Wednesday, 31 October 2012

Secebis kenangan


   Pertemuan kita yang tanpa diduga membibitkan  satu persahabatan.Ia menjadi 'gelisah mimpiku', keinginan dan hasratku untuk mendekati dirimu seberapa pantas membuatkan aku nekad untuk mengatakan 'hi'.Persahabatan yang terbina ini insyaAllah tidak akan retak dan akan sampai ke hujung nyawa,walaupun 'ombak rindu' dan 'sonata musim salju yang akan menghalangi.Aku luhurkan kesetiaan persahabatan ini sambil mengusung rindu biarpun tiap detik memberikan aku harapan yang 'sejarah mungkin berulang'.

 
Hadirmu membuatkan aku semakin pasti dalam mencari erti persahabatan.Hanya Tuhan yang tahu akan sayangnya aku padamu kerana 'kaulah segalanya' bagiku.Harap kau menerima aku seadanya kerana inilah diri aku yang sebenarnya.Semakin kau ku kenali, menjadikan aku 'rindu serindu-rindunya' pada senyummu,tingkahmu,percakapanmu,tangismu dan membuatkan aku semakin pasti dengannya.
 
   Pintaku yang terakhir sebelum aku melangkah pergi, jangan pisahkan aku denganmu kerana 'aku bahagia' 'bersamamu'.Setiap pertemuan ada perpisahan.Begitulah adat persahabatan dan lumrah kehidupan.Perpisahan terasing yang tiada jemputan menjemput impianku.Kini padaku hanya tertinggal memori persahabtan dan akan ku gengam suratan ini dan biarlah ianya menjadi 'antara kenangan'.
 
   Harapku agar kau maafkan diri ini dan jika tersurat kita bertemu , kau tetap teman sejatiku.Antara 'simbiosis' 'teman' dan cita-cita,'warna kehidupan' mengajar aku agar jangan mengalah dan sentiasa tanamkan 'aja-aja fighting ! ' agar tidak sengsara dikemudian hari.
 
   InsyaAllah dengarkan isi hatiku dan fahami.Jika rindu ini menyapa mimpimu dan menjadi fantasia mimpi menghiasi tidurmu,terimalah ia sebagai warkah persahabatanku.


P/S: " Istimewa buat teman yang aku sayang abang saiful,epol,udin,que,paan,ikram,zul,ila,kak nad,mus,udin,adik sue,wana,yati,ikhram kalianlah teman terhebat yang pernah aku kenal ! :) "

Wednesday, 17 October 2012

Assalamualaikum cikgu Anuar

   Haaaaaaaaaaa...ni dia aku nak kongsikan pengalaman aku time jadik guru ganti selama 3 bulan lebih sebelum nih.Alang-alang mata x leh tido,dah masuk kul  5.00 pagi,so aku story kat sini.Bukan apa,dah lama x update citer baru kat sini,rasa seram sejuk lak,macam la entry kali ni aku nak story citer hantu lak kan ? ,hahahaha.
 
   Ok nak dijadikan cerita,kisah ni terjadi dalam bulan 4 ,tahun ni.Tahun 2012,after aku balik dari Shah Alam,selepas masuk Hospital sebab kena denggi,dalam sebulan cam gitu la aku ambik masa untuk sihat kan balik badan ni.Semuanya disebabkan seekor nyamuk,kurang ajar betol kan,anak teruna macam aku pon dia nak gigit,yerr dak ?.
 
***********


Kenangan dengan murid-murid tahun 3,comel jer kan :)
   Tinggalkan dulu citer pasal aku masuk wad tu,sambung citer pasal pengalaman aku jadik cikgu sandaran kat sekolah rendah.Nak jadik cikgu sandaran pun bukan main susah lagi beb,nak kena terview bagai,dah la last minute aku dapat call dari PPD Kota Bharu,kul 4 nak terview kul 2 dia baru call,hari yang sama,kelam kabut la beb,masa tu dah la aku dengan rambut panjangnya,selekeh x leh nak kata apa la,maklumlah orang baru lepas sihat dari sakit.Dengan x mandi aku pegi terview,naik teksi lak tu,sebabnya aku xda kenderaan.Aku bukannya pegi sorang-sorang,tapi dengan mak aku,maklumlah aku x tahu tempat terview tu kat mana,sampai-sampai jer aku terus tanya mak aku,dalam loghat kelantan " ma rambut ore ok dop ? ",maksudnya,mak,rambut orang ok x.kemas x?.lebih kurang macam tu la maksudnya.Mak aku cakap ok jer,ok siap,sampai jer terus pegi masuk bilik kat tingkat 2 untuk terview,time tu x ramai orang pun,yang ada staff kat PPD tu jer,mak aku just tunggu kat bawah jer.Tanpa lengah lagi,aku ketuk pintu dan terus masuk.Nak dipendekkan citer,EN.dot..dot.dot  terus tanya sijil SPM dan semua kelulusan yang aku ada,dia just ambik fotostat than masukkan dalam file,siapkan aku punya surat agreement.Aku dalam hati,siot punya olang,aku ingat terview apa,aku dengan x mandi datang sini,kemeja bertai bagai,dia just mintak sijil untuk fotostat jer,siot betol,mana tidaknya aku kelam kabut beb,dalam hati sumpah seranah dah kat dia."ok,awak start mengajar lusa kat sekolah......... gaji ...... sehari..ok....
  
   Alhamdulillah dapat gak aku kerja,even kontrak,gaji pon not bad,ok la,permulaan.Dalam hati dok maki dia,sempat lagi aku bersyukur,bukan senang beb nak dapat cikgu ganti,apatah lagi cikgu tetap.
 
   Citer pasal first day aku nak g lapor diri kat sekolah,wow bederau darah aku beb,dah lama kot aku x masuk kawasan sekolah,sejak habis tingkatan lima tahun 2005,tu lah kali terakhir aku jejak kaki kat sekolah.Ari tu aku pegi lapor diri lewat sikit,mana tidaknya,aku kenderaan pon xda,tunggu teksi,memang lewat la beb,kul lapan pagi baru sampai sekolah,patotnya lebih awal dari tu.Sampai jer sekolah pegi pejabat lapor diri,tapi kena tunggu pengetua lak,dia ada meeting,lewat gak,dalam pukul sebelas baru dia masuk office.Aku macam biasalah buat muka selamber jer,sambil tunggu tu,aku borak-borak jer dgn makcik cleaner yang gigih mengemas.Ala citer biasa-biasa jer,orang kampung,sama-sama orang kampung,tidak lain tidak bukan pasal bola,adoiii aku dah la x minat bola,layan jer la makcik tu,x la bosan sangat,yerrr dak ?.Angguk jer la yang aku tahu,aku x tahu sangat pasal bola nih,x gituh...x minat,kakahhhh..
 


  *************

  Dah masuk bilik guru,kena formal la beb,skema bagai,yalah sekolah,awal-awal lagi kena jadik skema,rambut sikat tepi,kemas dengan tai bagai.Rasa nerd pon ada gak aku ni,tapi bila dah tengok cikgu lain,macam aku gak,so relax r sikit,x la rasa teruk sangat.Salam apa semua dengan pengetua sekolah,dia briefing bagai,katanya x leh pukul budak-budak,x leh guna rotan,perghhh aku dalam hati budak-budak sekarang cikgu langsung x leh nak sentuh,terlebih sentuh nanti budak mengadu kat parents,than cikgu yang jadik mangsa,kena saman bagai,ermmm macam mana la nak didik budak-budak ni.
 
   First day memang la aku x mengajar lagi Jadual untuk aku belom ada.Penolong Kanan yang uruskan aku,bawak kenal cikgu-cikgu yang lain, last-last dia bawaknya aku ke kantin,makan free la aku aritu beb,dia yang belanja,first day,dah dapat rezeki, Alhamdulillah :).
 
   Citer hari kedua lak,sama macam semalam punya,just masuk kelas perkenalkan diri,aku hanya gantikan cikgu yang tidak hadir.Adoi kecut perut beb,tu la pertama kali sejarah dalam hidup, aku masuk kelas,budak-budak yang ramai dalam satu kelas sampai 35 orang,ramai giler,cikgu sorang yang tidak tahu apa-apa,perghhhhhh kecut beb,bebudak x dengar kata,tambah-tambah kelas terakhir,macam cilaka perangai,degil nik amat,langsung x takut kat aku.Aku time x marah ok lagi,tapi kalu dah naik minyak,siap lah bebudak tu.Aku risau cikgu lain tengok than buat kesimpulan yang aku tak dapat kawal kelas,mampus aku beb !.Last-last angin minyak aku mula naik,aku jerkah n terus pukul budak-budak tu atas belakang,sampai bunyi gedebab,wow best gak pukul orang,hahahaha, yang penting satu kelas diam.masing-masing senyap sebab dah takut,huhuhuhu.Aku lagsung dah x peduli dah pesan pengetua,huh lantaklah yang penting budak-budak ni diam.

