya semacam ).

   Sejujurnya, beban masalah yang sarat menghentak minda dan jiwa aku merupakan salah satu sebab kenapa tekanan darah tinggi tiba-tiba. Terlalu tertekan, sedih semua tu boleh buat tekanan darah kita meningkat, tidak makan dengan teratur dan tidur yang tidak cukup menjadi punca.( Doktor yang bagi tahu,hahaha ).

   Ok, done mukaddimah pasal kesihatan, berbalik kepada topik utama “ menyelam sambil minum air”.. Hahahaha..peribahasa melayu tu, jangan kita lupa, yerr dak ?. Sebetulnya Malam tadi aku baru sampai rumah. Kalau tak silap aku dalam pukul 11.40 malam. Alhamdulillah, tanpa aku sedar, rezeki Allah bagi tidak pernah putus buat diri aku. Walaupun sedikit, Syukur Alhamdulillah. Syukur diatas nikmat yang Allah telah berikan pada aku.

   Encik kawan aku dapat panggilan untuk temuduga kerja dekat Pekan Pahang. Urmmm jauh kan?. Bila di fikirkan balik, rezeki kita Allah telah aturkan yang terbaik, Cuma kita sebagai hambanya perlu berusaha. Itulah Ikhram. Walaupun jauh, gagahkan juga untuk gerak ke sana. Aku pantang orang ajak berjalan, terus jer bagi jawapan ok ‘saja’, aku tak ada hal.Even bajet yang tak berapa nak ada. Hehehehe itu lah yang aku maksudkan dengan menyelam sambil minum air, sambil teman Encik kawan ni pergi temuduga, bolehlah aku kenal tempat-tempat baru. Jalan-jalan cuci mata, lapangkan minda. Hilang jugaklah rasa sedih, bosan yang ada.
    10 September 2014, Rabu aku dengan Ikhram gerak ke Pahang dalam pukul 3.30 petang. Suka giler-giler… Nasib baik jugalah time tu aku dah beransur sihat, but little bit tired. Tak apa, nak berjalan dan teman kawan punya pasal, Alhamdulillah aku ok2 saja. Untuk pengetahuan korang, Ikhram yang drive kereta sama ada pergi mahupan balik. Kalau dia kasi aku, memang tak sampailah. Lesen memang aku ada, Cuma tak berani. Lau korang nak tahu, aku ni cepat kecut perut, penakut sikit, hehehehehe….biar aku jer yang gelak, korang jangan gelak ya !.

   Kami gerak kesana melalui Terengganu, so banyak lah cerita dari Ikhram, Bukan apa, dia bekas student kat sana, pusing-pusing area UiTM Dungun, sambil mendengar celoteh encik sahabat. Dengarkan ajerlah !. Waktu sampai area dungun, time tu dah malam, Nampak pun samar-samar dengan cahaya lampu. Seronok jugak lerrr..besar, maju juga Terengganu tu, dari Kelantan ni. Banyak kemajuan, banyak yang dah berubah. Sebelum ni pernah aku ke sana, tapi sekadar sepintas lalu ajer, sekadar tengok-tengok. But ini time lain sikit. Tengok, kenal dan faham. Sebab apa aku kata macam tu, si Ikhram ni dah macam Encik Pemandu Pelancung dah. Hahahahaha…mana tidaknya penerangan dia detail dari A sampai Z. ( P/S : Jangan marah naaaaa.. J ).

   Sikit kecewa, bila dia bawak aku makan malam kat kedai apa nama entah, seyes x sedap. Hehehehe, tapi tetap habis lapar punya citer..

   Sepanjang perjalanan gi sana, kami borak- borak sambil dengar lagu. Mata aku dok melilau tengok sign board, dia pulak cocentrate memandu. Ya lah, tempat orang, bila dah masuk area Pahang memang kami langsung tak tahu jalan.( opsss kami lak, dia ajer yang tahu jalan, aku langsung 0 ). Semua berpandukan ‘sign board’. Alhamdulillah sampai gak ke Kuantan, but tempat yang dituju ke Pekan Pahang. Mak aihhhhh jauh beb, kalau tak salah aku dalam 53 kilometer. Urmm betul- betul jauh tu. Jalan nak ke sana pun sunyi, keadang jalan yang kami lalu langsung tak ada lampu jalan. Nasib baik la, kami tak stay area Kuantan, kalau tak memang terlepas temuduga si Ikhram aku asee.
 
 
     Dalam pukul 2.30 pagi, kami sampai Pekan Pahang, itu bila dah selesai pergi cari tempat Ikhram nak interview esoknya, cari hotel bajet yang paling dekat. Alhamdulillah dapat gak, hotel dengan harga RM 50 satu malam. Dapat kami mandi, solat , rehat. Sebab esoknya masih panjang perjalanan kami.

   Tak salah juga untuk aku kongsi, cerita kelakar time nak cari hotel murah. Bila turun pergi tanya, tak ada orang dekat kaunter, bila col, si pemilik hotel bagi tahu, bilik dah penuh, dan siap tanya hotel area lain ada lagi x ?..cuba adik pergi hotel tu ( wah adik tu, yes aku akui, aku memang adik-adik tingkatan lima yang masih muda remaja)… hahahaha lawak dowh, maybe owner hotel ni malas nak datang balik kat hotelnya, bagi alasan hotel penuh. Hahahaha ada juga orang niaga macam ni.

   Esoknya Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kami gerak ke tempat temuduga dalam lima minit perjalanan. Tapi aku lak tak dapat masuk, sebabnya berselipar. Pepet betul !. Terpaksa aku biarkan Ikhram sorang-sorang masuk temuduga, dan aku patah balik ke hotel dengan jalan kaki. Nak kata jauh tu, tak ada lah, tapi berpeluh kot, dalam 25 minit baru sampai. Tak pasal-pasal aku joging kat Pekan Pahang. Kalau jurulatih sukan nampk aku, conform dia offer aku untuk jadi pelatihnya dan di latih sebagai Atlet sukan Negeri..hahahahaha….( nasib baik tak letak wakil Negara ).
   Sampai bilik, mandi, guling-guling dan seterusnya ambik camera snap pic sorang-sorang. Mana tidaknya, bilik tv ada, tapi tak berfungsi. On jer, berdesing, siaran langsung tak ada. Heyyyyyy.. macam ni la orang melayu meniaga, langsung tak pandai jaga pelanggan. Tahu la bilik yang aku ambik paling mahal, yerr dakkkk…..

  Alhamdulillah, semua settle, rasa berdebar Encik kawan dah hilang, so kami tolak balik dalam pukul 12.30. Sepanjang perjalanan, macam biasa mata melilau mencari arah. Aku mulut asyik mengunyah roti kering bertongkatkan  air mineral.

   Sepanjang perjalanan balik, aktiviti tetap sama, Encik kawan memandu dan aku leka tengok sekitar jalan. Terasa bebas, lepas untuk aku bernafas. Sempat juga aku dengan Ikhram singgah di Mesra Mall untuk makan-makan dan solat. Fuhhh lega, akhirnya dapat gak makan makanan yang sedap. Nampak simple but nice. Sup ayam, telur dadar dan teh o ais. Seyes sup memang sedap.  Terangkat. Encik kawan lak makan nasik apa entah, aku lupa apa namanya plus ABC.

  Sambil  tu jugak, Ikhram bawak aku pergi beli satar goring. Selalunya satar dibalut dengan daun pisang dan dibakar tapi yang ini, dibalut dengan kulit popia dan digoreng. Not bad la, benda baru yang aku cuba. Rasa rangup, manis dan sedikit pedas. Apa yang penting, penuh dengan rasa isi ikan. Terbaik la. Kalau kesana lagi, memang aku akan beli. Keropok dia pon best, sedap, rasa menyesal sebab sikit ajer aku beli. Hehehehehe…

   Last destinasi, kami singgah Pantai Kemasik dan itu yang yang paling aku suka. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa, memang aku suka gila-gila pantai. Maybe sebab pemandangan yang cantik, sejuk mata memandang dan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ambik gambar seberapa banyak yang boleh. Senyum sampai ke telinga kot..

   So ini lah cerita aku untuk kali ini, memang aku suka bergambar,suka makan-makan dan suka jalan-jalan sambil kenal dan tengok tempat baru. Syukur Alhamdulillah, walaupun sekadar teman encik kawan, tapi aku tetap rasa bersyukur, sambil menjadi teman, sambil itu juga aku dapat berjalan ke tempat orang.

P/S : Buat encik kawan thanks 4 everything, segala perbelanjaan encik kawan yang support, tu yang paling aku suka sebenarnya, hahahaha J

Saturday, 17 May 2014

Cuci mata sat


  
    Terasa diri sangat penat. Dibebani beban yang sarat. Kaku diri merelakan rehat. Moga hilang sakit yang sarat. Aduh bermadah pulak aqu malam ni. Hahahaha, tetiba dapat idea macam tu. Bukan senang tau !. Harap sesiapa sahaja yang membaca faham maksud yang tersirat didalamnya. Betul-betul badan ini terasa sangat- sangat penat, tapi mata pula yang belum bersedia untuk tido. Yang menemani aqu kala ini hanyalah unggas malam. Sentiasa menceriakan suasana kampung. Aqu pula keseorangan dirumah. Abang entah kemana, adik pula melepak dengan member kat luar. Hurmmmm kadang-kadang terasa bosan juga, bila sorang- sorang. Tapi bila dah terbiasa, semua tu tidak menjadi masalah.
 
   Bangun tido pagi tadi, rasa sayu dan sedih yang datang menemani, tetapi semua itu hilang bila dapat call dari Ikhram. Sudah lama rasanya aqu tidak keluar jalan-jalan cuci mata dan minda. So, bila Ikhram ajak, aqu apa lagi. Semua rasa sedih bagai lenyap dibawa arus angin masa. Tapi terpaksa tunggu Ikhram habis kerja dalam pukul 4.30 petang, baru kami gerak kedestinasi yang kami mahu. Pergi Bank, Billion dan KB Mall. Aku hanya ikut dari belakang. Asalnya Ikhram nak beli seluar, tapi aqu pula yang terbeli baju. Macam mana tu. Hahahaha..alah baju murah saja memandangkan duit yang tak ada. Tapi kena pandai cari dan pilihlah. Banyak ajer baju-baju yang cantik dan latest design kat kelantan ni. Huhuhu seronok pula. Bukan apa, jarang sekali aku shopping mahupun keluar jalan-jalan.

   Penutup hari kami, Ikhram teringin makan Burger King. Seronok lah tu, akhirnya dapat gak makan Burger King. Sebelum ni, dia dalam pantang sebab sakit. So bila tengok dia dah sihat, apa yang dia mengidam dapat, aku sebagai kawan, terasa puas. Heheheheheheh...Inilah ikatan antara dua sahabat. Apa yang dia rasa, aku terasa.
Lastly...dapat gak Burger King :)
   Korang percaya tak pada jodoh ?. Tidak kiralah jodoh sebagai kawan, mahupun yang lebih dari itu.
Dalam pada syok jalan-jalan, shopping, aqu dan Ikhram terserempak dengan dua orang mamat bersama tiga orang anak buahnya. So sweet. Bapak saudara bawak jalan anak-anak buah. Itu pun anggaran aqu ajerlah, betul atau pun tidak aqu tidak pasti. Dari dua tempat yang kami pergi, iaitu tempat yang berlainan, kami terserempak. Ajaib bukan ?. Salah satunya ialah Brands Outlets dan di surau tika solat zohor dan solat maghrib. Aqu hanya tersenyum, sama juga dengan Ikhram. Hanya senyuman yang kami lemparkan, nak tegur tak menjadi. Nanti diaorang fikir apa pulak. Bagi aqu sendiri, tidak salah untuk tegur, mana tahu boleh tambah kawan, betul tak ?.
 
   Ni antara gambar yang aqu dan Ikhram snap hari ini. Me and Him. Ur latest photo. Biasalah, kamera fon sahaja, tak berapa jelas. Tapi bila tengok banyak kali, baru aqu perasan something tak kena dengan aqu punya gambar. Hahahaha...Rupanya aqu ni handsome !. Jangan marah haaaaa...masuk bakul angkat sendiri....

Tersilap order yang large punya air..aduh tak habis tu...
 
Handsome kan?...huhuhuhu gurau jer :)

Friday, 16 May 2014

Entah mengapa :,(


Pertama kali aku mengupdate blog kesayangan aqu ni seawal pagi. Selalunya lewat malam, pabila mata enggan lelap, dan hati melawan untuk lena. Alhamdulillah, hari ini sabtu bersamaan 17 May 2014, aku masih lagi diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah. Bangun pagi dikejutkan oleh sms dari kawan baik aqu Ikhram bertanyakan sama ada fon aqu masih punyai kredit atau pun tidak. Bukan apa, dikala bosan, itulah yang kami buat. Berkongsi masalah dan berborak kosong bagi mentarbiahkan ikatan ukhwah antara dua sahabat melalui sms.


   Cuaca pagi ini, sejuk dan mendung. Mungkin musim hujan sudah tiba. Melihatkan suasana diluar rumah apabila pintu dibuka seolah mengiyakan perasaan gusar dan hati aku yang sayu. Entah mengapa, pagi ini hati terasa sayu, sedih, sunyi dan bosan. Maybe aqu terasa keseorangan dirumah. Adik dan abang masih di dalam selimut bertindak menyelesakan diri dengan suasana pagi yang dingin. Mungkin diaorang balik lewat mungkin malam tadi.

  So, langkah terbaik untuk menghilangkan setiap rasa yang aku merasa, tarik nafas panjang-panjang, dongak kelangit dan lihat akan kebesarannya. InsyaAllah, setiap rasa ini akan lenyap dan hilang begitu saja. Dengan harapan...

Friday, 9 May 2014

Bila berada ditempat MEREKA !

   April sudah beberapa hari melabuhkan tirainya dan bulan mei pula yang menjelma mencorak pelbagai lakaran cerita dalam hidup kita sebagai manusia biasa. Tidak terkecuali buat diri aku sendiri.
Harap-harap cerita menarik dan gembira sahaja akan bakal aku dan kamu-kamu semua lalui. InsyaAllah.

   Sudah lama aku tidak mencoret pelbagai kisah yang berlegar dalam kehidupan seharian. Maklumlah, internet tak ada. Sudah beberapa bulan aku tidak bayar bilnya and from now on, setiap apa yang terjadi, jika diberi idea dan kesempatan waktu, dengan senang hati aku akan berbicara disini. Tidak terlupa, ucapan terima kasih buat sahabat baik aku Ikhram, kerana dia paskan pada aku nombor internet satu Malaysia dengan harga runtuh. So, bulan-bulan nanti bil tidaklah terlalu mahal. Buat Maxis broadband, hangpa tunggu aku kumpul duit menggunug dulu ya, baru aku pergi bayar. Hahahaha..nasib badan.

   Sudah lama idea bersarang diotak, tetapi untuk menggarap apa yang terlintas diminda terlalu sukar sekali. So, petang jumaat yang indah ni, harap idea datang mencurah-mencurah dikepala macam air yang keluar dari pam bomba. Hahahaha terlebih imagine lak aku, kakahhhh. Senang untuk aku, tak perlu fikir lama-lama apa story kali ni..

   Ayam dan itik di luar rumah, tidak kira pagi, malam atau petang sentiasa berkokok. Lama-lama hilang suara baru tahu !. Hahahaha, gelak jahat. JAHAT SEKALI !. Beginilah suasana kampung, riuh dengan bunyi alam dan tidak seperti dibandar. Hiruk pikuk kota yang terlalu memenatkan.

   Thats it, warkah pembuka biacara !. Tak boleh panjang-panjang, nanti yang membacanya pening kepala. Sekarang sekali lagi aku kembali tanam anggur. Selepas seminggu bekerja di MPKB Kota Bharu sebagai krew dan  jurujual di Pesta Buku Kelantan 2014. Setelah bersusah payah hadirkan diri untuk ditemuduga. Alhamdulillah walaupun bukan kerja tetap, aku diterima.

   Nak kerja tu pun, sebenarnya aku ambik masa berhari-hari untuk fikir sama ada mahu terima atau tidak. Kerja yang susah untuk aku dapat, dan waktu kerja sehingga lewat malam. Aduh, aku betul-betul dalam dilema. Antara dua, sama ada terima atau tolak. Waktu kerja sehingga pukul sepuluh malam tidak menjadi beban mahupun masalah utama bagi aku, tetapi kenderaan untuk aku balik yang menjadi MASALAH !. Biasalah, aku hanya budak kampung, sebuah moto untuk bergerak kesana sini terlalu sukar untuk aku dapat. Yang ada hanya kenderaan awam. Di kelantan, kenderaan awam paling last sehingga pukul lapan malam. Kenderaan lain yang ada teksi, tetapi harga tambang memang cekik darah dan boleh hilangkan gaji aku untuk satu hari aku kerja. Korang boleh bayangkan macam mana aku rasa. Hendak kerja, tetapi kenderaan tidak ada untuk bergerak. Kalau waktu kerja sampai pukul enam petang, boleh lagi aku balik dengan bas dan jika waktu kerja sehingga sepuluh malam, aku nak balik dengan apa ?.

   Arghhhhhh itu semua membuat aku betol-betol pening dan tention. Rasa sedih tidak kurang hebatnya. aku bergelumang dengan gelodak rasa dalam jiwa aku sendiri. lastly, aku buat keputusan untuk terima kerja tu. Aku fikir, kalau aku tak kerja, tidak ada satu sen pun income yang masuk. Kalau kerja, sekurang-kurangnya ada juga income, walaupun hanya sedikit. Aku terima kerana itu rezeki aku. Pernah satu ketika aku terfikir untuk tidur di Masjid mahupun di stesen bas. Itu adalah jalan penyelesaian untuk aku jika kerja sehingga pukul sepuluh malam.

   Dan apa yang aku fikir, aku cuba buat. Tetapi tidak boleh. Badan penat seharian dari kerja dan terpaksa tidur di atas bangku perhentian bas. Keadaan sekeliling yang betul-betul tidak selamat ditambah dengan bunyi bising nyamuk dicuping telinga mencari darah. INI BETUL-BETUL TIDAK SELESA ! Bila kaki melangkah ke masjid, semua pintu pagar dikunci. Lastly aku decide untuk balik ke rumah walau tambang teksi terlalu mahal. Habis hilang duit gaji aku kerja untuk satu hari semata-mata membayar tambang. RM 25.00-30.00. Huwaaaaaa habis gaji aku !. Seminggu aku kerja, gaji bersih yang aku dapat hanya RM 100.00, setelah ditolak duit tambang dan belanja makan. Tapi tak apa, mungkin setakat itu sahaja rezeki aku untuk kali ini. Mungkin akan ada sesuatu yang tersirat buat aku di masa hadapan nanti, betol tak ?.




   Itulah pengalaman aku bergelumang rasa sedih dengan masalah yang membendung dalam diri dan aku  sendiri merasa bagaimana perasaan bila berada ditempat mereka yang bergelar gelandangan.Terlalu sukar untuk aku cari jalan penyelesaiannya. Pahit dan getir bila keadaan susah yang teramat membelenggu diri kita. Kekadang terfikir juga, macam mana keadaan gelandangan yang tidur ditepi-tepi jalan berbumbungkan langit dan berselimutkan kotak. Amat dan teramat tidak selesa.

   Sekurang-kurangnya aku pernah merasa berada ditempat mereka. Buat mereka yang bergelar gelandangan,tidak kira dimana sahaja mereka berada, semoga Allah murahkan rezeki kalian dan suatu hari nanti, akan ada sebuah rumah yang selesa untuk kalian diami. InsyaAllah.

Saturday, 2 November 2013

Telatah Pakwe n Makwe


Makwe : Bie pinjam phone jap .
Pakwe : Jap sayang , bie nak on phone - delete
              delete delete
Makwe : Okay .
Pakwe : Nahh sayang . percaya laa bie tak curang .
Makwe : Okay dah . Nah amek balik .
Pakwe: Sayang tengok apa tadi ?
Makwe: Just tengok jam pukul berapa .
Pakwe :-)

Wednesday, 30 October 2013

Wasiat rindu



 
 
Sepi malam temani aku
Unggas diawan berteriak malu
Burung berkicau berlagu sendu
Wakil zahir yang malu
Terkadang pena terlahir
Aku menulis ditulis semua perasaan
Ada dan tiada tanpa paksaan
Setitik rasa itu mengalir terdampar
dibawa hanyut badai sepi
 
**********
 
Separuh diri aku hilang
Kau diawan aku dibumi
Ingatkan dirimu aku terkenang
Bergetar jiwa terbelit rasa
Terucap dibibir merungkai kata
Setiap saat diri terasa
Sejernih mutiara aku rasa
 
Biar nafas MENDAKI lelah
Biar hati terasa letih
Walau kaki terasa lemah
Teringatkanmu wahai kasih
 
**********
 
Adat berdiri dengan hati
Janji tersimpul tanda setia
WASIAT RINDU menjadi tanda
Bersebarlah rindu segenap alam
Adat pusaka tanda cinta !