Monday, 30 September 2013
Bila aqu mengidam
Bila baca tajuk, hurmm bukan main lagi, "mengidam". Tapi itulah realitinya. Selalunya mengidam ni sesuai untuk orang perempuan yang tengah mengandung, tapi lain cerita pulak dengan aku. Mulut dan nafsu terasa sangat-sangat terliur nak makan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Apa yang terlintas difikiran akan diterjemahkan melalui deria rasa. Kalau tak dapat nak makan apa yang diidamkan, boleh diumpamakan bagai hari-hari yang aku lalui tidak lengkap. Haaaaa pelik tak dengan habit aku ni.
Nak kata pembawakan budak, tak jugak, aku pon belum kahwin, masih lagi single dan aku ni lelaki,kalau perempuan tak la pelik sangat. Apapun itu semua menjadi rahsia Allah. Apa yang aku rasa nak makan, makanan yang aku boleh masak, aku masak jer sendiri, yang tak dapat nak masak, terpaksalah keluar kebandar dan cari apa yang aku nak.
Dan hari ini isnin bersamaan 30 september 2013, aku dapat tunaikan semua benda yang aku mengidam nak makan. Kalau sebelum ni, mengidam nak makan nasi air dan sup ayam, aku dah tunaikan dan selebihnya yang berbaki aku dapat makan hari ini. Itupun berkat pertolongan kawan baik aku, insyaAllah dunia dan akhirat, IKHRAM. Dia yang tolong temankan aku kebandar untuk beli apa yang aku terasa nak makan. Baru jer lepas makan...hehehehe...Big Apple Donut, jajan kacang hijau, roti kopi, satay ayam dan air oren. Alhamdulillah aku dah lunaskan. Lepas ni tak adalah aku terbawak sampai ketempat tido.betol tak ?.
Adik bongsu aku pernah cakap," ko ni pelik-pelik ajer selera, nak makan yang bukan-bukan, macam orang nak mati ! ". Hehehehe tak adalah sampai ketahap tu, insyaAllah. Harap umur aku panjang dan jika ajal aku sudah sampai aku terima apa saja ketentuan Allah S.W.T..InsyaALLAH :).
P/S : wat ikhram, tq bro :-)
Friday, 20 September 2013
Aku di zaman sekolah
Bila tengok video budak ni, terasa diri ni kerdil sangat-sangat. Seorang budak kampung yang dulunya dipandang hina dan sekarang di hormati dan di kenali oleh semua orang. Berkat bakat yang Allah bagi, jika digunakan dengan baik, InsyaAllah akan berjaya. Salah seorangnya adalah " Dia". Lirik lagu yang dinyanyikan mempunyai makna yang mendalam, dan itu membuat aku sangat-sangat tersentuh.
Itu cerita pasal budak ni, it just sumber idea. Teringat pula zaman aku kecik- kecik dulu, seorang budak kampung. Lebih kurang sama saja kot life aku dengan dia. Melalui saat getir, seorang budak kampung dan hidup dalam serba kekurangan. Aku dulu boleh dikatakan 'nerd' student jugak la. Mana tidaknya, baju sekolah aku butang sampai leher, even tak pakai tai. Seluar pulak sampai paras pusat.
Aku tak dihantar kesekolah Tadika, sebab mak dan ayah aku tak mampu. Bila umur cukup tujuh tahun Aku di hantar ke sekolah Rendah. Sekolahnya tak adalah jauh sangat, jalan kaki dalam 20 minit pun dah sampai. So bila melangkah masuk darjah satu, permulaan alam baru buat aku. Tak pernah bergaul dengan orang. Takut la jadinya. Semua orang di sekeliling dirasakan terlalu dan tersangat asing buat aku. Mereka semua seolah-olah memerhatikan aku dengan pandangan yang tajam. Kecut perut. Aku tahu menangis dan menangis. Sampai satu tahap ayah aku terpaksa masuk dan duduk sekali dalam kelas, sampai la habis. Ayah aku kiranya belajar sekali. Bila difikirkan balik, kelakar pun ada.
| Salah satu gambar kenangan yang aku ada. Rindu mereka semua :( |
Bila aku makin selesa, dan tidak buat perangai di sekolah, ayah cuba untuk tinggalkan aku sendirian. Bersama kawan-kawan yang lain, aku tempuh dengan baik. Tapi tidak kemana pun, sampai satu tahap aku keluar dari kelas dan berlari ke pintu pagar sekolah. Aku mengamuk nak balik ke rumah, tapi dihalang oleh seorang cikgu lelaki. Cikgu Suhaimi. Sedaya boleh dia halang, last-last budak yang dulu seorang yang pasif, bertindak dengan dengan luar biasa. Tangan cikgu Suhaimi aku gigit, berdarah agaknya. Mungkin !. Mungkin tidak tahan dengan gigitan aku, aku terlepas dari pagar sekolah. Hahaha... aku lari sambil menangis. Di belakang, Cikgu Suhaimi terus mengejar. Rasa macam acara merentas desa pun ada jugak.
Sampai rumah, teruk aku kena marah dengan kakak. Sambil tu aku melawan " chik dah tak nak pergi ke sekolah". Cikgu Suhaimi hanya melihat kerenah aku. Dah tanggungjawab dia, nak pastikan aku tak apa-apa, barulah dia balik ke sekolah.
Tetap juga aku dihantar kesekolah, biasalah dah kena marah dengan semua orang. Gagahkan jugak la kaki ni. Alhamdulillah, makin lama, aku makin selesa dan rapat dengan kawan-kawan. Sehinggalah aku tamat darjah enam dan ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok. Disini lah, aku mula mengenal erti hidup. Belajar berdikari dan bergaul dengan semua orang. Bermula daripada kosong. Aku belajar dan belajar. Tapi aku tetap ada kelemahan diri, nak jumpa cikgu aku takut, nak kebilik guru aku takut, nak bercakap dihadapan orang ramai pun aku takut. Rasa rendah diri yang tersangat.
After PMR aku semakin berubah, berani berhadapan dengan semua orang. Keputusan peperiksaan aku untuk setiap kali ujian, makin elok dan bertambah elok. Aku mula rancak belajar dengan menghadiri kelas tambahan untuk memastikan yang aku betul-betul bersedia untuk menentukan hala tuju hidup aku selepas ini. Aku berani bersuara, setiap kali ada pertandingan melukis aku join. Alhamdulillah ada yang menang dan ada juga dikalanya aku hanya mendapat tempat saguhati. Setiap kali ada program diluar, aku join ajer. Seronok !.
Tingkatan lima, aku ditawarkan oleh guru disiplin untuk menjawat jawatan sebagai pengawas sekolah. Happy tak terkata. Aku diberi kepercayaan untuk pikul tanggungjawab tu. Seronok, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa. Dalam diam tidak aku sangka, setiap gerak geri aku diperhati oleh guru kelas. Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku terima jer !. Semua berlaku terlalu pantas, aktiviti kokurikulum aku memegang jawatan sebagai setiauasaha kelab persatuan, tetapi tidak dalam acara sukan. Aku just involve dalam acara merentas desa.(Tak pernah menang pun,hehehe...).
Waktu dan hari yang aku nanti, hari peperiksaan SPM. Aku lalui dengan baik, aku hanya berusaha dan berdoa semoga segala urusan aku di permudahkan. Dengan tenang semua itu berlalu, dan tiba detik perpisahan. Perpisahan yang tiada jemputan. Hari dan saat yang paling sedih. Lima tahun bersama, dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima, caci, marah, dengki, sedih, epy semua berkumpul menjadi satu. Masing-masing bermaafan dan itulah hari terakhir.
Masing-masing dengan haluan masing-masing. Bawa diri dan diam sektika. Dan bertemu kembali masa ambik result SPM.
Bila Mak tak ada !
Malam-malam macam ni tak ada apa untuk aku buat. Lepas solat maghrib, makan then layan citer kat tv kejap. " Arghhhh bosan, tv pon tak ada citer yang menarik", keluh aku dalam hati. Malam ni, belum terasa sunyi lagi, adik perempuan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ada balik. Tapi besok dah nak balik kolej. Mak aku pun dah bertolak ke Pahang pagi tadi. Ada hal kat sana.
Besok mulalah sunyi kat rumah. Yang tinggal aku dan adik laki ajer. Huwaaaaaa... bosan. Dua minggu tak ada orang kat rumah. Adik bongsu aku belom tentu lagi melekat kat rumah ni. Ada ajer plan dengan member-member dia.
Ni baru mak aku pergi Pahang sebab ada hal. Aku dah rasa kosong. Macam mana lah keadaan dan rasa anak-anak yang dah kehilangan mak dan ayah diaorang di usia muda. Sedangkan mereka masih diperlukan untuk teruskan hidup yang penuh dengan cabaran. Terfikir aku dalam-dalam. Terasa lemas !. Tak mampu untuk aku bernafas.
Hurmmmm tak dapat aku gambarkan jika benda yang sama berlaku pada aku suatu hari nanti. Harap-harap Allah berikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang buat mak. Aku belum bersedia untuk hadapi.
Buat Mak, kasih sayang Chik tidak akan pernah pudar, sayang sampai bila-bila :). Terima Kasih sebab lahirkan, besarkan dan didik Chik sehingga ke hari ini.
Tuesday, 17 September 2013
Cerita 18 ++
Haha, bukan main lagi tajuk story aku untuk malam ni. Khas buat pembaca 18 tahun keatas jer. Bukan apa, kalau yang bawah umur terbaca, nanti jadik lain pulak, betol tak ?. Kakakah..tak ada lah, aku hanya bergurau ajer. Nak ceria- ceria selalu. Tak nak lah sedih-sedih. Even mood aku arini dalam mood sedih. Just nak lupakan semua tu, fikir yang positif, insyaAllah semua yang kita lalui akan terlaksana dengan baik.
Dah lama aku tak geledah laktop ni, dah bersarang dengan pelbagai folder, nak kena susun, namakan satu-satu, padam mana yang tak perlu, dan hari ni, tetiba terjumpa satu gambar lama time aku belajar dulu. Time Degree kat Shah Alam. Ni pun pada tahun 2011 lau tak silap lah. Tetiba aku tersenyum sorang-sorang teringatkan peristiwa tersebut. Peristiwa anu aku diraba oleh junior perempuan, hahaha malu !.
Malu, tapi mahu !. Itulah yang aku boleh katakan sekarang. Malu bila teringat kenangan tu, tapi hati ni nak ajer bercerita, sekadar berkongsi. Masa tu aku part 6, dan pada masa tu juga diadakan program Ukhwah untuk semua pelajar tekstil. Tempatnya masih lagi dalam area Selangor, tapi aku dah lupa apa nama tempat tu. Alah, tempat orang tenangkan fikiran, kawasan hutan yang hijau dan adanya air terjun, itu yang syok !. Senang citer kawasan berkelah.
![]() |
| Macam ni keadaan aku, bila dipakaikan dengan baju kertas |
Kita orang diberi tugasan untuk mereka baju dengan menggunakan kertas terbuang iaitu surat khabar, so akulah sebagai modelnya. Junior dan rakan sejawat aku yang perempuan mula la jalankan tugas masing-masing. Aku biasalah budak laki, zaman modern ni, tak suka sangat pakai seluar dalam, aku hanya pakai boxer dibahagian dalam dan seluar sukan dibahgian luar. So bebas lah burung aku bergerak, hehehe..
Aku diarahkan untuk berdiri dan serahkan ajer body untuk diaorang reka dan belit aku dengan surat khabar. Syok la beb, apa lagi, budak-budak perempuan yang buat. Pelbagai idea yang diaorang cuba buat dan tiba saatnya untuk diaorang belitkan kawasan peha dan anu aku dengan kertas. belit punya belit, tiba-tiba terasa anu aku disentuh oleh seseorang. Terkejut aku time tu. Macam mana aku tak terkejut, tu la pertama kali dalam hidup aku sejak dewasa ni, anu aku tersentuh dengan tangan perempuan. Merah padam muka aku. Budak yang tersentuh aku punya anu tu pun, just buat tak tahu ajer, dan apa yang aku perasan dia pun perasan yang dia dah sentuh aku punya teruna. Malu beb, gila-gila r. Aku buat dunno, sama la jugak dengan budak perempaun tu. Hehehe masing-masing malu dengan perbuatan masing-masing. Aku disentuh dan dia tersentuh.
Kalaulah kawan-kawan aku yang lain tahu, mampus aku diaorang gelakkan. Padam la muka aku, sapa suruh pakai boxer, dah tahu pakai seluar sukan, tak ker teruna aku dah hilang..hahaha apapon itu semua antara salah satu kenangan yang paling indah dalam hidup, tidak kira lah perkara tu memalukan dan malah bila teringat balik apa yang terjadi, kenangan tu boleh buat aku tersenyum sorang-sorang dan mencecah sampai ketelinga.
So the moral of this story, buat bebudak laki yang suka pakai boxer tu, better la korang pakai seluar dalam.hehehe :).
Monday, 16 September 2013
" Hujan "
| Cantik alunan dan titisan air yang turun, begitu besar Keagungan ciptaanmu ya Allah. |
Dah tiba musim tengkujuh agaknya, " fikir aku ", sambil mata melilau keluar tingkap. Hurmmm hujan rahmat. Alhamdulillah, terasa segar, nyaman, tenang dan sejuk. Begitu besar nikmat yang Allah turunkan buat penghuni alam, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sekarang dah masuk bulan September, hurmmm betul la tu, dah hampir musim tengkujuh. Sekarang hujan waktu petang dan berlarutan sampai kemalam. Best tido, kalau terlalu sejuk, tarik kain selimut tebal-tebal ke paras leher, yang jelas hanya kepala ajer. Dah macam kura-kura dah, hehehe...
Dan hari ni, 16 September 2013, aku seolah terapung pada lamunan senja, mana tidaknya hujan turun lebat jugak petang tadi. Sekarang ni pun masih ada lagi, yang beza petang tadi lebat, tapi sekarang hanya rintik-rintik. Bukan apa, sekadar menikmati setiap titis air hujan yang turun.
Katak dan cengkerik mungkin berlari-lari anak bermain air selepas penat berhempas pulas memanggil hujan. Krekkkkk...krekkkk...krekkkkk... Mungkin sampai sakit kerongkong diaorang agaknya. Berlari-lari sambil bermain air, menikmati setiap curahan nikmat yang Allah bagi. " Mereka pun tahu menghargai, sama juga seperti manusia, kerana semua yang wujud di muka bumi ini, hanya milik Allah S.w.t.
Terimbau kembali kenangan sewaktu aku kecil. Aku suka gila-gila main hujan. Sambil kejar-kejar, kepala dan mata melihat kelangit. Tertanya juga, dari mana air hujan ni turun ?, hehehe sekadar fikiran zaman kanak-kanak, semua akan menjadi persoalan dan akan lenyap dengan tanda tanya. Sekarang dah tak boleh main hujan lagi, biasalah semakin meningkat dewasa, semua yang aku lalui sebelum ini, akan tetap menjadi kenangan. Kalau boleh nak ajer, main hujan even dah remaja dewasa, tapi apa pulak kata budak-budak yang melihat,tak ke malu nanti?. Perasaan malu boleh dibuang, aku on jer, tapi kena dengar ceramah dari mak aku dulu lah. Orang tua, biasalah banyak dia ceramah (jahat aku kan mengata mak sendiri, dan itulah MAK, yang tak ada galang gantinya sampai bila-bila).
Aku try google, sekadar menambah pengetahuan dan berkongsi nikmat dan rahmat hujan dari kaca mata islam khas buat korunk dan termasuk diri aku sendiri. http://al-atsariyyah.com/hujan-dalam-syariat-islam.html.
Hujan Dalam Syariat Islam
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhaini radhiallahu anhu dia berkata:
صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلَةِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي وَمُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memimpin kami shalat subuh di Hudaibiah di atas bekas-bekas hujan yang turun pada malam harinya. Setelah selesai shalat, beliau menghadapkan wajahnya kepada orang banyak lalu bersabda, “Tahukah kalian apa yang sudah difirmankan oleh Rabb kalian?” mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Beliau bersabda: “(Allah berfirman), “Subuh hari ini ada hamba-hambaKu yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Siapa yang berkata, “Hujan turun kepada kita karena karunia Allah dan rahmat-Nya,” maka dia adalah yang beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang-bintang. Adapun yang berkata, “(Hujan turun disebabkan) bintang ini atau itu,” maka dia telah kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang-bintang.” (HR. Al-Bukhari no. 1038)
Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat hujan, maka beliau berdoa, “ALLAHUMMA SHAYYIBAN NAAFI’AN (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang deras lagi bermanfaat).” (HR. Al-Bukhari no. 1032)
Dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مِفْتَاحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي غَدٍ وَلَا يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي الْأَرْحَامِ وَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَمَا يَدْرِي أَحَدٌ مَتَى يَجِيءُ الْمَطَرُ
“Ada lima kunci ghaib yang tidak diketahui seorangpun kecuali Allah: Tidak ada seorangpun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, tidak ada seorangpun yang mengetahui apa yang terdapat dalam rahim, tidak ada satu jiwapun yang tahu apa yang akan diperbuatnya esok, tidak ada satu jiwapun yang tahu di bumi mana dia akan mati, dan tidak ada seorangpun yang mengetahui kapan turunnya hujan.” (HR. Al-Bukhari no. 1039)
Penjelasan ringkas:
Hujan adalah nikmat dan anugerah dari Allah yang dengannya Dia memberikan keutamaan kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Allah Ta’ala berfirman:
وأنزل من السماء ماءً فأخرج به من الثمرات رزقاً لكم
“Dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menumbuhkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untuk kalian.” (QS. Al-Baqarah: 22)
Dan juga pada firman-Nya:
وهو الذي ينزل الغيث من بعد ما قنطوا وينشر رحمته
“Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan Dia menyebarkan rahmat-Nya.” (QS. Asy-Syuraa: 28)
Di antara manfaat turunnya hujan adalah:
1. Sebab adanya rezki.
Sebagaimana yang Allah Ta’ala sebutkan dalam surah Al-Baqarah di atas.
2. Hidupnya bumi.
Allah Ta’ala berfirman:
وما أنزل الله من السماء من ماء فأحيا به الأرض بعد موتها
“Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya.” (QS. Al-Baqarah: 164)
3. Sebagai penyuci dalam thaharah.
Allah Ta’ala berfirman:
وينزل عليكم من السماء ماء ليطهركم به
“Dan Dia menurunkan kepada kalian hujan dari langit untuk mensucikan kalian dengan hujan itu.” (QS. Al-Anfal: 11)
4. Untuk dikonsumsi oleh makhluk hidup di bumi.
Allah Ta’ala berfirman:
هو الذي أنزل من السماء ماءً لكم منه شرابٌ ومنه شجرٌ فيه تُسيمون
“Dialah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kalian, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kalian mengembalakan ternak kalian.” (QS. An-Nahl: 10)
Karenanya, menyandarkan sebab turunnya hujan kepada selain Allah – baik itu kepada bintang tertentu atau kepada masuknya bulan tertentu atau kepada selain-Nya – merupakan perbuatan mengkafiri nikmat dan merupakan perbuatan kesyirikan kepada Allah Ta’ala. Karenanya, sudah sepantasnya manusia menyandarkan turunnya hujan itu hanya kepada Allah, karena tidak ada seorangpun yang mengetahui kapan turunnya hujan kecuali Allah semata. Adapun bintang-bintang atau masuknya bulan tertentu maka itu hanyalah sekedar waktu dimana Allah Ta’ala menurunkan nikmat-nikmatNya kepada para hamba pada waktu tersebut, mereka bukanlah sebagai sebab apalagi jika dikatakan mereka yang menurunkan hujan.
Imam Asy-Syafi’i berkata dalam Al-Umm mengomentari hadits Zaid bin Khalid di atas, “Barangsiapa yang mengatakan ‘hujan diturunkan kepada kita karena bintang ini dan itu’ -sebagaimana kebiasaan pelaku syirik- dimana mereka memaksudkan menyandarkan sebab turunnya hujan kepada bintang tertentu, maka itu adalah kekafiran sebagaimana yang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sabdakan. Karena munculnya bintang (atau bulan, pent.) adalah waktu, sementara waktu adalah makhluk yang tidak memiliki apa-apa untuk dirinya dan selainnya. Dan siapa yang mengatakan ‘hujan diturunkan kepada kita karena bintang ini’ dalam artian ‘hujan diturunkan kepada kita ketika munculnya bintang ini’, maka ucapan ini bukanlah kekafiran, akan tetapi ucapan selainnya lebih saya senangi.”
Tatkala turunnya hujan terkadang bisa membawa manfaat dan terkadang bisa mendatangkan mudharat, maka Nabi shallallahu alaihi wasallam mengajari umatnya agar meminta kepada Allah hujan yang mendatangkan manfaat setiap kali hujan turun. Di antara keterangan yang menunjukkan bahwa hujan terkadang membawa bencana dan siksaan adalah firman Allah Ta’ala:
فكلاً أخذنا بذنبه فمنهم من أرسلنا عليه حاصباً ومنهم من أخذته الصيحة ومنهم من خسفنا به الأرض ومنهم من أغرقنا
“Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan.” (QS. Al-Ankabut: 40)
Juga pada firman-Nya:
فأعرضوا فأرسلنا عليهم سيل العرم
“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar.” (QS. Saba`: 16)
Waktu turunnya hujan termasuk perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah semata. Karenanya, barangsiapa yang mengklaim mengetahui waktu turunnya hujan atau mengklaim bisa menurunkan hujan atau mengklaim bisa menahan turunnya hujan (pawang hujan) maka dia telah terjatuh ke dalam kekafiran dan kesyirikan berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak yang menjelaskan kafirnya makhluk yang mengklaim mengetahui perkara ghaib.
Sebab-sebab umum turunnya hujan:
1. Ketakwaan kepada Allah.
Allah Ta’ala berfirman:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (QS. Al-A’raf: 96)
2. Istighfar dan taubat dari dosa-dosa.
Allah Ta’ala berfirman tentang Nabi Nuh bahwa beliau berkata:
فقلت استغفروا ربكم إنه كان غفاراً. يرسل السماء عليكم مدراراً
“Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepada kalian dengan lebat.” (QS. Nuh: 10-11)
3. Istiqamah di atas syariat Allah.
Allah Ta’ala mengabarkan:
وألّوِ استقاموا على الطريقة لأسقيناهم ماءًً غدقاً
“Dan bahwasanya: Jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar.” (QS. Al-Jin: 16)
4. Istisqa`, baik sekedar berdoa maupun diiringi dengan shalat sebagaimana yang telah kami jelaskan pada artikel shalat istisqa`.
Bila orang pandang kita dengan pandangan sinis
Langsung tak ada apa-apa yang menarik untuk aku buat. Selalunya time-time macam ni, si Ikhram akan call untuk borak-borak. Maklumlah masing-masing bosan. Tak ada apa yang nak dibuat !.
Aku macam biasa, buka laktop than on9. Aku suka sangat-sangat explore blog-blog yang ada, terselit pelbagai kisah yang menarik untuk tatapan mata dan pengisian minda. Hanya sekadar mengisi masa terluang dan dari apa yang aku baca boleh dijadikan idea mahupun pengajaran.