   Patotla cikgu-cikgu kena jadik garang,skema dan cepat nampak tua dari usia sebenar,sebabnya diaorg kena garang dan sentiaa marah-marah kat sekolah,baru sekarang aku tahu beb,yal ah dulu pon time kecik-kecik aku nakal giler gak,sampi gigit tangan cikgu sebabnya x nak duduk dalam kelas.Kesian pun ada,sebab jadik garang tu bukan diri aku la,aku x la garang sangat pon,biasa-biasa jer.



**********************


   Macam biasa suruh murid-murid perkenalkan diri masing-masing,nama penuh,nama panggilan,tinggal dimana,warna kesukaan dan cita-cita diorang.Ada yang terlampau yakin dan ada gak yang malu-malu,biasalah budak-budak,yang penting title aku terus berubah,CIKGU ANUAR !, rasa semacam jerk,dulu gelaran tu untuk cikgu-cikgu aku,dan sekarang budak-budak panggil aku dengan nama tu,bersemangat pun ada gak.Yang paling aku suka,time masuk kelas,budak-budak semua berdiri dan bagi salam,semua panggil cikgu anuar,wow semacam beb.

   Hari ketiga,fuhh jadual dah siap,aku ingat satu subjek,upanya lima subjek yang aku kena ajar,mampos aku,dengan x tahu apa-apa,langsung x ada pengalaman,fuhh berat beb tanggungjawab jadik cikgu nih !. Kena prepare macam-macam,kena cari jadual,buku teks dan buku laporan mengajar,kat dalam buku laporan tu aku kena planning nak mengajar tajuk apa berdasarkan sukatan dalam buku teks.Perhhh buku teks aku kena carik sendiri,gigih masuk store buku cari buku untuk subjek yang aku ajar.First kajian tempatan,kedua pendidikan sivik,ketiga pendidikan muzik,keempat pendidikan jasmani dan kesihatan dan last sekali untuk subjek pendidikan seni, perhhh banyak tu beb,mampos aku.
 
   Untuk hari yang seterusnya alhamdulillah aku semakin selesa dengan apa yang aku buat,environment sekolah aku semakin kenal,cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang bagus.Seronok pulak mengajar rasanya,semakin hari semakin excited untuk tengok budak-budak lulus periksa.
 
   Kat tempat aku mengajar ni,ada 3 kelas semuanya,kelas Amanah,Rajin,dan Tekun.kelas yang paling rajin dan bagus budaknya kelas amanah dan rajin,kalu masuk kelas tekun,perhhh mood terus berubah,dengan perangai budak-budak degil,giler x tahu nak handle.Tu semua terpulang kat aku,sebagai seorang guru,aku kena fikir macam mana nak bagi diorang x cepat bosan,rajin nak belajar.First aku jadik segarang-garangnya manusia,macam mana la tu agaknya kan ?, kedua aku bercerita sambil mengajar,ketiga buat kuiz,bukan main suka lagi budak-budak ni kalau sebut pasal kuiz,berlumba-lumba nak menang.
 
  Tu belom lagi kelas muzik dan pendidikan jasmani,seawal aku sampai sekolah lagi nak masuk bilik guru,siap tanya awal-awal,cikgu lepas ni turun padang ek,nak main bola?.Bila aku cakap cakap boleh,siap cakap g ramai-ramai "Terima Kasih Cikgu Anuar ".Tersenyum aku tengok gelagat budak-budak ni,comel giler.
 
   Kelas muzik pulak,aku kena buang jauh-jauh rasa malu ,kena nyanyi depan diorang,buat gaya bagai.aduhh ada satu hari tuh,sampai tiga kelas kelas muzik,satu hari kena menyanyi,nak ajar cara nyanyi yang betol,sebutan macam mana,melodinya macam mana.perghhh letih weyyy tapi aku epy,sambil mengajar,hilang aku punya tention.Lagu yang aku ajar,huhuhu lagu yang simple,lagu kenegaraan x pon lagu kanak-kanak,ok ni contoh lagu yang pernah aku ajar budak-budak ni,huhuhu kita layan jap..

