Wednesday, 30 October 2013

Wasiat rindu



 
 
Sepi malam temani aku
Unggas diawan berteriak malu
Burung berkicau berlagu sendu
Wakil zahir yang malu
Terkadang pena terlahir
Aku menulis ditulis semua perasaan
Ada dan tiada tanpa paksaan
Setitik rasa itu mengalir terdampar
dibawa hanyut badai sepi
 
**********
 
Separuh diri aku hilang
Kau diawan aku dibumi
Ingatkan dirimu aku terkenang
Bergetar jiwa terbelit rasa
Terucap dibibir merungkai kata
Setiap saat diri terasa
Sejernih mutiara aku rasa
 
Biar nafas MENDAKI lelah
Biar hati terasa letih
Walau kaki terasa lemah
Teringatkanmu wahai kasih
 
**********
 
Adat berdiri dengan hati
Janji tersimpul tanda setia
WASIAT RINDU menjadi tanda
Bersebarlah rindu segenap alam
Adat pusaka tanda cinta !



Monday, 28 October 2013

Mata dah macam kena spray clear !


   Hurmmm mata masih lagi tak dapat aqu lelapkan. Paksa pon tetap tak dapat nak lelap. Mungkin diganggu oleh fikiran aqu yang bercelaru. Maklumlah macam-macam yang bermain dalam benak fikiran. Jam pon dah melangkau ke angka tiga pagi. Sekejap ajer rasanya. Masa pantas bergerak, tanpa dihiraukan aqu. Tetap ditakuk yang sama.

   Sejak dua menjak ni, boleh dikira berapa kali aqu lelap awal, kebanyakannya hampir subuh baru dapat lelapkan mata. Alhamdulillah... malam ni, even line internet slow, aqu masih dapat online dan sign in buku sejarah aqu ni.

   After layan drama korea, minda memang set nak tido kul 12.00, tapi bila dah off laktop, lampu semua tutup, hurmmmmm aqu hanya dapat guling-gulingkan badan. Otak terbang jauh. Tak tahu lah sampai kemana. Berapa meter dari rumah ni pun aqu tak sure. Terlalu jauh, otak aqu ni berjalan.

   Sekadar melepaskan rasa bosan, dek kerana mata aqu yang tak dapat lelap. Kekadang hati dan jiwa ni mengeluh sorang-sorang. Terasa penat, sedih, kecewa pun ada. Aqu sendiri pun tidak tahu kenapa. Terkadang sukar untuk aqu luah setiap apa yang dirasa. So apa yang boleh aqu gaulkn sampai sebati malam ni, mata ni dah macam kena spray clear, mana tidaknya, kerah kekung macam batu (loghat Kelantan loll )...hahaha.....

Thursday, 24 October 2013

Raya Haji 2013

 
 


   First of all, aqu nak luahkan rasa sakit hati, geram, dan marah dulu. Gila-gila punya sakit hati ni. Sakit hati pasal line internet yang macam puki dah. Aqu rasa, dengan siput babi punya jalan, lagi laju kot. Lima hari kot, aqu tak dapat nak online. Line asyik kelip-kelip warna hijau jer. Bila call Maxis centre, katanya line masih aktif, bil tertunggak pun tak ada. Ishhh memang aqu maki betul-betul la. Before this, dah berlaku gak benda macam ni, so terpaksa pegi Maxis Center kat Kota Bharu. Dah la jauh.  Bila dah pegi tak ada apa-apa problem, balik rumah elok pulak dapat online.


 Dan hari ni, dah masuk hari kelima, line buat hal. Nasib baik, tepat kul 4.20 tadi line ok, tapi sikit lah, kejap kelip-kelip biru, kejap kelip-kelip hijau. Sakit hati gila. Sekarang ni pon, Alhamdulillah, dapat gak aqu sign in. Bukan apa, raya Haji dah beberapa hari berlabuh, aqu just nak share macam mana suasana raya  kat rumah aqu ni hah. Sepanjang aqu tak online, rasa macam katak bawah tempurung jer. Langsung tak tahu apa-apa pasal dunia luar. Ok, thats it bercerita pasal sakit hati aqu. Harap-harap lepas ni, line tak ada nak buat hal lagi !.                            


Beras pulut yang nak dikukus
  Kawan-kawan aqu yang kebanyakannya orang luar dari Kelantan cakap, raya Haji kat sini meriah. ya, betul-betul meriah. Sama jugak sambutannya dengan raya puasa, Cuma yang membezakannya adalah  Raya Haji sembelih lembu. Hahahaha makan daging ajer lah. Fresh lagi !.

   Apa yang boleh aqu simpulkan, raya Haji Tahun ni, atau tahun-tahun yang sebelumnnya tersangat meriah. Dari sehari sebelum raya sehinggalah ke malam raya, penuh dengan tetamu yang datang beraya. Tak caya, korang tengoklah beberapa gambar yang aqu dan anak buah snap.

   Tahun sebelum ni, aqu tak pernah sentuh atau tolong orang kampung untuk sembelih lembu, but ini tahun, aqu dah belajar sikit-sikit. Best apa, sama-sama tolong rebahkan lembu, sembelih, dan siang daging. Tu baru bab, ibadah qurban, kat rumah pulak, memang busy sangat-sangat. Masing-masing sibuk dengan juadah raya.


   Mak aqu sibuk dengan ketupat daun palasnya, kakak sibuk dengan biskut dan kek, manakala adik perempuan dan anak buah sibuk dengan juaadah tradisional. Dan aqu pula sibuk mengemas ruang tamu, pasang pelita, lampu kelip-kelip dan juga  masuk kebun getah cari kayu api. Nak masak daging dan juga rebus ketupat. Huhuhuhu seronok sangat-sangat.

Kalau ikutkan hati, memang semua gambar yang ada aqu nak kongsikan kat sini, tapi bila difikirkan balik, line masih lagi buat hal, so ini ajerlah yang aqu mampu upload buat masa sekarang ni. Bukan apa,line buat hal, maybe kena tiup dek ribut dan banjir yang melanda cameran Highland sekarang ni. Agaknya la !

 


 

 







 



 

Saturday, 12 October 2013

Saja bosan !




 

 

 

 


Bercerita tentang 'Sahabat'


   Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca setia blog kisahhidup-aqu.blogspot.com ?. Harap kalian semua baik-baik ajer, sama seperti aqu. Sudah lama nak bercerita tentang sahabat, dan malam ini aqu realitikan segenap idea yang ada sebagai perkongsian. Izin sudah diapprovekan oleh tuan empunya badan untuk share gambar dia kat sini sesudah sekian lama. Agaknya dah hampir setahun kot. Katanya tunggulah dulu, nak pilih gambar yang paling cantik, hahaha, tunggu punya tunggu, last-last aqu decide sendiri nak pilih gambar yang mana. Tunggu dia, sampai berjanggut lah nampaknya. Almaklumlah dia ni suka berangan.

-IKHRAM-

Tidak dapat aqu terjemahkan dengan lebih detail, segala yang tersurat disebalik figura ini, namun ternyata dia adalah seorang kawan dan sahabat yang baik buat aqu.



   Dia memiliki personaliti yang jarang ada pada lelaki lain yang sebaya. Mungkin aqu tidak dapat terjemahkan melalui kata-kata mahupun penulisan. Seorang yang ceria, kelakar dan berfantasi tinggi, Mohd Ikhram, atau selesa disapa sebagai Ikhram. Sahabat aqu dunia dan Akhirat, InsyaAllah.

   Dilahirkan di Kampung Kubang Panjang Lemal, Pasir Mas Kelantan, Ikhram berdarah Melayu, Kelantan pure ini seorang yang baik hati, berdikari, penyayang, penyabar dan yang paling penting seorang yang taat pada pegangan agama. Seseorang yang berterus terang, perfectionist, gemarkan sesuatu yang mencabar minda, melakukan sesuatu yang kreatif serta bijak merebut sebarang peluang yang ada, itulah Ikhram, sahabat yang sudah aqu kenali, selama tujuh tahun, sedari alam Diploma di Universiti Teknologi Mara, Machang Kelantan.

   Tidak dapat aqu terjemahkan dengan lebih detail, segala yang tersurat di sebalik figura ini, namun ternyata dia adalah seorang kawan dan sahabat yang baik buat aqu di kala waktu senang mahupun susah. Diantara seratus sejuta kawan yang aqu kenal, hanya satu yang kekal sehingga sekarang sebagai sahabat didalam apa juga keadaan.

   Tidak dinafikan, aqu seorang yang tidak punyai ramai kawan, tetapi aqu dengan Ikhram, bebas selesa berkawan. Mungkin kami sekepala. Saling memahami, saling menghormati, dan sifat yang ada pada kami berdua membuat kami begitu akrab. Setiap rasa kami terasa. Tidak aqu nafikan juga, ada kalanya kami pernah bergaduh, tapi seingat aqu hanya sekali. Itupun dulu masa kami gila-gila remaja. Hahahaha sekarang pun, kami still gila-gila dewasa. Bukan apa, nak kelihatan sentiasa muda.

   Adakalanya dia seorang yang senang untuk marah, tetapi di dalam situasi yang tertentu. Masih segar lagi dalam ingatan aqu, waktu kami otw ke Kota Bharu, ada sebuah kereta yang tetiba melintas dengan laju dihapan tanpa sebarang isyarat. Ikhram dengan selamba meludah bahagian belakang kereta tersebut, nyaris nak mengena. Hahahaha itu betul-betul buat aqu gelak sampai sakit mulut. Kelakar giler-giler. Kekadang apa yang dibuatnya melangkaui batasan minda aqu sendiri.

   Boleh dikatan di antara aqu dengan dia, tiada sebarang rahsia. Kami saling memerlukan di antara satu sama lain.Dia di Pasir Mas, dan aqu di Ketereh. Nasib baik la rumah kami tak berapa nak dekat, kalau dekat, 24 hours kot, aqu lepak dengan dia. Bila jumpa ajer, mesti banyak cerita yang nak dibualkan. Tu baru face to face, belum lagi melalui telefon. Hahahaha sentiasa ada benda yang nak dikongsi.

   Bila bosan, aqu dan dia saling bergantung, kami get ready keluar jalan-jalan. Kalau aqu tak ada duit, kekadang dia yang belanja, setakat yang mampu, dan adakala disebaliknya, aqu pula yang belanja dia. Dah macam adik beradik. Kini, apa yang membuat kami sama ialah, almost two years, masing-masing belum dapat kerja tetap setelah sekian lama konvo Degree. Ikhram in Business Management dan aqu in Tekstil Design. Masing-masing dok tanam anggur kat rumah. Masa dihabiskan dengan menghantar resume. Tidak kiralah melalui e-mel mahupun post. Dengan harapan, suatu hari nanti, kami berdua akan berjaya.

   Apa yang membuatkan aqu selesa dan ikhlas berkawan dengan ikhram kerana dia seorang yang menghormati, terima aqu seadanya, baik, jujur dan sentiasa ada dikala aqu susah mahupun senang. Dan yang paling membuat aqu tersentuh ialah, kami saling ingat mengingatkan untuk membentuk diri kearah kebaikan. Perkara yang selalu aqu kena tegur ialah, solat jumaat, cause kadang-kadang aqu tak pergi, malas punya pasal.

   Dan inilah serba ringkas bila aqu bercerita tentang seorang sahabat. Sahabat yang aqu kenal luar dan dalam. InsyaALLAH antara aqu dan ikhram akan kekal berkawan sampai bila-bila.



  

Sunday, 6 October 2013

Senja

  

   Tengah elok aqu dok layan kartoon doraemon dan sinchan kat tv 7, gelak-gelak apa semua, tetiba mata terpandang ke luar tingkap. tertancap pada satu fenomena alam. Sangat -sangat cantik...Mentari diwaktu senja yang bertemankan hujan.

  Aqu rasa doraemon dan sinchan dah cukup-cukup menarik halwa mata untuk aqu tengok, tapi fenomena alam yang jarang-jarang berlaku lebih membuat aqu cair..hahaha....Anugerah ALLAH. Mentari berlabuh diufuk barat selepas senja. Kombinasi warna coklat, kuning, merah dan oren. Begitu indah. lau tak caya, ni ada picture yang aqu snap.

