Tuesday, 16 October 2012

siapa diri aku ?

  
   Siapa diri aku ?. Mungkin itulah soalan yang tidak akan pernah terjawab seumur hidup aku ini. Aku tidak handsome, tidak comel, tidak macho, dan aku hanyalah insan biasa yang ada kelemahannya.

   Aku suka mencuba apa juga benda dalam hidup ini tapi pada masa yang sama aku takut untuk menghadapinya dan aku cepat bosan dengan keadaan yang tidak berubah. Aku suka akan perubahan sama ada kecil atau besar, sama ada baik atau buruk. Aku syukur akan hidup aku ini. Walaupun aku tidak kaya, aku tidak mewah, walaupun aku tidak memiliki setiap apa yang aku inginkan, tetapi aku tidak merungut akan hidup ini. Setiap yang aku lalui mengajar sesuatu dalam hidup, samaada baik, buruk, marah, dengki, caci, maki kerana itu membentuk aku yang hari ini. Aku ada keluarga, sahabat, kawan, teman yang aku sayang. Jangan sesekali menilai aku dari pandangan hidup, kerana setiap kelakuan ada sebabnya.

   Aku percaya akan keadilan dunia ini. Setiap kelakuan kita akan di balas tanpa diminta. Aku percaya akan karma. Aku percaya akan semua nasib insan adalah sama, cuma waktu berlakunya adalah berbeza. Aku suka akan ketenangan, sambil bercuti tanpa gangguan apa-apa. Aku suka berkelah, berkemah, meneroka setiap pelusuk hutan,bukit bukau, penuh dengan cabaran, aktiviti lasak, tetapi mengikut mood aku juga.

   Aku suka makan dan aku tidak memilih makanan, kecuali makanan itu boleh memudaratkan kesihatan aku sendiri dan menu yang tidak mungkin aku tinggalkan dalam hidup ini, nasi goreng kampung pedas+telur mata dengan tea o suam. Perghhhh... dan jangan gelak kerana itu kepuasan perut aku. Nampak simple tapi sedap beb !.
 
   Aku bukan orang baik, tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang kerana hidup ini sekali sahaja dan aku tidak ingin hidup dalam penyesalan ! .
 
   Aku tidak suka bersosial, tetapi aku bukan anti sosial. Pegi clubb ker, karaoke atau lepak-lepak  kedai mamak sampai kul 2 atau tiga pagi, dan itu bukan diri aku. Aku suka habiskan masa di rumah dengan membaca, tengok tv, borak-borak dengan family atau layari internet. Aku suka explore pelbagai blog-blog yang sarat dengan pelbagai kisah. Bagi aku itu tidak membosankan. Dalam masa sebulan, boleh dikira dengan jari berapa kali aku keluar shopping atau jalan-jalan dengan kawan-kawan. Mungkin dua atau tiga kali sahaja. Kadang-kadang aku suka pergi tengok konsert, wayang dan itu boleh buat aku hilang tekanan. Jika aku terlalu risau, sedih, marah aku lebih suka berdiam diri dari berkata apa-apa,i tu adalah cara untuk elak dari diri aku lepaskan marah yang bukan pada tempatnya.

   Aku selesa untuk makan sampai penuh mulut, sampai x tertanggung oleh mulut aku sendiri. Cara lain bunyi macam perempuan jer, lelaki suka menangis, tetapi itu terapi buat diri aku. Menangis dalam bilik air sampai puas,l epas tu aku akan rasa terlalu lapang dan lega. Kadang-kadang aku joging keliling kampung sambil jerit kuat-kuat. Sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu, first aku dapat tambah sasakan badan aku, and the second one is tekanan yang aku ada hilang bila aku jerit kuat-kuat, dan ini cara terakhir aku hadapi tekanan,s olat hajat, mohon doa dengan Allah s.w.t, dan itu adalah cara yang terbaik.
 
   Aku suka warna biru laut, kerana bagi aku warna itu sesuai untuk golongan lelaki, dan aku sendiri obses dengan warna biru sampai satu tahap, semua barang peribadi aku, aku nak yang bewarna biru,cun x beb ?,huhuhu...
 
   Sepanjang aku hidup,macam-macam perkara yang aku lalui,dari "zero" bak kata orang putih,tidak tahu apa-apa,aku belajar sikit demi sikit,bermula dari alam persekolahan sehinggalah ke universiti.Cuba untuk belajar berdikari,bergaul dengan orang sekeliling dan yang ada pada hari ini adalah daripada apa yang aku lalui sebelum ini.
 
   Pernah aku tersalah memilih kawan,bagi aku nak berkawan biar ikhlas,tetapi disebabkan terlalu merendah diri,mengalah,terlalu menjaga hati orang,membuatkan diri aku dipijak oleh mereka yang berhati busuk dan sampai sekarang aku masih ingat apa yang aku lalui dan sampai bila-bila aku tidak dapat untuk lupakan.
 
   Dari segi relationship lak,ermm aku still solo,nak tahu kenapa?, bukan aku memilih tetapi macam aku cakapkan,aku hanya budak kampung yang punya banyak kelemahan, seboleh-bolehnya aku ditolak oleh perempuan.Magis bukan?.Tipu jika aku cakap yang sebelum ni aku tidak pernah jatuh cinta,ya pernah dua kali,first dengan anak ustaz jiran dekat kampung,warak n sekarang study kat universiti al-azhar mesir,huhuhuhu mungkin dia bukan jodoh aku,terpisah sebab masing-masing mengejar cita-cita,and the second one is kawan baik aku sendiri,time diploma dulu,kami selalu gaduh,tetapi gaduh manja,borak2,gelak2,menangis sama2,epy sama2,lastly aku ditolak disebabkan kekurangan aku.Mesti korang tertanya bukan,apa agaknya kekurangan aku ini ?.huhu
 
   Aku jenis yang romantik, dan menghargai.Bagi aku untuk jatuh cinta senang,tetapi untuk menghayati erti sebuah cinta itu terlalu susah.Sekali aku dapat,tidak akan aku lepaskan,tetapi sekali aku lepas tidak akan aku berpatah balik.Bercerita pasal menghargai,ermm macam-macam cara aku buat untuk menghargai,contohnya botol air mineral yang diminum oleh kawan baik aku,aku simpan sampai sekarang,bagi aku dengan cara itu aku boleh ingat dan menghargai setiap detik yang aku lalui dalam hidup ini.
 
   Aku paling tidak suka orang yang memungkiri janji,penipu,bagi aku sendiri lebih baik jujur daripada menipu,kerana bila orang yang ditipu tahu akan kebenarannya sampai bila-bila kita akan hilang kepercayaan orang tersebut.Dulu aku pernah cakap dengan diri aku sendiri,orang yang menipu mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia menipu,tetapi bila dah terkena batang hidung aku sendiri barulah aku tahu macam mana rasanya.Janji?..apa makna janji?,bagi aku usah berjanji jika tidak dapat untuk tunaikan janji tersebut,sebab dimasa depan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku." semalam adalah realiti,hari ini adalah pasti dan esok adalah fantasi "
 
   Ermmm aku suka semua benda yang berkaitan dengan seni dan sastera,sama ada lukisan dan novel-novel.

   Dulu masa kecik-kecik mak aku selalu ajar cara basuh pinggan,kemas bilik,basuh baju,mengemas dan sampai sekarang aku amalkan.Masak?,bolehla juga,tapi just lauk yang simple-simple dan sedap dimakan.Aku suka masak apa-apa sahaja mengikut selera aku,tapi bukan untuk aku sorang,masak untuk mak,ayah,adik,kakak dan abang aku sekali,macam inilah cara aku eratkan silaturrahim antara keluarga,sedap atau tidak itu belakang citer,yang penting ikhlas,betol x?.
 
   Kadang-kadang ada juga aku buat salah dengan mak atau ayah aku,yalah kadang-kadang geram jugak dengan diorang,sebab selalu suka membebel,heheheheh x baik kan?,biasalah aku hanya insan biasa,tidak lari dari berbuat silap,tapi x apa,raya nanti mintak maaf la, salam apa semua.chill beb :)
 
   Bercerita tentang impian aku lak,ermmm macam-macam yang aku impikan dalam hidup ni,salah satunya aku dah gapai sekarang,segulung diploma dan ijazah dalam tangan.Alhamdulillah :).Ada beberapa lagi impian yang belom aku gapai,antaranya kerja yang elok dengan gaji yang bagus,rumah x kisahlah sewa atau kepunyaan aku sendiri,sebuah kereta yang sederhana,sesuai untuk orang bujang n masih solo macam aku .Untuk keluarga lak,insyaAllah nak hantar mak dan ayah aku buat haji atau umrah,adik beradik lak,aku boleh kongsikan setiap gaji yang aku dapat,contohnya pegi jejalan atau bercuti,best woooo :)
 
   Untuk insan teristimewa pulak,kahwin dapat anak-anak yang comel-comel,rajin,bertanggungjawab,hormat ibu bapa,bagus dalam pelajaran.Tapi sebelum kahwin mestilah kena date dulu betol x?..hahahaha semestinya pegi bercuti dan menikmati keindahan matahari terbenam kat tepi pantai,sweet x?...ala-ala citer korea jer,hahahaha, and that time aku boleh melamar partner aku dengan sebentuk cincin berlian,wow berlian tu !
 
   Aku rasa cukuplah dulu cerita pasal diri aku,mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan sempadan.


P/S : Blog ni dah lama aku buat since 2011,tetapi kekangan waktu n keadaan,baru sekarang aku dapat update,sorry citer yang sebelum ini,terpaksa aku delete atas sebab-sebab tertentu,chill :)
 

No comments: