Wednesday, 17 October 2012

Jangan tersalah memilih kawan !

   Entry sebelum ini aku ada kongsikan,dulu aku pernah tersalah memilih kawan,ya betol,aku pernah tersalah memilih kawan,so entry kali ini aku storykan macam mana aku boleh tersalah memilih kawan.
 
   Dulu time diploma aku x macam sekarang,seorang yang pendiam,tidak pandai bergaul dan suka menyendiri.Setiap apa yang aku lalui hanya sorang-sorang, tidak ada kawan,sehinggalah pada suatu hari aku ditegur oleh seseorang,satu fakulti dan satu department.Dia berasal dari KL dan daripada keluarga yang sederhana,nak kata kaya tidak,nak kata miskin pon tidak,but his life is better than me.Sejak dari itu aku mula berkawan,bermula daripada dia dan seterusnya aku kenal kawan-kawan dia yang lain.Aku mula rapat dan rapat.Aku semakin selesa dengan dia.Semuanya aku lalui dengan si dia yang aku anggap seorang kawan yang boleh sentiasa ada di masa susah mahupun senang,tetapi apa yang aku fikirkan tidak sama sekali.Aku terlalu percayakan dia,sehingga aku bawak balik rumah,jumpa mak dan ayah aku,no account bank aku pun dia tahu,no fon dia aku ingat,dan semua tentang dia aku ingat.Bagi aku nak berkawan biar ikhlas,tetapi ikhlas aku disalah gunakan,dia mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang aku bagi.Memang berbaloi sangat-sangat kan dapat kawan macam ni ! .
 
   Ya betol,aku suka orang berterus terang,tetapi dengan cara yang betol,bahasa yang elok,tidak dengan bahasa yang kasar,dan boleh dikatakan kurang ajar.Bila orang lain tengok aku dengan dia,mereka fikir aku kena buli,'wah ayat x menahan tu beb',tetapi tidak bagi aku,aku rasa epy berkawan,sehinggalah aku kenal siapa diri dia yang sebenar.  
 
   Aku ingat lagi,aku pernah bagi no kad ATM kat dia,mintak dia keluarkan duit,tetapi dia keluarkan lebih,katanya member dia nak pinjam tanpa mintak kebenaran aku,ya...memang x banyak,sekadar RM 20 ringgit,tetapi bagi aku itu banyak,yalah anak orang susah dan menggunakan sepenuhnya duit pinjaman PTPTN untuk biaya belajar.Aku hanya diam,katanya nanti kawan dia akan bayar,dan sampai sekarang tidak berbayar.
 
   Dari segi berterus terang its ok,tapi kalau bab-bab menyindir,serahkan pada dia,complete.Dulu pernah beberapa kali aku bergaduh,semuanya disebabkan mulut dia,seorang yang suka bawa mulut,kurang ajar,tidak sopan,suka menyindir,menghina,caci,maki,dengki dan memang sempurna lah aku kenal seorang kawan yang bernama lelaki macam ni.full package,hahahaha.

Ok beb,aku kongsikan story yang aku catit dalam diary tahun 2009,just untuk pengajaran.

29 Feb 2009
Sabtu

" Sepatutnya aku sedar selama ini aku berkawan dengan seorang yang tidak sepatutnya bergelar kawan,sombong,angkuh,berlagak.Malam ni aku cukup terasa dengan dia, "Jagan kau jalan dengan aku sebab pakai baju macam tuh ! (sederhan lusuh).Masih berlegar kat fikiran aku,dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Sangat kecewa,sedih dan menyesal aku kenal dia,ah sedihnya,ya aku tahu,aku anak orang susah,tidak sepatutnya dia cakap aku macam tu,x apa aku mesti sabar."


Photo crdeit to Google Explorer
   Sampai macam tu penghinaan yang aku dapat,tetapi aku tidak serik,teruskan lagi berkawan,disebabkan "peluang",aku bagi peluang,Masuk degree aku still lagi berkawan dgn dia,seorang anak kampung berpindah kebandar.Disebabkan tidak ramai kawan,aku still berkawan dan menyewa dengan dia,mana tidaknya orang KL yang dah tahu hiruk pikuk jalan kat sana,aku just ikot,yang aku tahu bayar duit sewa umah,settle.

   Selama dua tahun aku kat sana,sebilik dan serumah dengan dia,sampai satu tahap dia gunakan nama aku didepan mak dan ayah dia untuk pinjam duit,katanya aku yang nak pinjam duit,padahal dia yang kesuntukan duit,takut parents dia marah,macam cilaka kan perangai ?.
 
   Aku jenis yang suka kekemasan,planning time,dan selalu tido ikut time.Time aku masuk bilik nak tido,dia buka lampu,buka radio kuat-kuat dan sampai kesubuh aku x dapat untuk lelapkan mata,esoknya pegi kelas dengan mata merah,macam pontianak pon ada aku ni,haha.Sepanjang belajar,dia suka ambik tahu hal aku,sampai benda dalam kelambu dia nak tahu,curi-curi baca sms,diary aku than pegi story kat kelas,sampai aku rasa malu dan maruah aku x tahu nak letak mana.Ingat lagi satu kali dia curi gambar peribadi aku dekat camera than upload kat fb,pastu tag dengan orang yang aku sendiri tidak pernah kenal,penuh dengan pelbagai komen yang menjatuhkan,masa tu hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa.
 
   Tahan,tahan,sabar dan sabar dan sabar sampai tamat belajar dan konvo, dan bila sampai hari konvo,aku langsung tidak tegur,malah tengok muka dia pun tidak.
 
   Alhamdulillah sekarang aku dah bebas dari kawan yang macam musuh, dan aku bebas buat apa yang aku suka,tidak terikat untuk jaga hati orang,mentang-mentang anak orang yang boleh dikatakan selesa,suka suki ambik kesempatan dan menghina diatas kelemahan dan kekurangan.
  Jika terlalu terasa sedih,marah tersangat just dekatkan diri dengan Allah,itu jalan yang terbaik yang pernah aku buat,hanya sabar dan insyaAllah semua rasa itu akan hilang dan sabar aku dan membentuk diri aku untuk jadi lebih kuat.

" Carilah hatimu di tiga tempat,temui hatimu ketika bagun membaca Al-quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika megerjakan solat.Jika tidak kau temui juga,kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunya hati "
 
  Sabar seseorang ada batasnya,dan sabar aku sudah hilang bila tamat belajar dan masa itu aku lepas semua yang aku lalui dengan dia,biar dia dengan hal dia dan aku dengan hal aku.InsyAllah everyhing gonna be ok :)

No comments: