Saturday, 5 October 2013

Berjalan tanpa henti

   Hampir sebulan rasanya aqu deactifkan facebook. Sekadar untuk jauhkan diri dari dunia luar. Juahkan diri dari semua orang. Bermuhasabah untuk perbetulkan segala kekurangan yang ada. Nak kata merajuk, pon boleh disimpulkan sekali kot sebagai conclussion. Ya aku sedikit terkesan dengan kata-kata seseorang. Kawan satu sekolah juga satu kelas dan aku teramat-amat ikhlas berkawan, sayangkan mereka dunia dan akhirat.

   After exam SPM tahun 2005, kami terpisah. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Membawa diri yang semakin pasti untuk dewasa, mencorak setiap perjalanan hidup. Begitu juga aqu... Disanalah lah semuanya bermula, dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima, semua cerita yang kami lalui terdiam rapi. Segala rasa gembira, sedih, marah, benci, caci, maki bersatu dan itulah aqu dan mereka-mereka semua yang aqu anggap kawan dan sahabat dunia dan akhirat. Hurmmmmm even ada diantara mereka yang selalu mengejek, mengacau, bergaduh, bertumbuk, TAPI mereka tetap aqu anggap sebagai teman sejati.

  Tapi itu dulu, sekarang dah berubah. Sekian lama aqu cari diaorang kat facebook, akhirnya rindu yang aku tanam sebelum ni, kembali subur. Satu persatu aqu add. Dengan harapan, persahabtan yang terputus selama ini akan kembali bertaut. TAPI TIDAK, tidak seperti yang aqu harapkan !.

   Aku sentiasa menjadi sasaran untuk kata-kata yang sangat membuat aku sakit. Sakit sangat-sangat. Macam biasalah, media sosial menjadi luahan untuk juri yang tidak amatur untuk memberi komen, dan salah satu mangsanya adalah aqu. Sama seperti di alam persekolahan. Kekurangan diri aqu, sentiasa menjadi sasaran buat mereka yang tidak tahu erti untuk menghargai.

  Hurmmm tak perlu untuk aqu kongsi, apa yang membuat aqu terkesan kerana kekurangan aqu.. Kerana itu boleh diterima. Aqu sudah biasa dengan semua tu. Yang paling terkesan, sejauh mana diaorang menghilang, sejauh mana diaorang mendiamkan diri, aqu ikhtiar mencari, dan bila dah jumpa, diaorang buat dunno, macam tidak ada apa-apa perasaan yang wujud. Dan tidak bagi aqu, air mata sahabat yang rindukan seorang sahabat yang jatuh dipipi. Bila aqu terjumpa mereka semua, even hanya dialam maya, rasa gembira dan sedih yang datang sebati jadi satu. AQU TERLALU GEMBIRA.

  Aqu betul-betul terkesan. Tarik diri dari dunia luar, buat aqu selamat dalam menjaga hati aqu sendiri. Kawan yang aqu rindu dan sayang, aqu cuba buang jauh-jauh buat masa sekarang. InsyaALLAH, satu pergi,sejuta yang datang.

  Aqu sendiri tidak pasti, sampai bila aqu akan terus dan terus mengalah. Sekuat mana aqu cuba didik hati untuk jadi kuat dan tabah, tetap juga aqu yang kalah...tetap juga aqu rebah...tetap juga aqu yang hanyut. Kerana inilah diri aqu yang sebenar.

   Aku harus terus berjalan tanpa henti, jika aqu rebah, jika aqu kalah, akan aqu terima sebagai penghapus dosa, InsyaALLAH.

 

No comments: