Thursday, 29 November 2012

Disuatu malam

    Alhamdulillah,bumi kelantan malam ni di basahi hujan. Dah lama rasanya hujan tak turun, kat area kampung aku jer la, Kampung Kubang Kiat. Tempat lain tak tahu lah pulak kan, sebab lain tempat, lain yang berlaku, ikut arah pergerakan mata angin. Dimana hujan tu nak menangis maka di situ lah hujan akan turun.Terasa segar, nyaman, dan sejuk pun ada lah jugak, aku apa lagi seperti kebiasaan yang aku selalu buat, berselubung dalam kain selimut, bukan apa, nak hangatkan badan jer, pastu tertido, sebabnya syok punya pasal. Suasa kampung lah katakan.

   Nyamuk dengan gembiranya dok pusing telinga,mencari tempat untuk hisap darah.Aku dalam hati,siot punya nyamuk,bising kat telinga. Menggangu betol, nak fokus menulih time-time macam ni lah diorang datang nak mengacau, cisss, dah pegi main jauh-jauh !.

**********

   Bunyi hujan turun atas zink,mak aiiii kuat giler,aku rasa tikus yang kat atas siling umah bertempiaran larik,mungkin tak tahu mana arah tuju.Kat luar rumah lak, macam biasalah suara cengkerik dan katak sibuk menyanyi dengan lagu entah apa-apa, aku pun tak faham. Bahasa alam mungkin. Selesa dengan tugas masing-masing. Tak la sunyi sangat aku,yer dak ?. 
  
   Ermmm mak dan ayah aku, macam biasalah,time-time macam ni dah tido,belayar jauh,barangkali dah diulit mimpi-mimpi yang indah,' berfantasi lak aku !, tentang mimpi orang lain, kikiki. Jam kat dinding lak dah menjengah ke angka 11.28 pm,satu persatu bergerak mengikut arah, tak henti-henti.Nampak malas jer geraknya,perlahan.Mungkin dah nak kehabisan bateri.Tunggu jer lah, time bateri habis atau pun rosak, maka tamat sudahlah tugas sebagai penunjuk waktu untuk aku sebagai tuannya.
 
   Dok berselubung macam ni,teringat lak,kata-kata sorang kawan aku time belajar dulu.Masa tu aku dok kat kolej,kebetulan hujan lebat,orang lain berbajukan lengan pendek jer,aku berselubung dengan kain selimut,apa yang pelik ?, yek dak?, hujan-hujan macam ni,sah-sah lah aku selimut.

" ko aku tengok dah macam duyung bersantai dah ! ".

   Mak aiiii siot punya kawan, terlebih imagine aku rasa, boleh dia kata aku duyung dok bersantai,hehehehe.Yang tu boleh tahan lagi,yang ni lagi dahsyat imaginasinya,

" dah macam pocong "

   Aduhh panas beb,benda-benca macam tu diorang boleh buat main-main, dah la aku ni penakut,kecut perut jugak la,diaorang cakap aku pocong, manalah tahu,tiba-tiba pocong tu betol-betol muncul,tunjukkan diri dia .Aku rasa larik satu kolej,tak toleh belakang langsung.huhuhu

   Tu citer time kat kolej,masa belajar,dolu-dolu lah kan,sekarang ni dah tak lagi,rindu pon ada gak suasana macam tu.

  Haa yang ni lak time kat bengkel. Still segar lagik dalam ingatan aku beb, dulu masa time belajar terutama part 5,aku kena ulang alik pegi bengkel untuk siapkan projek,yalah budak art, semua keja kena buat kat bengkel. Bengkel lak jauh dari fakulti lain. Jalan kaki mak aiiii berpeluh beb,tak payah nak joging-joging lagi dah,dengan jalan kaki jer pun dah berpeluh,sampai jer bengkel, dah basah, macam orang minyak pun ada aku rasa,haha.Kalau waktu siang adalah basnya,dengan tambang seringgit,kalau malam memang susah r,so nak atau tidak,terpaksalah aku jalan kaki pegi bengkel.

  Aku dipecahkan kepada tiga kelas, iaitu kelas A,B dan C. Aku termasuk dalam kelas B. Dalam kelas tu aku sorang jer budak laki, yang lain semua perempuan. Huhuhu budak laki dah pupus beb kat Universiti, yang ramai budak perempuan,so terpaksa lah aku terima tugas aku sebagi seorang lelaki untuk jaga kawan-kawan pompuan yang lain,huhuhu tapi tebalik pulak,sebab aku ni jenis penakut sikit,eh silap,banyak sebenarnya,diorang lak yang jaga aku,kakahhh....diorang kan ramai.
  Nak ke bengkel,malam-malam aku terpaksa ambik jalan pintas,lalu kat atas bukit, tinggi beb, tak tahulah baper anak tangga yang aku kena lalu setiap malam, dah macam tangga batu cave dah,atas bukit. Tangga tu baru jer siap buat,ok la.. boleh diterima, tapi yang aku tak leh belah, tak ada lampu beb,atas bukit lak tu, gelap.

  Ingat lagik,masa tu,aku balik bilik untuk mandi,makan dan solat maghrib.Siap jer,aku terus ke bengkel,nak siapkan projek batik, kawan pompuan yang lain ada yang kat bilik,ada yang stay kat bengkel, so terpaksalah aku lalu sorang-sorang kat tangga. Selepas maghrib lak tu, kan setan banyak berkeliaran waktu maghrib, seyes beb, aku takut giler.Aku ambik alternatif lain tekan mana-mana butang handphone tuk bagi cahaya,ok lah daripada gelap,nampak lah jugak satu persatu anak tangga yang aku pijak.Aku rasa dengan cahaya lilin,lagi terang cahaya lilin kot. Dulu aku pakai fon nokia yang zaman bila entah,nak dengan tak jer,cahaya yang kuar,terima ajerlah beb. Nak memilih, tak nampak jalan lah.Nak sombong-sombong tersilap langkah, tergolek aku kat tangga tu,boleh bawak mati.Nanti tak pasal-pasal lak kuar paper,student meninggal jatuh tangga waktu malam gara-gara nak ke bengkel.Bukan ker famous macam tu, hahah tak ada gunanya,famous sebab meninggal.

**********

   Dengan jayanya,kuatkan hati,aku gerak sorang-sorang,kena buat-buat berani gak la. Tapi seyes, aku tak main-main,benda ni betol-betol berlaku kat aku,dengan bersiul-siul,nak hilangkan rasa takut la kononnya, mak aii berdiri bulu roma aku,bukan tu jer,terasa lain giler,rasa macam ada something yang perhatikan aku time tu, tetiba jer aku terdengar, suara perempuan panggil nama aku,sepintas lalu jer,j elas kat telinga, aku toleh belakang, tengok kot-kot kawan aku yang panggil, tapi bukan beb, tak ada sapa-sapa pon kat belakang aku,langkah yang sopan dan steady tadi bertukar jadik kuasa kuda,100 kilometer seminit mungkin aku larik,tak kisah dah,nampak atau tak,yang penting aku mesti sampai kat bengkel tak pon kat tempat yang cerah,selamat la sikit aku rasa. Sampai jer bengkel,muka aku masa tu dah pucat giler,dah macam orang sakit sebab kurang darah, peluh tak payah nak kata lah,basah beb,nasib baik tak terkencing kat dalam seluar. Kalau tak jadik satu sejarah la dalam hidup aku,huhuhu. Apapon apa yang berlaku kat aku malam tu,aku diamkan saja,takut member yang lain fikir yang bukan-bukan.

**********
  Tapi bila difikirkan balik,dengar cerita dari senior, tangga kat atas bukit tu memang keras sikit, sebab apa ?. Sebab dibuat dariapada batu, hahaha. Tak r beb, sebab kawasan tu gelap dan jarang orang lalutempat tinggal makhluk halus,kat bengkel pun sama.Cuma kena jaga tingkah laku jer la,semoga dijauhkan dari gangguan benda-benda pelik.Macam-macam citer yang tersimpan rapi kat kawasan tu sebenarnya,cuma setiap orang yang tahu buat dunno, mungkin diorang ada sebeb tertentu.
 
   Dengar citer macam tu,lagi la buat aku takut,nak pegi tandas sorang-sorang pun aku tak berani.Tak  payah jadik jantan pun tak boleh jugak beb,dah memang aku dilahirkan jantan,aku mintak dua tiga orang kawan pompuan sekelas yang temankan aku pegi toilet, malu dah aku buang jauh-jauh, lantak lah. Yang penting aku rasa selamat. Sejak dari hari tu,semua orang berwaspada, masing-masing memerlukan, tak berani pegi sorang-sorang, even ketandas.Ok hapa, budak pompuan teman laki masuk toilet, diorang tak tunggu kat luar,tapi kat dalam beb,apa aku kisah,kawan-kawan pompuan aku sporting, yang penting jaga tingkah laku dan hormat each other.betol tak ?. Terpulang orang nak kata apa beb, kerja siap, dan aku selamat, sama jugak dengan geng-geng satu kelas yang lain.
  Tu la pengalaman masa belajar dulu,bukan senang beb nak dapatkan segulung diploma atau ijazah,amacam-macam benda berlaku,tetapi ia tetap menjadi kenangan.Bila difikirkan balik,rasa kelakar pon ada jugak,ya lah terbalik,septutnya lelaki yang lindungi perempuan,tetapi kat tempat aku,perempuan yang lindungi lelaki, hahahah apapon ikot situasi jugak beb.chill r derrrrr :)

P/S :- Nak share gambar hantu pun aku tak berani, malam-malam jumaat nih :-)
 
 

No comments: