Monday, 28 October 2013
Mata dah macam kena spray clear !
Hurmmm mata masih lagi tak dapat aqu lelapkan. Paksa pon tetap tak dapat nak lelap. Mungkin diganggu oleh fikiran aqu yang bercelaru. Maklumlah macam-macam yang bermain dalam benak fikiran. Jam pon dah melangkau ke angka tiga pagi. Sekejap ajer rasanya. Masa pantas bergerak, tanpa dihiraukan aqu. Tetap ditakuk yang sama.
Sejak dua menjak ni, boleh dikira berapa kali aqu lelap awal, kebanyakannya hampir subuh baru dapat lelapkan mata. Alhamdulillah... malam ni, even line internet slow, aqu masih dapat online dan sign in buku sejarah aqu ni.
After layan drama korea, minda memang set nak tido kul 12.00, tapi bila dah off laktop, lampu semua tutup, hurmmmmm aqu hanya dapat guling-gulingkan badan. Otak terbang jauh. Tak tahu lah sampai kemana. Berapa meter dari rumah ni pun aqu tak sure. Terlalu jauh, otak aqu ni berjalan.
Sekadar melepaskan rasa bosan, dek kerana mata aqu yang tak dapat lelap. Kekadang hati dan jiwa ni mengeluh sorang-sorang. Terasa penat, sedih, kecewa pun ada. Aqu sendiri pun tidak tahu kenapa. Terkadang sukar untuk aqu luah setiap apa yang dirasa. So apa yang boleh aqu gaulkn sampai sebati malam ni, mata ni dah macam kena spray clear, mana tidaknya, kerah kekung macam batu (loghat Kelantan loll )...hahaha.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment