Friday, 30 November 2012

Tidurlah duka

Tidurlah duka
Tidurlah wahai hati
Pejamkan mata
Gersangkan  dada
Tenangkan jiwamu
Bebaskan resahku
Hilangkan amarahmu
Moga dibuai
Mimpi ini
Malam ini
Di sini
Harap esok akan lenyap dukamu
Hilang resahku
Senyap dan kaku
Biar terpaku
Jadi satu
Biar aku
Bantumu
Berlalu bertalu
Pergi
Dan
Akan datang gumbira hati
Tidurlah duka
Tidurlah wahai hati
Pejamkan inderamu
Tidurlah...
Tidurlah...

Thursday, 29 November 2012

Disuatu malam

    Alhamdulillah,bumi kelantan malam ni di basahi hujan. Dah lama rasanya hujan tak turun, kat area kampung aku jer la, Kampung Kubang Kiat. Tempat lain tak tahu lah pulak kan, sebab lain tempat, lain yang berlaku, ikut arah pergerakan mata angin. Dimana hujan tu nak menangis maka di situ lah hujan akan turun.Terasa segar, nyaman, dan sejuk pun ada lah jugak, aku apa lagi seperti kebiasaan yang aku selalu buat, berselubung dalam kain selimut, bukan apa, nak hangatkan badan jer, pastu tertido, sebabnya syok punya pasal. Suasa kampung lah katakan.

   Nyamuk dengan gembiranya dok pusing telinga,mencari tempat untuk hisap darah.Aku dalam hati,siot punya nyamuk,bising kat telinga. Menggangu betol, nak fokus menulih time-time macam ni lah diorang datang nak mengacau, cisss, dah pegi main jauh-jauh !.

**********

   Bunyi hujan turun atas zink,mak aiiii kuat giler,aku rasa tikus yang kat atas siling umah bertempiaran larik,mungkin tak tahu mana arah tuju.Kat luar rumah lak, macam biasalah suara cengkerik dan katak sibuk menyanyi dengan lagu entah apa-apa, aku pun tak faham. Bahasa alam mungkin. Selesa dengan tugas masing-masing. Tak la sunyi sangat aku,yer dak ?. 
  
   Ermmm mak dan ayah aku, macam biasalah,time-time macam ni dah tido,belayar jauh,barangkali dah diulit mimpi-mimpi yang indah,' berfantasi lak aku !, tentang mimpi orang lain, kikiki. Jam kat dinding lak dah menjengah ke angka 11.28 pm,satu persatu bergerak mengikut arah, tak henti-henti.Nampak malas jer geraknya,perlahan.Mungkin dah nak kehabisan bateri.Tunggu jer lah, time bateri habis atau pun rosak, maka tamat sudahlah tugas sebagai penunjuk waktu untuk aku sebagai tuannya.
 
   Dok berselubung macam ni,teringat lak,kata-kata sorang kawan aku time belajar dulu.Masa tu aku dok kat kolej,kebetulan hujan lebat,orang lain berbajukan lengan pendek jer,aku berselubung dengan kain selimut,apa yang pelik ?, yek dak?, hujan-hujan macam ni,sah-sah lah aku selimut.

" ko aku tengok dah macam duyung bersantai dah ! ".

   Mak aiiii siot punya kawan, terlebih imagine aku rasa, boleh dia kata aku duyung dok bersantai,hehehehe.Yang tu boleh tahan lagi,yang ni lagi dahsyat imaginasinya,

" dah macam pocong "

   Aduhh panas beb,benda-benca macam tu diorang boleh buat main-main, dah la aku ni penakut,kecut perut jugak la,diaorang cakap aku pocong, manalah tahu,tiba-tiba pocong tu betol-betol muncul,tunjukkan diri dia .Aku rasa larik satu kolej,tak toleh belakang langsung.huhuhu

   Tu citer time kat kolej,masa belajar,dolu-dolu lah kan,sekarang ni dah tak lagi,rindu pon ada gak suasana macam tu.

  Haa yang ni lak time kat bengkel. Still segar lagik dalam ingatan aku beb, dulu masa time belajar terutama part 5,aku kena ulang alik pegi bengkel untuk siapkan projek,yalah budak art, semua keja kena buat kat bengkel. Bengkel lak jauh dari fakulti lain. Jalan kaki mak aiiii berpeluh beb,tak payah nak joging-joging lagi dah,dengan jalan kaki jer pun dah berpeluh,sampai jer bengkel, dah basah, macam orang minyak pun ada aku rasa,haha.Kalau waktu siang adalah basnya,dengan tambang seringgit,kalau malam memang susah r,so nak atau tidak,terpaksalah aku jalan kaki pegi bengkel.

  Aku dipecahkan kepada tiga kelas, iaitu kelas A,B dan C. Aku termasuk dalam kelas B. Dalam kelas tu aku sorang jer budak laki, yang lain semua perempuan. Huhuhu budak laki dah pupus beb kat Universiti, yang ramai budak perempuan,so terpaksa lah aku terima tugas aku sebagi seorang lelaki untuk jaga kawan-kawan pompuan yang lain,huhuhu tapi tebalik pulak,sebab aku ni jenis penakut sikit,eh silap,banyak sebenarnya,diorang lak yang jaga aku,kakahhh....diorang kan ramai.
  Nak ke bengkel,malam-malam aku terpaksa ambik jalan pintas,lalu kat atas bukit, tinggi beb, tak tahulah baper anak tangga yang aku kena lalu setiap malam, dah macam tangga batu cave dah,atas bukit. Tangga tu baru jer siap buat,ok la.. boleh diterima, tapi yang aku tak leh belah, tak ada lampu beb,atas bukit lak tu, gelap.

  Ingat lagik,masa tu,aku balik bilik untuk mandi,makan dan solat maghrib.Siap jer,aku terus ke bengkel,nak siapkan projek batik, kawan pompuan yang lain ada yang kat bilik,ada yang stay kat bengkel, so terpaksalah aku lalu sorang-sorang kat tangga. Selepas maghrib lak tu, kan setan banyak berkeliaran waktu maghrib, seyes beb, aku takut giler.Aku ambik alternatif lain tekan mana-mana butang handphone tuk bagi cahaya,ok lah daripada gelap,nampak lah jugak satu persatu anak tangga yang aku pijak.Aku rasa dengan cahaya lilin,lagi terang cahaya lilin kot. Dulu aku pakai fon nokia yang zaman bila entah,nak dengan tak jer,cahaya yang kuar,terima ajerlah beb. Nak memilih, tak nampak jalan lah.Nak sombong-sombong tersilap langkah, tergolek aku kat tangga tu,boleh bawak mati.Nanti tak pasal-pasal lak kuar paper,student meninggal jatuh tangga waktu malam gara-gara nak ke bengkel.Bukan ker famous macam tu, hahah tak ada gunanya,famous sebab meninggal.

**********

   Dengan jayanya,kuatkan hati,aku gerak sorang-sorang,kena buat-buat berani gak la. Tapi seyes, aku tak main-main,benda ni betol-betol berlaku kat aku,dengan bersiul-siul,nak hilangkan rasa takut la kononnya, mak aii berdiri bulu roma aku,bukan tu jer,terasa lain giler,rasa macam ada something yang perhatikan aku time tu, tetiba jer aku terdengar, suara perempuan panggil nama aku,sepintas lalu jer,j elas kat telinga, aku toleh belakang, tengok kot-kot kawan aku yang panggil, tapi bukan beb, tak ada sapa-sapa pon kat belakang aku,langkah yang sopan dan steady tadi bertukar jadik kuasa kuda,100 kilometer seminit mungkin aku larik,tak kisah dah,nampak atau tak,yang penting aku mesti sampai kat bengkel tak pon kat tempat yang cerah,selamat la sikit aku rasa. Sampai jer bengkel,muka aku masa tu dah pucat giler,dah macam orang sakit sebab kurang darah, peluh tak payah nak kata lah,basah beb,nasib baik tak terkencing kat dalam seluar. Kalau tak jadik satu sejarah la dalam hidup aku,huhuhu. Apapon apa yang berlaku kat aku malam tu,aku diamkan saja,takut member yang lain fikir yang bukan-bukan.

**********
  Tapi bila difikirkan balik,dengar cerita dari senior, tangga kat atas bukit tu memang keras sikit, sebab apa ?. Sebab dibuat dariapada batu, hahaha. Tak r beb, sebab kawasan tu gelap dan jarang orang lalutempat tinggal makhluk halus,kat bengkel pun sama.Cuma kena jaga tingkah laku jer la,semoga dijauhkan dari gangguan benda-benda pelik.Macam-macam citer yang tersimpan rapi kat kawasan tu sebenarnya,cuma setiap orang yang tahu buat dunno, mungkin diorang ada sebeb tertentu.
 
   Dengar citer macam tu,lagi la buat aku takut,nak pegi tandas sorang-sorang pun aku tak berani.Tak  payah jadik jantan pun tak boleh jugak beb,dah memang aku dilahirkan jantan,aku mintak dua tiga orang kawan pompuan sekelas yang temankan aku pegi toilet, malu dah aku buang jauh-jauh, lantak lah. Yang penting aku rasa selamat. Sejak dari hari tu,semua orang berwaspada, masing-masing memerlukan, tak berani pegi sorang-sorang, even ketandas.Ok hapa, budak pompuan teman laki masuk toilet, diorang tak tunggu kat luar,tapi kat dalam beb,apa aku kisah,kawan-kawan pompuan aku sporting, yang penting jaga tingkah laku dan hormat each other.betol tak ?. Terpulang orang nak kata apa beb, kerja siap, dan aku selamat, sama jugak dengan geng-geng satu kelas yang lain.
  Tu la pengalaman masa belajar dulu,bukan senang beb nak dapatkan segulung diploma atau ijazah,amacam-macam benda berlaku,tetapi ia tetap menjadi kenangan.Bila difikirkan balik,rasa kelakar pon ada jugak,ya lah terbalik,septutnya lelaki yang lindungi perempuan,tetapi kat tempat aku,perempuan yang lindungi lelaki, hahahah apapon ikot situasi jugak beb.chill r derrrrr :)

P/S :- Nak share gambar hantu pun aku tak berani, malam-malam jumaat nih :-)
 
 

Wednesday, 28 November 2012

Penjara Hati

Apa yang aku lalui
kita temui
semua yang kita lalui
kita alami
hari ini
hari semalam
dalam putaran alam
semua dalam kenangan
ikhlas aku
jujur aku
kasih aku
sayang aku
cinta aku
setia aku
hanya untuk kau
yang bernama cinta
satu-satunya yang bertakhta di hati
tanpa aku sedar
tanpa aku duga
tanpa aku pinta
aku jatuh
kerana cinta
cinta aku
penjara hati yang tercipta
terkunci
di dasar hati

sayangnya
cinta aku kau persiakan
dan !
jangan kau salahkan aku bila ?
bila ?
penjara yang aku cipta
terbuka dengan kata-kata
gila membuat aku sakit
gila kerana ingatkan diri kau aku mati
gila kerana hati yang buta
gila bagaikan langit di tangan
gila bagaikan cengkaman
gila...dan ...
jangan salahkan aku
wahai boneka
boneka yang tidak menghargai
kerana kini
penjara hati yang aku cipta
telah terbuka !

Tuesday, 27 November 2012

Alahai Almari Zip !

  Petang tadi,time hujan yang ala-ala jer nak turun,aku apa lagi,dengan takda mood,bosan tahap gaban,hanya habiskan masa dok berkurung jer kat dalam bilik.Rasa kosong giler-giler,tak tahu la kenapa, mungkin sebab aku sorang-sorang kat rumah agaknya.Yang ada hanya suara katak dok panggil hujan,"kreek,krekk,krekk.....krekkkkk...krekkkkkkkkkkkkkkk,aduhhhh aku dalam hati dok mengeluh sorang-sorang, adoi tak letih ker katak-katak sekalian alam ni,dari pagi tadi dok bunyi macam tu,pegi-pegilah bawak berehat,minum air ke apa ke dulu,hahaha monolog dalam hati,hahaha bersastera pulak kan aku kali ni,huhuhu...mak dan ayah aku,semestnya keluar lepak rumah kawan-kawan diaorang time-time macam ni,adik laki pon sama,tak tahu la kemana pegi,aku..hurm....dah tak suka kuar lepak2,macam ni la jadiknya,terperuk kat umah sorang-sorang.nasib oh nasib.
  Aku apa lagi,buka laktop terus online,bukak FB/muka buku dalam bahasa melayunya,mana lah tahu ada yang tak tahu,bukan nak mengata,tapi hakikatnya,dulu aku pon tak tahu apa tu FB?..biasalah budak kampung.yer dak,tak per,yang penting aku jadik diri aku sendiri,tak perlu berhipokrit.kalau tahu,kata tahu,kalau tak,kata tak,betol tak?.sapa setuju?.senyum !.Bukan apa,aku suh senyum,tak nak la korang baca entry aku kali ni dengan muka masam jer,nak ceria2 sikit,even hujan kat luar.
 
  Berbalik pada suara katak tadi,teringat lak aku lagu " bangau oh bangau",hahah ada lirik dia yang berbunyi katak oh katak,kenapa panggil hujan,macam mana aku tak panggil hujan,ular nak makan aku,ular nak makan aku.Ermmmm maybe ular nak makan diaorang kot,sebab tu la dok panggil hujan,nanti bila hujan dah turun ular semua dah larik,so katak-katak ni selamat la dari jadik santapan diaorang,agaknya la kan.betol tau tak,aku pun tak pasti.Biarkan jer lah citer pasal katak ni.
  Berbalik citer aku bosan dalam bilik,on9 buka FB,than tgok la gambar-gambar dan baca status kawan-kawan,ada yang sedih,ada yang marah,ada yang bagi nasihat,adoi macam-macam ada,lengkaplah semua tu.cukup rasa orang cakap.huhuhu,sama jugak dengan gambar-gambar,berposing sakan,aku dalam hati,boleh tahan gak kawan-kawan aku ni mengexpose kan diri masing-masing.
  Macam nak terbeliak pon ada gak mata aku ni,bukan apa,aku ni jenis yang teliti,aku tengok la satu-satu apa yang ada dalam muka buku nih,tetiba terpandang satu gambar 'almari zip' yang dah runtuh,akibat terlalu banyak sangat barang,hahaha,persis macam yang aku alami dulu,time waktu belajar.Senyum sorang-sorang beb,aku tengok gambar tu,hahahah lawak giler,malu pon ada jugak.


Ni dia,bila almari dah terbalik
   Ok ni gambar almari zip yang aku maksudkan.x la banyak,sekadar contoh jer,korang tengok-tengok la ya,mana tahu korang pon pernah alami benda yang sama.
 
Ni la,almari zip yang aku maksudkan,kat kalangan pelajar, aku rasa almari ni famous kot,mana taknya,dengan harga yang murah dan flexsibel,ringan,senang nak guna.Kat mana-mana pon ada jual,senang la nak carik,kat malaysia ni.

lau tak silap aku,harga satu almari ni lebih kurang RM 60.00 macam tu,dulu la,sekarang ni aku tak tahu la berapa,dengan keadaan ekonomi yang tak menentu,kejap naik,kejap turun,hahah, tu daripada analisa yang aku buat la beb.
  Alamari ni bergantung pada rangkanya jer,tak lah kuat sangat,beli jer,terus cantum,kemudian masukkan kedalam sarung,siap,x sampai 30 minit pasang benda ni,tu  yang buat aku suka,senang bagi sorang student dan orang bujang macam aku ni.
  Nak dijadikan cerita,masa belajar dulu,banyak jugak la pakaian aku,mana tidaknya,aku suka tukar-tukar pakaian time pegi kelas,awal-awal semester memang la sikit,tapi bila dah nak hujung semester,mak oiiii banyak gila baju aku,mengalahkan budak pompuan,jangan ingat perempuan jer yang tahu bergaya,laki pon sama.tu la aku cakap,zaman dah banyak berubah,manusia pun sama,takkan lah nak duduk pada benda yang sama jer,ya dak ?.


Macam ni la keadaan bilik aku time belajar dulu,masa ni dah ada katil,nampak tak almari yang kat sebelah kipas tu,tu la almari yang telah hempap tuannya sendiri,haha :)
   Masa belajar dulu,aku just tido kat bawah jer,kat tepi almari zip ni lah,beralaskan tilam nipis jer,cukuplah nak kurangkan rasa sakit badan,nak kata selesa tu,tak la,nak kata tak selesa pon tak jugak,sedang-sedang jer la kot.
  Hurm tibalah hari yang boleh dikatakan malang jugak lah buat aku,balik jer dari kelas,dengan tak solat zohornya,aku tido,penat sangat maybe.Lebih kurang 1 jam macam tu,tetiba terasa ada benda hempap kepala aku,berat sangat-sangat,sakit pun ada jugak,aku dalam hati,huh,gempa bumi ker ?, atau ajal aku dah sampai,malaikat datang nak ambik nyawa aku ?,banyak persoalan bermain dalam otak aku time tu,dengan rasa sakit,terkejut,panik,takut,hahaha, dengan mamainya, bila aku bukak jer mata,ruapa-rupanya almari aku runtuh,timpa tuannya sendiri pulak tu,kalau timpa orang lain tak apa lagi,adoiii...sakit beb,sebab berat kot,kat atas almari tu pun aku letak macam-macam art work aku.
  Kepala dah tin tong,mata ala-ala nak buka dengan tak,sakit lagi.Aku bangun terus angkat letak kat tepi,aduh Subhanallah,terkejut sangat-sangat beb.Hanya tuhan jer yang tahu apa yang aku rasa time tu.takut ada,terkejut ada,sakit pon ada,hahaha.Tak pasal-pasal bangun tido dengan paksaan kena kemas dan betolkan almari lak,alahai nasib badan,orang bujang,nak sangat jimat !, sambil dok mengemas tu,sempat lagi aku dok sumpah seranah kat almari, "siot punya almari,kepala aku ko hempap ! "
  Rupa-rupanya,"analisis lagi" ,sebabnya rangka almari tu tak tahan untuk tampung berat beban barang-barang kat dalam,yang kedua sebab aku letak terlalu banyak sangat art work kat bahagian atas, yang ketiga sebab aku tak solat zohor,balik jer terus tido,dan yang keempat jika nak beli barang pilih sebaik mungkin,jangan kerana harga yang murah,kualitinya kita abaikan.
  Hurmm tu la pengajarannya beb,kita kena tunaikan tanggungjawab kita pada ALLAH dulu,baru buat urusan kita yang lain,so ambik la ikhtibar dari apa yang aku alami ni ya.insyllah semuanya baik-baik saja.
  Esoknya pula,riuh satu kelas aku kena timpa dengan almari,bukan aku yang pegi citer kat member,tapi member sebilik pegi citer kat kawan-kawan yang lain,kawan pompuan,kawan laki,semua gelak,malunya aku beb,hahaha,lawak pon ada gak,yang penting ari tu semua gelak dan cakap lawak la ko ni nuar,kena timpa dengan alamari sendiri,bukan senang tu beb,jarang orang yang kena.kikiki
  So sapa-sapa yang pernah guna almari zip ni kau orang tahu la macam mana.aku dah rasa,korang bila lagik,yer dak ?.nanti kalau kena timpa,jangan lupa story kat aku ! .
  Apapon semua tu tinggalkan kenangan yang cuku dan cukup indah buat aku,tak mungkin aku lupakan,walaupun benda dah berlaku setahun yang lepas,ia akan kekal sengar dalam ingatan aku sampai bila-bila,kerana dengan peristiwa itulah yang membentuk aku yang hari ini,


Terima kasih Allah.

Monday, 26 November 2012

Saya ingat lagi

Dulu hidup saya kosong,sunyi dan sepi
setiap hari yang saya lalui sama saja
semuanya saya lalui sorang-sorang
suka, duka, marah, rajuk, benci
hanya saya sorang saja yang rasa
              
******

Kini semua tu dah berubah
sejak awak hadir dalam hidup saya
semuanya indah penuh dengan warna
saya ingat lagi
saat pertama perkenalan kita
saya tegur awak kat FB
masa tu saya tertarik dekat gambar awak
berposing sakan
comelnya awak !

******

dari saat tu kita semakin rapat
saya kenal awak dan awak kenal saya
nama awak, tinggal kat mana,umur,tinggi, berat
warna kesukaan awak,apa yang awak suka
apa yang tak
semua saya ingat
kerana awaklah cinta pertama saya !

******

mulai saat itu tiada rahsia antara saya dengan awak
semua tentang saya,saya share dengan awak
saya ingat lagi
first time kita jumpa
awak diam jer,begitu gak dengan saya
mungkin sama-sama malu
dalam hati saya,comelnya awak !

******

sejak dari itu
kemana saja awak pergi
saya selalu ada disisi
tengok konsert sama-sama
tengok wayang sama-sama
jalan sama-sama
makan sama-sama
dan semua kita lalui bersama
kerana
minat awak adalah minat saya juga

saya ingat lagi
time saya kena marah dengan awak
saya diam ajer
sebab saya sayang awak
saya dengar jer apa yang awak cakap
selalu jer kena
tapi bila giliran awak buat salah
giliran saya pulak yang merajuk
last-last awak call tau sms cakap 'sorry'
dalam hati saya, epy tak terkata

******

tapi kita tak pernah serik

******

kejap baik, kejap gaduh,kejap merajuk, kejap marah
tapi itu yang buat kita makin rapat
awak banyak ajar saya benda baru dalam hidup
kadang-kadang saya pula jadi bahan sindiran dan ketawa awak
tak apa
saya sayang awak

akhirnya kita sama-sama epy

******

saya ingat lagi
masa tu saya tak ada duit
cukup-cukup jer untuk belanja
tapi saya guna duit tu beli baju baru
saya nak nampak lain bila jumpa awak
tak apa semua untuk awak

******

saya ingat lagi
time saya sakit
awak datang melawat saya kat hospital
walaupun ari tu awak keja
dalam hati saya x terasa sorang-sorang
tuhan ajer yang tahu apa yang saya rasa
terima kasaih awak !

******

saya akan ingat sampai bila-bila

******
tapi bahagia yang kita rasa hanya sekejap
hari ini saya dah jauh dari awak
saya panik tak tahu macam mana
puas saya nangis
sebab terpaksa berjauhan dengan awak
kini hidup saya kembali sunyi tanpa awak disisi
rindu saya pada awak hanya tuhan yang tahu
kosong tanpa warna, pudar jer
pada tuhan saya berdoa
agar awak sentiasa dilindungi
pinta saya agar awak sentiasa ingat kat saya
jangan nakal-nakal,jujur,setia,sayang dan rindu awak
hanya pada saya sorang
begitu juga dengan saya
disuatu masa saya akan menyusul awak
kerana awaklah satu-satunya
bahagia saya
cinta hati saya
selamanya

******

 I LOVE U SAYANG !

P/S :- Kredit to saiful nizam :)