   Sory la,lau gambar tak berapa nak cantik, almaklumlah aqu snap pic dalam hujan yang renyai-renyai. Hahahaha rajin betol aqu, berlari-lari anak pegi depan rumah dan snap apa yang aqu tengok. Bukan apa, fenomena macam ni jarang berlaku, depan rumah pulak tu.


 
 

Saturday, 5 October 2013

Berjalan tanpa henti

   Hampir sebulan rasanya aqu deactifkan facebook. Sekadar untuk jauhkan diri dari dunia luar. Juahkan diri dari semua orang. Bermuhasabah untuk perbetulkan segala kekurangan yang ada. Nak kata merajuk, pon boleh disimpulkan sekali kot sebagai conclussion. Ya aku sedikit terkesan dengan kata-kata seseorang. Kawan satu sekolah juga satu kelas dan aku teramat-amat ikhlas berkawan, sayangkan mereka dunia dan akhirat.

   After exam SPM tahun 2005, kami terpisah. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Membawa diri yang semakin pasti untuk dewasa, mencorak setiap perjalanan hidup. Begitu juga aqu... Disanalah lah semuanya bermula, dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima, semua cerita yang kami lalui terdiam rapi. Segala rasa gembira, sedih, marah, benci, caci, maki bersatu dan itulah aqu dan mereka-mereka semua yang aqu anggap kawan dan sahabat dunia dan akhirat. Hurmmmmm even ada diantara mereka yang selalu mengejek, mengacau, bergaduh, bertumbuk, TAPI mereka tetap aqu anggap sebagai teman sejati.

  Tapi itu dulu, sekarang dah berubah. Sekian lama aqu cari diaorang kat facebook, akhirnya rindu yang aku tanam sebelum ni, kembali subur. Satu persatu aqu add. Dengan harapan, persahabtan yang terputus selama ini akan kembali bertaut. TAPI TIDAK, tidak seperti yang aqu harapkan !.

   Aku sentiasa menjadi sasaran untuk kata-kata yang sangat membuat aku sakit. Sakit sangat-sangat. Macam biasalah, media sosial menjadi luahan untuk juri yang tidak amatur untuk memberi komen, dan salah satu mangsanya adalah aqu. Sama seperti di alam persekolahan. Kekurangan diri aqu, sentiasa menjadi sasaran buat mereka yang tidak tahu erti untuk menghargai.

  Hurmmm tak perlu untuk aqu kongsi, apa yang membuat aqu terkesan kerana kekurangan aqu.. Kerana itu boleh diterima. Aqu sudah biasa dengan semua tu. Yang paling terkesan, sejauh mana diaorang menghilang, sejauh mana diaorang mendiamkan diri, aqu ikhtiar mencari, dan bila dah jumpa, diaorang buat dunno, macam tidak ada apa-apa perasaan yang wujud. Dan tidak bagi aqu, air mata sahabat yang rindukan seorang sahabat yang jatuh dipipi. Bila aqu terjumpa mereka semua, even hanya dialam maya, rasa gembira dan sedih yang datang sebati jadi satu. AQU TERLALU GEMBIRA.

  Aqu betul-betul terkesan. Tarik diri dari dunia luar, buat aqu selamat dalam menjaga hati aqu sendiri. Kawan yang aqu rindu dan sayang, aqu cuba buang jauh-jauh buat masa sekarang. InsyaALLAH, satu pergi,sejuta yang datang.

  Aqu sendiri tidak pasti, sampai bila aqu akan terus dan terus mengalah. Sekuat mana aqu cuba didik hati untuk jadi kuat dan tabah, tetap juga aqu yang kalah...tetap juga aqu rebah...tetap juga aqu yang hanyut. Kerana inilah diri aqu yang sebenar.

   Aku harus terus berjalan tanpa henti, jika aqu rebah, jika aqu kalah, akan aqu terima sebagai penghapus dosa, InsyaALLAH.