Ha,yang ni liriknya ajer,layan,sapa yang suka menyanyi tu,boleh korang test suara,yerrr dop ?.

Lirik lagu Nenek-Nenek si Bongkok Tiga

nenek-nenek
si bongkok tiga
siang mengantuk
malam berjaga
mencari cucu dimana ada
nenekku kahwin dengan anak raja

cucu-cucu
 x dapat lari
nenek tua
banyak sakti
sekarang nenek
nak cari ganti
sapa kena
dia yang jadi

   Best apa lagu kanak-kanak,lagu dolu-dolu punya,sampai aku ingat lirknya hahahaha.Paling aku x leh lupa,time sambutan hari guru,perhh ada majlis sambutan g,meriah gak la,ada makan-makan apa semua,yang paling best tengah dok makan tu,dapat hadiah dari anak murid,macam-macam,ada yang bagi pen,bekas air,jam dinding,frame gambar,dan cawan.Ingatkan aku x kan dapat yalah sekadar cikgu ganti,tpi budak-budak ni x kisah,yang penting diaorang hargai setiap orang yang bagi ilmu,perghhh leleh aku beb,terharu giler.hadiahnya ada aku simpan sampai sekarang.nak upload malas,nnti la kalau ada kelapangan aku upload n share dengan korang,yeahhhhh rock sikit.
 
   Cikgu-cikgu kat sana semua tahu yang aku degree in tekstil design,boleh la melukis sikit-sikit,perghh silap aku gak g tahu yang aku orang seni,ada yang siap mintak aku buatkan lukisan dan soklan exam tuk pendidikan seni lak,perghhh jadik pegedit kertas periksa la pulak.Kat kelantan ni,sekolah kebanyakan x la maju sangat,even sekolah kerajaan,mesin fotostat pon aduh tahun bila punya pon aku x tahu la,nak tengok pon x da gamak,tapi masih boleh pakai,diorang x paggil mesin fotostat,tapi mesin riso,kena masukkan kertas apa entah,aku pon dah x ingat dah,ala,terlalu kuno la sikit,tu jer yang aku boleh gambarkan,kalau nak riso tu,aduh kadang-kadang elok,kadang-kadang x,sakit hati beb,sebab aku mengajar nak gak bagi budak-budak soklan tuk test,nak tahu diorg paham x apa yang aku ajar,last-last aku jadi mahir guna benda tu,sampai cikgu yang mengajar sana lebih dari lima tahun mintak tolong aku,perghhh katanya x pandai,sebab x pernah guna,leceh kot menda natang tu,bak kata orang ganu kita,hahahaha,tapi tu lah,orang kata,pengalaman beb,sebelum guna ynag modern kena guna yang krun kebera dulu,yerrr dop ?.

   Macam ni la rasanya bergelar sebagi seorang guru,ada rasa marah,geram,sedih,terharu,sayang,rindu,semua ada,lengkap lah pulak kan.macam ni la yang aku lalui sampailah habis tiga bulan lebih jadik cikgu ganti.Time nak pisah ni lah sedih giler pulak,yalah budak-budak ni dah macam serasi dengan aku,salam apa semua,yang penting aku tetap tinggalkan pesan,suh diorang rajin belajar,aku nak setiap daripada diorang berjaya,insyaAllah.



cuba carik yang mana satu cikgunya ?,sapa jumpa aku bagi coki-coki


P/S : Thanks a lot wat semua warba Sk pasir Hor sebab bagi kerjasama yang baik sampai la aku habis kontrak kat sana :)

Saya sayang awak !

1st time kita jumpa hari itu,kita gaduh
saya main-main saja,awak ingat betol-betol
saya tidak tahu nak buat macam mana lagi
lantak awak lah
semalam kita berselisih
saya buat dunno jer
awak pandang saya
saya buat dunno jugak
Eeeeee.... degilnya saya ni kan
saya nampak awak
saya panggil awak
tapi awak tidak toleh pun
sebab saya panggil awak dalam hati
bodohnya saya
awak tegur saya
saya buat dunno
tapi awak tidak tahu betapa epynya saya
saya dengar awak bercerita
awak kata awak dah jatuh cinta
sedihnya saya
awak keluar tengok wayang
saya pun !
tapi awak keluar dengan si dia
saya tengok sorang-sorang jer
malamnya awak call saya
ishhh mengacau betol saya tengah tido ni !
tapi saya layankan saja
awak cakap awak dah putus
wah...wah... saya senyum sampai ketelinga
tapi awak tidak nmapk pun
saya cakap kesiannya awak,hipokritnya saya !
hari ini hari jadi saya
tapi awak lupa
saya sedih
tapi tidak apa, awak bukannya sesiapapun
than awak mintak maaf
saya hanya senyum
saya kata "saya tidak kisah"
esoknya awak belanja tengok harry potter
ish x romantiknya awak ni
tapi best apa
pastu dapat bunga
cantik,saya suka sangat
tapi x tahu sapa pengirimnya
saya kecewa sangat
terus sindir awak
awak lari terus balik
saya panggil awak
tapi awak tidak toleh
saya cuma nak bagi tahu
AWAK lori !!!
saya kejar awak
awak terus jalan
saya tolak awak
sebab saya nampak lori betol-betol depan saya
awak jatuh,kesian pulak saya tengok
kalau ia sempat saya nak bagi tahu
awak
SAYA SAYANG AWAK !

Jangan tersalah memilih kawan !

   Entry sebelum ini aku ada kongsikan,dulu aku pernah tersalah memilih kawan,ya betol,aku pernah tersalah memilih kawan,so entry kali ini aku storykan macam mana aku boleh tersalah memilih kawan.
 
   Dulu time diploma aku x macam sekarang,seorang yang pendiam,tidak pandai bergaul dan suka menyendiri.Setiap apa yang aku lalui hanya sorang-sorang, tidak ada kawan,sehinggalah pada suatu hari aku ditegur oleh seseorang,satu fakulti dan satu department.Dia berasal dari KL dan daripada keluarga yang sederhana,nak kata kaya tidak,nak kata miskin pon tidak,but his life is better than me.Sejak dari itu aku mula berkawan,bermula daripada dia dan seterusnya aku kenal kawan-kawan dia yang lain.Aku mula rapat dan rapat.Aku semakin selesa dengan dia.Semuanya aku lalui dengan si dia yang aku anggap seorang kawan yang boleh sentiasa ada di masa susah mahupun senang,tetapi apa yang aku fikirkan tidak sama sekali.Aku terlalu percayakan dia,sehingga aku bawak balik rumah,jumpa mak dan ayah aku,no account bank aku pun dia tahu,no fon dia aku ingat,dan semua tentang dia aku ingat.Bagi aku nak berkawan biar ikhlas,tetapi ikhlas aku disalah gunakan,dia mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang aku bagi.Memang berbaloi sangat-sangat kan dapat kawan macam ni ! .
 
   Ya betol,aku suka orang berterus terang,tetapi dengan cara yang betol,bahasa yang elok,tidak dengan bahasa yang kasar,dan boleh dikatakan kurang ajar.Bila orang lain tengok aku dengan dia,mereka fikir aku kena buli,'wah ayat x menahan tu beb',tetapi tidak bagi aku,aku rasa epy berkawan,sehinggalah aku kenal siapa diri dia yang sebenar.  
 
   Aku ingat lagi,aku pernah bagi no kad ATM kat dia,mintak dia keluarkan duit,tetapi dia keluarkan lebih,katanya member dia nak pinjam tanpa mintak kebenaran aku,ya...memang x banyak,sekadar RM 20 ringgit,tetapi bagi aku itu banyak,yalah anak orang susah dan menggunakan sepenuhnya duit pinjaman PTPTN untuk biaya belajar.Aku hanya diam,katanya nanti kawan dia akan bayar,dan sampai sekarang tidak berbayar.
 
   Dari segi berterus terang its ok,tapi kalau bab-bab menyindir,serahkan pada dia,complete.Dulu pernah beberapa kali aku bergaduh,semuanya disebabkan mulut dia,seorang yang suka bawa mulut,kurang ajar,tidak sopan,suka menyindir,menghina,caci,maki,dengki dan memang sempurna lah aku kenal seorang kawan yang bernama lelaki macam ni.full package,hahahaha.

Ok beb,aku kongsikan story yang aku catit dalam diary tahun 2009,just untuk pengajaran.

29 Feb 2009
Sabtu

" Sepatutnya aku sedar selama ini aku berkawan dengan seorang yang tidak sepatutnya bergelar kawan,sombong,angkuh,berlagak.Malam ni aku cukup terasa dengan dia, "Jagan kau jalan dengan aku sebab pakai baju macam tuh ! (sederhan lusuh).Masih berlegar kat fikiran aku,dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Sangat kecewa,sedih dan menyesal aku kenal dia,ah sedihnya,ya aku tahu,aku anak orang susah,tidak sepatutnya dia cakap aku macam tu,x apa aku mesti sabar."


Photo crdeit to Google Explorer
   Sampai macam tu penghinaan yang aku dapat,tetapi aku tidak serik,teruskan lagi berkawan,disebabkan "peluang",aku bagi peluang,Masuk degree aku still lagi berkawan dgn dia,seorang anak kampung berpindah kebandar.Disebabkan tidak ramai kawan,aku still berkawan dan menyewa dengan dia,mana tidaknya orang KL yang dah tahu hiruk pikuk jalan kat sana,aku just ikot,yang aku tahu bayar duit sewa umah,settle.

   Selama dua tahun aku kat sana,sebilik dan serumah dengan dia,sampai satu tahap dia gunakan nama aku didepan mak dan ayah dia untuk pinjam duit,katanya aku yang nak pinjam duit,padahal dia yang kesuntukan duit,takut parents dia marah,macam cilaka kan perangai ?.
 
   Aku jenis yang suka kekemasan,planning time,dan selalu tido ikut time.Time aku masuk bilik nak tido,dia buka lampu,buka radio kuat-kuat dan sampai kesubuh aku x dapat untuk lelapkan mata,esoknya pegi kelas dengan mata merah,macam pontianak pon ada aku ni,haha.Sepanjang belajar,dia suka ambik tahu hal aku,sampai benda dalam kelambu dia nak tahu,curi-curi baca sms,diary aku than pegi story kat kelas,sampai aku rasa malu dan maruah aku x tahu nak letak mana.Ingat lagi satu kali dia curi gambar peribadi aku dekat camera than upload kat fb,pastu tag dengan orang yang aku sendiri tidak pernah kenal,penuh dengan pelbagai komen yang menjatuhkan,masa tu hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa.
 
   Tahan,tahan,sabar dan sabar dan sabar sampai tamat belajar dan konvo, dan bila sampai hari konvo,aku langsung tidak tegur,malah tengok muka dia pun tidak.
 
   Alhamdulillah sekarang aku dah bebas dari kawan yang macam musuh, dan aku bebas buat apa yang aku suka,tidak terikat untuk jaga hati orang,mentang-mentang anak orang yang boleh dikatakan selesa,suka suki ambik kesempatan dan menghina diatas kelemahan dan kekurangan.
  Jika terlalu terasa sedih,marah tersangat just dekatkan diri dengan Allah,itu jalan yang terbaik yang pernah aku buat,hanya sabar dan insyaAllah semua rasa itu akan hilang dan sabar aku dan membentuk diri aku untuk jadi lebih kuat.

" Carilah hatimu di tiga tempat,temui hatimu ketika bagun membaca Al-quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika megerjakan solat.Jika tidak kau temui juga,kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunya hati "
 
  Sabar seseorang ada batasnya,dan sabar aku sudah hilang bila tamat belajar dan masa itu aku lepas semua yang aku lalui dengan dia,biar dia dengan hal dia dan aku dengan hal aku.InsyAllah everyhing gonna be ok :)

Tuesday, 16 October 2012

siapa diri aku ?

  
   Siapa diri aku ?. Mungkin itulah soalan yang tidak akan pernah terjawab seumur hidup aku ini. Aku tidak handsome, tidak comel, tidak macho, dan aku hanyalah insan biasa yang ada kelemahannya.

   Aku suka mencuba apa juga benda dalam hidup ini tapi pada masa yang sama aku takut untuk menghadapinya dan aku cepat bosan dengan keadaan yang tidak berubah. Aku suka akan perubahan sama ada kecil atau besar, sama ada baik atau buruk. Aku syukur akan hidup aku ini. Walaupun aku tidak kaya, aku tidak mewah, walaupun aku tidak memiliki setiap apa yang aku inginkan, tetapi aku tidak merungut akan hidup ini. Setiap yang aku lalui mengajar sesuatu dalam hidup, samaada baik, buruk, marah, dengki, caci, maki kerana itu membentuk aku yang hari ini. Aku ada keluarga, sahabat, kawan, teman yang aku sayang. Jangan sesekali menilai aku dari pandangan hidup, kerana setiap kelakuan ada sebabnya.

   Aku percaya akan keadilan dunia ini. Setiap kelakuan kita akan di balas tanpa diminta. Aku percaya akan karma. Aku percaya akan semua nasib insan adalah sama, cuma waktu berlakunya adalah berbeza. Aku suka akan ketenangan, sambil bercuti tanpa gangguan apa-apa. Aku suka berkelah, berkemah, meneroka setiap pelusuk hutan,bukit bukau, penuh dengan cabaran, aktiviti lasak, tetapi mengikut mood aku juga.

   Aku suka makan dan aku tidak memilih makanan, kecuali makanan itu boleh memudaratkan kesihatan aku sendiri dan menu yang tidak mungkin aku tinggalkan dalam hidup ini, nasi goreng kampung pedas+telur mata dengan tea o suam. Perghhhh... dan jangan gelak kerana itu kepuasan perut aku. Nampak simple tapi sedap beb !.
 
   Aku bukan orang baik, tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang kerana hidup ini sekali sahaja dan aku tidak ingin hidup dalam penyesalan ! .
 
   Aku tidak suka bersosial, tetapi aku bukan anti sosial. Pegi clubb ker, karaoke atau lepak-lepak  kedai mamak sampai kul 2 atau tiga pagi, dan itu bukan diri aku. Aku suka habiskan masa di rumah dengan membaca, tengok tv, borak-borak dengan family atau layari internet. Aku suka explore pelbagai blog-blog yang sarat dengan pelbagai kisah. Bagi aku itu tidak membosankan. Dalam masa sebulan, boleh dikira dengan jari berapa kali aku keluar shopping atau jalan-jalan dengan kawan-kawan. Mungkin dua atau tiga kali sahaja. Kadang-kadang aku suka pergi tengok konsert, wayang dan itu boleh buat aku hilang tekanan. Jika aku terlalu risau, sedih, marah aku lebih suka berdiam diri dari berkata apa-apa,i tu adalah cara untuk elak dari diri aku lepaskan marah yang bukan pada tempatnya.

   Aku selesa untuk makan sampai penuh mulut, sampai x tertanggung oleh mulut aku sendiri. Cara lain bunyi macam perempuan jer, lelaki suka menangis, tetapi itu terapi buat diri aku. Menangis dalam bilik air sampai puas,l epas tu aku akan rasa terlalu lapang dan lega. Kadang-kadang aku joging keliling kampung sambil jerit kuat-kuat. Sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu, first aku dapat tambah sasakan badan aku, and the second one is tekanan yang aku ada hilang bila aku jerit kuat-kuat, dan ini cara terakhir aku hadapi tekanan,s olat hajat, mohon doa dengan Allah s.w.t, dan itu adalah cara yang terbaik.
 
   Aku suka warna biru laut, kerana bagi aku warna itu sesuai untuk golongan lelaki, dan aku sendiri obses dengan warna biru sampai satu tahap, semua barang peribadi aku, aku nak yang bewarna biru,cun x beb ?,huhuhu...
 
   Sepanjang aku hidup,macam-macam perkara yang aku lalui,dari "zero" bak kata orang putih,tidak tahu apa-apa,aku belajar sikit demi sikit,bermula dari alam persekolahan sehinggalah ke universiti.Cuba untuk belajar berdikari,bergaul dengan orang sekeliling dan yang ada pada hari ini adalah daripada apa yang aku lalui sebelum ini.
 
   Pernah aku tersalah memilih kawan,bagi aku nak berkawan biar ikhlas,tetapi disebabkan terlalu merendah diri,mengalah,terlalu menjaga hati orang,membuatkan diri aku dipijak oleh mereka yang berhati busuk dan sampai sekarang aku masih ingat apa yang aku lalui dan sampai bila-bila aku tidak dapat untuk lupakan.
 
   Dari segi relationship lak,ermm aku still solo,nak tahu kenapa?, bukan aku memilih tetapi macam aku cakapkan,aku hanya budak kampung yang punya banyak kelemahan, seboleh-bolehnya aku ditolak oleh perempuan.Magis bukan?.Tipu jika aku cakap yang sebelum ni aku tidak pernah jatuh cinta,ya pernah dua kali,first dengan anak ustaz jiran dekat kampung,warak n sekarang study kat universiti al-azhar mesir,huhuhuhu mungkin dia bukan jodoh aku,terpisah sebab masing-masing mengejar cita-cita,and the second one is kawan baik aku sendiri,time diploma dulu,kami selalu gaduh,tetapi gaduh manja,borak2,gelak2,menangis sama2,epy sama2,lastly aku ditolak disebabkan kekurangan aku.Mesti korang tertanya bukan,apa agaknya kekurangan aku ini ?.huhu
 
   Aku jenis yang romantik, dan menghargai.Bagi aku untuk jatuh cinta senang,tetapi untuk menghayati erti sebuah cinta itu terlalu susah.Sekali aku dapat,tidak akan aku lepaskan,tetapi sekali aku lepas tidak akan aku berpatah balik.Bercerita pasal menghargai,ermm macam-macam cara aku buat untuk menghargai,contohnya botol air mineral yang diminum oleh kawan baik aku,aku simpan sampai sekarang,bagi aku dengan cara itu aku boleh ingat dan menghargai setiap detik yang aku lalui dalam hidup ini.
 
   Aku paling tidak suka orang yang memungkiri janji,penipu,bagi aku sendiri lebih baik jujur daripada menipu,kerana bila orang yang ditipu tahu akan kebenarannya sampai bila-bila kita akan hilang kepercayaan orang tersebut.Dulu aku pernah cakap dengan diri aku sendiri,orang yang menipu mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia menipu,tetapi bila dah terkena batang hidung aku sendiri barulah aku tahu macam mana rasanya.Janji?..apa makna janji?,bagi aku usah berjanji jika tidak dapat untuk tunaikan janji tersebut,sebab dimasa depan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku." semalam adalah realiti,hari ini adalah pasti dan esok adalah fantasi "
 
   Ermmm aku suka semua benda yang berkaitan dengan seni dan sastera,sama ada lukisan dan novel-novel.

   Dulu masa kecik-kecik mak aku selalu ajar cara basuh pinggan,kemas bilik,basuh baju,mengemas dan sampai sekarang aku amalkan.Masak?,bolehla juga,tapi just lauk yang simple-simple dan sedap dimakan.Aku suka masak apa-apa sahaja mengikut selera aku,tapi bukan untuk aku sorang,masak untuk mak,ayah,adik,kakak dan abang aku sekali,macam inilah cara aku eratkan silaturrahim antara keluarga,sedap atau tidak itu belakang citer,yang penting ikhlas,betol x?.
 
   Kadang-kadang ada juga aku buat salah dengan mak atau ayah aku,yalah kadang-kadang geram jugak dengan diorang,sebab selalu suka membebel,heheheheh x baik kan?,biasalah aku hanya insan biasa,tidak lari dari berbuat silap,tapi x apa,raya nanti mintak maaf la, salam apa semua.chill beb :)
 
   Bercerita tentang impian aku lak,ermmm macam-macam yang aku impikan dalam hidup ni,salah satunya aku dah gapai sekarang,segulung diploma dan ijazah dalam tangan.Alhamdulillah :).Ada beberapa lagi impian yang belom aku gapai,antaranya kerja yang elok dengan gaji yang bagus,rumah x kisahlah sewa atau kepunyaan aku sendiri,sebuah kereta yang sederhana,sesuai untuk orang bujang n masih solo macam aku .Untuk keluarga lak,insyaAllah nak hantar mak dan ayah aku buat haji atau umrah,adik beradik lak,aku boleh kongsikan setiap gaji yang aku dapat,contohnya pegi jejalan atau bercuti,best woooo :)
 
   Untuk insan teristimewa pulak,kahwin dapat anak-anak yang comel-comel,rajin,bertanggungjawab,hormat ibu bapa,bagus dalam pelajaran.Tapi sebelum kahwin mestilah kena date dulu betol x?..hahahaha semestinya pegi bercuti dan menikmati keindahan matahari terbenam kat tepi pantai,sweet x?...ala-ala citer korea jer,hahahaha, and that time aku boleh melamar partner aku dengan sebentuk cincin berlian,wow berlian tu !
 
   Aku rasa cukuplah dulu cerita pasal diri aku,mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan sempadan.


P/S : Blog ni dah lama aku buat since 2011,tetapi kekangan waktu n keadaan,baru sekarang aku dapat update,sorry citer yang sebelum ini,terpaksa aku delete atas sebab-sebab tertentu,chill :)