Monday, 30 September 2013
Bila aqu mengidam
Bila baca tajuk, hurmm bukan main lagi, "mengidam". Tapi itulah realitinya. Selalunya mengidam ni sesuai untuk orang perempuan yang tengah mengandung, tapi lain cerita pulak dengan aku. Mulut dan nafsu terasa sangat-sangat terliur nak makan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Apa yang terlintas difikiran akan diterjemahkan melalui deria rasa. Kalau tak dapat nak makan apa yang diidamkan, boleh diumpamakan bagai hari-hari yang aku lalui tidak lengkap. Haaaaa pelik tak dengan habit aku ni.
Nak kata pembawakan budak, tak jugak, aku pon belum kahwin, masih lagi single dan aku ni lelaki,kalau perempuan tak la pelik sangat. Apapun itu semua menjadi rahsia Allah. Apa yang aku rasa nak makan, makanan yang aku boleh masak, aku masak jer sendiri, yang tak dapat nak masak, terpaksalah keluar kebandar dan cari apa yang aku nak.
Dan hari ini isnin bersamaan 30 september 2013, aku dapat tunaikan semua benda yang aku mengidam nak makan. Kalau sebelum ni, mengidam nak makan nasi air dan sup ayam, aku dah tunaikan dan selebihnya yang berbaki aku dapat makan hari ini. Itupun berkat pertolongan kawan baik aku, insyaAllah dunia dan akhirat, IKHRAM. Dia yang tolong temankan aku kebandar untuk beli apa yang aku terasa nak makan. Baru jer lepas makan...hehehehe...Big Apple Donut, jajan kacang hijau, roti kopi, satay ayam dan air oren. Alhamdulillah aku dah lunaskan. Lepas ni tak adalah aku terbawak sampai ketempat tido.betol tak ?.
Adik bongsu aku pernah cakap," ko ni pelik-pelik ajer selera, nak makan yang bukan-bukan, macam orang nak mati ! ". Hehehehe tak adalah sampai ketahap tu, insyaAllah. Harap umur aku panjang dan jika ajal aku sudah sampai aku terima apa saja ketentuan Allah S.W.T..InsyaALLAH :).
P/S : wat ikhram, tq bro :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment