Haaaaaaaaaaa...ni dia aku nak kongsikan pengalaman aku time jadik guru ganti selama 3 bulan lebih sebelum nih.Alang-alang mata x leh tido,dah masuk kul 5.00 pagi,so aku story kat sini.Bukan apa,dah lama x update citer baru kat sini,rasa seram sejuk lak,macam la entry kali ni aku nak story citer hantu lak kan ? ,hahahaha.
Ok nak dijadikan cerita,kisah ni terjadi dalam bulan 4 ,tahun ni.Tahun 2012,after aku balik dari Shah Alam,selepas masuk Hospital sebab kena denggi,dalam sebulan cam gitu la aku ambik masa untuk sihat kan balik badan ni.Semuanya disebabkan seekor nyamuk,kurang ajar betol kan,anak teruna macam aku pon dia nak gigit,yerr dak ?.
***********
Tinggalkan dulu citer pasal aku masuk wad tu,sambung citer pasal pengalaman aku jadik cikgu sandaran kat sekolah rendah.Nak jadik cikgu sandaran pun bukan main susah lagi beb,nak kena terview bagai,dah la last minute aku dapat call dari PPD Kota Bharu,kul 4 nak terview kul 2 dia baru call,hari yang sama,kelam kabut la beb,masa tu dah la aku dengan rambut panjangnya,selekeh x leh nak kata apa la,maklumlah orang baru lepas sihat dari sakit.Dengan x mandi aku pegi terview,naik teksi lak tu,sebabnya aku xda kenderaan.Aku bukannya pegi sorang-sorang,tapi dengan mak aku,maklumlah aku x tahu tempat terview tu kat mana,sampai-sampai jer aku terus tanya mak aku,dalam loghat kelantan " ma rambut ore ok dop ? ",maksudnya,mak,rambut orang ok x.kemas x?.lebih kurang macam tu la maksudnya.Mak aku cakap ok jer,ok siap,sampai jer terus pegi masuk bilik kat tingkat 2 untuk terview,time tu x ramai orang pun,yang ada staff kat PPD tu jer,mak aku just tunggu kat bawah jer.Tanpa lengah lagi,aku ketuk pintu dan terus masuk.Nak dipendekkan citer,EN.dot..dot.dot terus tanya sijil SPM dan semua kelulusan yang aku ada,dia just ambik fotostat than masukkan dalam file,siapkan aku punya surat agreement.Aku dalam hati,siot punya olang,aku ingat terview apa,aku dengan x mandi datang sini,kemeja bertai bagai,dia just mintak sijil untuk fotostat jer,siot betol,mana tidaknya aku kelam kabut beb,dalam hati sumpah seranah dah kat dia."ok,awak start mengajar lusa kat sekolah......... gaji ...... sehari..ok....
| Kenangan dengan murid-murid tahun 3,comel jer kan :) |
Alhamdulillah dapat gak aku kerja,even kontrak,gaji pon not bad,ok la,permulaan.Dalam hati dok maki dia,sempat lagi aku bersyukur,bukan senang beb nak dapat cikgu ganti,apatah lagi cikgu tetap.
Citer pasal first day aku nak g lapor diri kat sekolah,wow bederau darah aku beb,dah lama kot aku x masuk kawasan sekolah,sejak habis tingkatan lima tahun 2005,tu lah kali terakhir aku jejak kaki kat sekolah.Ari tu aku pegi lapor diri lewat sikit,mana tidaknya,aku kenderaan pon xda,tunggu teksi,memang lewat la beb,kul lapan pagi baru sampai sekolah,patotnya lebih awal dari tu.Sampai jer sekolah pegi pejabat lapor diri,tapi kena tunggu pengetua lak,dia ada meeting,lewat gak,dalam pukul sebelas baru dia masuk office.Aku macam biasalah buat muka selamber jer,sambil tunggu tu,aku borak-borak jer dgn makcik cleaner yang gigih mengemas.Ala citer biasa-biasa jer,orang kampung,sama-sama orang kampung,tidak lain tidak bukan pasal bola,adoiii aku dah la x minat bola,layan jer la makcik tu,x la bosan sangat,yerrr dak ?.Angguk jer la yang aku tahu,aku x tahu sangat pasal bola nih,x gituh...x minat,kakahhhh..
*************
Dah masuk bilik guru,kena formal la beb,skema bagai,yalah sekolah,awal-awal lagi kena jadik skema,rambut sikat tepi,kemas dengan tai bagai.Rasa nerd pon ada gak aku ni,tapi bila dah tengok cikgu lain,macam aku gak,so relax r sikit,x la rasa teruk sangat.Salam apa semua dengan pengetua sekolah,dia briefing bagai,katanya x leh pukul budak-budak,x leh guna rotan,perghhh aku dalam hati budak-budak sekarang cikgu langsung x leh nak sentuh,terlebih sentuh nanti budak mengadu kat parents,than cikgu yang jadik mangsa,kena saman bagai,ermmm macam mana la nak didik budak-budak ni.
First day memang la aku x mengajar lagi Jadual untuk aku belom ada.Penolong Kanan yang uruskan aku,bawak kenal cikgu-cikgu yang lain, last-last dia bawaknya aku ke kantin,makan free la aku aritu beb,dia yang belanja,first day,dah dapat rezeki, Alhamdulillah :).
Citer hari kedua lak,sama macam semalam punya,just masuk kelas perkenalkan diri,aku hanya gantikan cikgu yang tidak hadir.Adoi kecut perut beb,tu la pertama kali sejarah dalam hidup, aku masuk kelas,budak-budak yang ramai dalam satu kelas sampai 35 orang,ramai giler,cikgu sorang yang tidak tahu apa-apa,perghhhhhh kecut beb,bebudak x dengar kata,tambah-tambah kelas terakhir,macam cilaka perangai,degil nik amat,langsung x takut kat aku.Aku time x marah ok lagi,tapi kalu dah naik minyak,siap lah bebudak tu.Aku risau cikgu lain tengok than buat kesimpulan yang aku tak dapat kawal kelas,mampus aku beb !.Last-last angin minyak aku mula naik,aku jerkah n terus pukul budak-budak tu atas belakang,sampai bunyi gedebab,wow best gak pukul orang,hahahaha, yang penting satu kelas diam.masing-masing senyap sebab dah takut,huhuhuhu.Aku lagsung dah x peduli dah pesan pengetua,huh lantaklah yang penting budak-budak ni diam.
Patotla cikgu-cikgu kena jadik garang,skema dan cepat nampak tua dari usia sebenar,sebabnya diaorg kena garang dan sentiaa marah-marah kat sekolah,baru sekarang aku tahu beb,yal ah dulu pon time kecik-kecik aku nakal giler gak,sampi gigit tangan cikgu sebabnya x nak duduk dalam kelas.Kesian pun ada,sebab jadik garang tu bukan diri aku la,aku x la garang sangat pon,biasa-biasa jer.
**********************
Macam biasa suruh murid-murid perkenalkan diri masing-masing,nama penuh,nama panggilan,tinggal dimana,warna kesukaan dan cita-cita diorang.Ada yang terlampau yakin dan ada gak yang malu-malu,biasalah budak-budak,yang penting title aku terus berubah,CIKGU ANUAR !, rasa semacam jerk,dulu gelaran tu untuk cikgu-cikgu aku,dan sekarang budak-budak panggil aku dengan nama tu,bersemangat pun ada gak.Yang paling aku suka,time masuk kelas,budak-budak semua berdiri dan bagi salam,semua panggil cikgu anuar,wow semacam beb.
Hari ketiga,fuhh jadual dah siap,aku ingat satu subjek,upanya lima subjek yang aku kena ajar,mampos aku,dengan x tahu apa-apa,langsung x ada pengalaman,fuhh berat beb tanggungjawab jadik cikgu nih !. Kena prepare macam-macam,kena cari jadual,buku teks dan buku laporan mengajar,kat dalam buku laporan tu aku kena planning nak mengajar tajuk apa berdasarkan sukatan dalam buku teks.Perhhh buku teks aku kena carik sendiri,gigih masuk store buku cari buku untuk subjek yang aku ajar.First kajian tempatan,kedua pendidikan sivik,ketiga pendidikan muzik,keempat pendidikan jasmani dan kesihatan dan last sekali untuk subjek pendidikan seni, perhhh banyak tu beb,mampos aku.
Untuk hari yang seterusnya alhamdulillah aku semakin selesa dengan apa yang aku buat,environment sekolah aku semakin kenal,cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang bagus.Seronok pulak mengajar rasanya,semakin hari semakin excited untuk tengok budak-budak lulus periksa.
Kat tempat aku mengajar ni,ada 3 kelas semuanya,kelas Amanah,Rajin,dan Tekun.kelas yang paling rajin dan bagus budaknya kelas amanah dan rajin,kalu masuk kelas tekun,perhhh mood terus berubah,dengan perangai budak-budak degil,giler x tahu nak handle.Tu semua terpulang kat aku,sebagai seorang guru,aku kena fikir macam mana nak bagi diorang x cepat bosan,rajin nak belajar.First aku jadik segarang-garangnya manusia,macam mana la tu agaknya kan ?, kedua aku bercerita sambil mengajar,ketiga buat kuiz,bukan main suka lagi budak-budak ni kalau sebut pasal kuiz,berlumba-lumba nak menang.
Tu belom lagi kelas muzik dan pendidikan jasmani,seawal aku sampai sekolah lagi nak masuk bilik guru,siap tanya awal-awal,cikgu lepas ni turun padang ek,nak main bola?.Bila aku cakap cakap boleh,siap cakap g ramai-ramai "Terima Kasih Cikgu Anuar ".Tersenyum aku tengok gelagat budak-budak ni,comel giler.
Kelas muzik pulak,aku kena buang jauh-jauh rasa malu ,kena nyanyi depan diorang,buat gaya bagai.aduhh ada satu hari tuh,sampai tiga kelas kelas muzik,satu hari kena menyanyi,nak ajar cara nyanyi yang betol,sebutan macam mana,melodinya macam mana.perghhh letih weyyy tapi aku epy,sambil mengajar,hilang aku punya tention.Lagu yang aku ajar,huhuhu lagu yang simple,lagu kenegaraan x pon lagu kanak-kanak,ok ni contoh lagu yang pernah aku ajar budak-budak ni,huhuhu kita layan jap..
Ha,yang ni liriknya ajer,layan,sapa yang suka menyanyi tu,boleh korang test suara,yerrr dop ?.
Lirik lagu Nenek-Nenek si Bongkok Tiga
nenek-nenek
si bongkok tiga
siang mengantuk
malam berjaga
mencari cucu dimana ada
nenekku kahwin dengan anak raja
cucu-cucu
x dapat lari
nenek tua
banyak sakti
sekarang nenek
nak cari ganti
sapa kena
dia yang jadi
Best apa lagu kanak-kanak,lagu dolu-dolu punya,sampai aku ingat lirknya hahahaha.Paling aku x leh lupa,time sambutan hari guru,perhh ada majlis sambutan g,meriah gak la,ada makan-makan apa semua,yang paling best tengah dok makan tu,dapat hadiah dari anak murid,macam-macam,ada yang bagi pen,bekas air,jam dinding,frame gambar,dan cawan.Ingatkan aku x kan dapat yalah sekadar cikgu ganti,tpi budak-budak ni x kisah,yang penting diaorang hargai setiap orang yang bagi ilmu,perghhh leleh aku beb,terharu giler.hadiahnya ada aku simpan sampai sekarang.nak upload malas,nnti la kalau ada kelapangan aku upload n share dengan korang,yeahhhhh rock sikit.
Cikgu-cikgu kat sana semua tahu yang aku degree in tekstil design,boleh la melukis sikit-sikit,perghh silap aku gak g tahu yang aku orang seni,ada yang siap mintak aku buatkan lukisan dan soklan exam tuk pendidikan seni lak,perghhh jadik pegedit kertas periksa la pulak.Kat kelantan ni,sekolah kebanyakan x la maju sangat,even sekolah kerajaan,mesin fotostat pon aduh tahun bila punya pon aku x tahu la,nak tengok pon x da gamak,tapi masih boleh pakai,diorang x paggil mesin fotostat,tapi mesin riso,kena masukkan kertas apa entah,aku pon dah x ingat dah,ala,terlalu kuno la sikit,tu jer yang aku boleh gambarkan,kalau nak riso tu,aduh kadang-kadang elok,kadang-kadang x,sakit hati beb,sebab aku mengajar nak gak bagi budak-budak soklan tuk test,nak tahu diorg paham x apa yang aku ajar,last-last aku jadi mahir guna benda tu,sampai cikgu yang mengajar sana lebih dari lima tahun mintak tolong aku,perghhh katanya x pandai,sebab x pernah guna,leceh kot menda natang tu,bak kata orang ganu kita,hahahaha,tapi tu lah,orang kata,pengalaman beb,sebelum guna ynag modern kena guna yang krun kebera dulu,yerrr dop ?.
Macam ni la rasanya bergelar sebagi seorang guru,ada rasa marah,geram,sedih,terharu,sayang,rindu,semua ada,lengkap lah pulak kan.macam ni la yang aku lalui sampailah habis tiga bulan lebih jadik cikgu ganti.Time nak pisah ni lah sedih giler pulak,yalah budak-budak ni dah macam serasi dengan aku,salam apa semua,yang penting aku tetap tinggalkan pesan,suh diorang rajin belajar,aku nak setiap daripada diorang berjaya,insyaAllah.
![]() |
| cuba carik yang mana satu cikgunya ?,sapa jumpa aku bagi coki-coki |
P/S : Thanks a lot wat semua warba Sk pasir Hor sebab bagi kerjasama yang baik sampai la aku habis kontrak kat sana :)

No comments:
Post a Comment