Aku apa lagi,buka laktop terus online,bukak FB/muka buku dalam bahasa melayunya,mana lah tahu ada yang tak tahu,bukan nak mengata,tapi hakikatnya,dulu aku pon tak tahu apa tu FB?..biasalah budak kampung.yer dak,tak per,yang penting aku jadik diri aku sendiri,tak perlu berhipokrit.kalau tahu,kata tahu,kalau tak,kata tak,betol tak?.sapa setuju?.senyum !.Bukan apa,aku suh senyum,tak nak la korang baca entry aku kali ni dengan muka masam jer,nak ceria2 sikit,even hujan kat luar.
Berbalik pada suara katak tadi,teringat lak aku lagu " bangau oh bangau",hahah ada lirik dia yang berbunyi katak oh katak,kenapa panggil hujan,macam mana aku tak panggil hujan,ular nak makan aku,ular nak makan aku.Ermmmm maybe ular nak makan diaorang kot,sebab tu la dok panggil hujan,nanti bila hujan dah turun ular semua dah larik,so katak-katak ni selamat la dari jadik santapan diaorang,agaknya la kan.betol tau tak,aku pun tak pasti.Biarkan jer lah citer pasal katak ni.
Berbalik citer aku bosan dalam bilik,on9 buka FB,than tgok la gambar-gambar dan baca status kawan-kawan,ada yang sedih,ada yang marah,ada yang bagi nasihat,adoi macam-macam ada,lengkaplah semua tu.cukup rasa orang cakap.huhuhu,sama jugak dengan gambar-gambar,berposing sakan,aku dalam hati,boleh tahan gak kawan-kawan aku ni mengexpose kan diri masing-masing.
Macam nak terbeliak pon ada gak mata aku ni,bukan apa,aku ni jenis yang teliti,aku tengok la satu-satu apa yang ada dalam muka buku nih,tetiba terpandang satu gambar 'almari zip' yang dah runtuh,akibat terlalu banyak sangat barang,hahaha,persis macam yang aku alami dulu,time waktu belajar.Senyum sorang-sorang beb,aku tengok gambar tu,hahahah lawak giler,malu pon ada jugak.
![]() |
| Ni dia,bila almari dah terbalik |
Ni la,almari zip yang aku maksudkan,kat kalangan pelajar, aku rasa almari ni famous kot,mana taknya,dengan harga yang murah dan flexsibel,ringan,senang nak guna.Kat mana-mana pon ada jual,senang la nak carik,kat malaysia ni.
lau tak silap aku,harga satu almari ni lebih kurang RM 60.00 macam tu,dulu la,sekarang ni aku tak tahu la berapa,dengan keadaan ekonomi yang tak menentu,kejap naik,kejap turun,hahah, tu daripada analisa yang aku buat la beb.
Alamari ni bergantung pada rangkanya jer,tak lah kuat sangat,beli jer,terus cantum,kemudian masukkan kedalam sarung,siap,x sampai 30 minit pasang benda ni,tu yang buat aku suka,senang bagi sorang student dan orang bujang macam aku ni.
Nak dijadikan cerita,masa belajar dulu,banyak jugak la pakaian aku,mana tidaknya,aku suka tukar-tukar pakaian time pegi kelas,awal-awal semester memang la sikit,tapi bila dah nak hujung semester,mak oiiii banyak gila baju aku,mengalahkan budak pompuan,jangan ingat perempuan jer yang tahu bergaya,laki pon sama.tu la aku cakap,zaman dah banyak berubah,manusia pun sama,takkan lah nak duduk pada benda yang sama jer,ya dak ?.
| Macam ni la keadaan bilik aku time belajar dulu,masa ni dah ada katil,nampak tak almari yang kat sebelah kipas tu,tu la almari yang telah hempap tuannya sendiri,haha :) |
Hurm tibalah hari yang boleh dikatakan malang jugak lah buat aku,balik jer dari kelas,dengan tak solat zohornya,aku tido,penat sangat maybe.Lebih kurang 1 jam macam tu,tetiba terasa ada benda hempap kepala aku,berat sangat-sangat,sakit pun ada jugak,aku dalam hati,huh,gempa bumi ker ?, atau ajal aku dah sampai,malaikat datang nak ambik nyawa aku ?,banyak persoalan bermain dalam otak aku time tu,dengan rasa sakit,terkejut,panik,takut,hahaha, dengan mamainya, bila aku bukak jer mata,ruapa-rupanya almari aku runtuh,timpa tuannya sendiri pulak tu,kalau timpa orang lain tak apa lagi,adoiii...sakit beb,sebab berat kot,kat atas almari tu pun aku letak macam-macam art work aku.
Kepala dah tin tong,mata ala-ala nak buka dengan tak,sakit lagi.Aku bangun terus angkat letak kat tepi,aduh Subhanallah,terkejut sangat-sangat beb.Hanya tuhan jer yang tahu apa yang aku rasa time tu.takut ada,terkejut ada,sakit pon ada,hahaha.Tak pasal-pasal bangun tido dengan paksaan kena kemas dan betolkan almari lak,alahai nasib badan,orang bujang,nak sangat jimat !, sambil dok mengemas tu,sempat lagi aku dok sumpah seranah kat almari, "siot punya almari,kepala aku ko hempap ! "
Rupa-rupanya,"analisis lagi" ,sebabnya rangka almari tu tak tahan untuk tampung berat beban barang-barang kat dalam,yang kedua sebab aku letak terlalu banyak sangat art work kat bahagian atas, yang ketiga sebab aku tak solat zohor,balik jer terus tido,dan yang keempat jika nak beli barang pilih sebaik mungkin,jangan kerana harga yang murah,kualitinya kita abaikan.
Hurmm tu la pengajarannya beb,kita kena tunaikan tanggungjawab kita pada ALLAH dulu,baru buat urusan kita yang lain,so ambik la ikhtibar dari apa yang aku alami ni ya.insyllah semuanya baik-baik saja.
Esoknya pula,riuh satu kelas aku kena timpa dengan almari,bukan aku yang pegi citer kat member,tapi member sebilik pegi citer kat kawan-kawan yang lain,kawan pompuan,kawan laki,semua gelak,malunya aku beb,hahaha,lawak pon ada gak,yang penting ari tu semua gelak dan cakap lawak la ko ni nuar,kena timpa dengan alamari sendiri,bukan senang tu beb,jarang orang yang kena.kikiki
So sapa-sapa yang pernah guna almari zip ni kau orang tahu la macam mana.aku dah rasa,korang bila lagik,yer dak ?.nanti kalau kena timpa,jangan lupa story kat aku ! .
Apapon semua tu tinggalkan kenangan yang cuku dan cukup indah buat aku,tak mungkin aku lupakan,walaupun benda dah berlaku setahun yang lepas,ia akan kekal sengar dalam ingatan aku sampai bila-bila,kerana dengan peristiwa itulah yang membentuk aku yang hari ini,
Terima kasih Allah.

No comments:
Post a Comment