Dalam banayk- banyak entry yang aku jelajah, aku terbaca satu kisah yang betol-betol sama dalam hidup aku. Dari awal hinggalah keakhir cerita, sayu hati dan itulah yang boleh aku gambarkan. Entry tu bertajuk " Bila orang pandang kita dengan pandangan sinis ". Rasa macam nak mengalir ajer air mata, tapi tetap aku tahan, dan yang tidak kita nampak hati aku dah pun menangis. Kisah tersebut sama dengan apa yang aku lalui. Dari zaman sekolah, universiti, alam pekerjaan dan sehinggalah sekarang, tetap sama. Tetap sama pada pandangan mata orang yang memandang.
Tak perlulah aku kongsi apa yang terjadi pada si penulis mahupun aku. Biarlah hanya orang yang pernah kenal dan dekat dengan aku sahaja yang tahu. Dari alam sekolah, melangkah ke Universiti dan ke alam pekerjaan, tetap sama, dak akan tetap sama sampai bila-bila. Tak mampu untuk aku ubah.
Yang paling aku suka, si penulis sekarang sudah berjaya, mendapat pekerjaan yang elok dan hidup bahagia bersama orang yang tersayang. Aku betol-betol tabik. Dulu seorang yang menyendiri, tidak ada kawan dan sekarang dia dapat apa yang dia nak. Kuat semangat walaupun kadang- kadang dia terasa down. Tapi TETAP jua dia bangun. Syabas buat ko bro !.
" So the moral of this story, sekuat dan sehebat mana pun dugaan, cacian, hinaan, yang membuat kita jatuh, menangis, sakit hati, sedih kita harus tabah untuk hadapinya. Ketepikan semua yang ada disekeliling, yang penting kita teruskan hidup macam biasa, berusaha dan hanya yakin Allah sentiasa ada disisi. Hanya berusaha, tunggu dan lihat, pasti akan berjaya. Kerana Allah maha berkuasa :) .
Sunday, 15 September 2013
Fotoshoot !
Dah nama pun budak art, apa-apa saja yang berkaitan dengan art, memang aku suka gila-gila la. Salah satunya aku suka snap pic, tapi pic aku sendiri la.Ni pon kawan aku yang tolong ambikkan, aku just pose jer. Pandai ataupun tak, korang tengok ajer la.
Malam ni, lari sikit dari kebiasaan, aku malas pulak nak menulis panjang lebar. Hanya nak kongsikan gambar- gambar disekitar Kampung dan juga bandar Kota Bharu yang aku ambik sebelum ni. Baru lagi, gambar ni semua aku shoot dalam bulan April macam tu. Macam ni la jadinya, bila diberi peluang untuk jadi model walaupun sekejap, hahaha :)
So aku namakan Muka buku aku kali ni dengan tajuk " Fotoshoot ".
Sekadar isi masa terluang aku sebagai " Bodak Kampung ".
Saturday, 14 September 2013
" Hipokrit "
Selesai jugak semua kerja aku untuk hari ini, bangun tido, kemas bilik dan tolong mak aku dengan apa yang patut kat dapur. Alhamdulillah semuanya smooth. Baru nampak macam rupa bilik. Bilik aku nih, kalau tak kemas, dah macam dalam kapal perang. Bersepah sehabis mungkin. Kalau aku rajin, memang kemas la, kalau malas, memang betol-betol bersepah.
Tetiba satu suara lembut menerawang kat telinga aku " Chik tolong masak sayur ni, kupas bawang merah, bawang putih dan tumbuk dengan lada hitam, pastu masukkan air then letak serbuk perisa, garam dan sedikit gula "...adushhh kacau daun betol mak aku ni, time aku nak menulis ni jugak dia panggil suh tolong kat dapur.
Mak aku jenis suka mengajar anak hidup susah, semua dia ajar satu-satu. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, semua sama. Dalam adik beradik, anak laki, anak perempuan semua pandai masak, Alhamdulillah.
Ok, better aku pegi dapur dan tolong mak aku dulu siapkan kerja dia, kalau tak bising sampai tak sudah. Bagi aku sepuluh minit, nanti pasni aku sambung. hehehe...
Done, aku dah buat apa yang patut, sayur pun aku dah letak atas dapur, hanya tunggu mendidih dan rasa ajer. Simple ajer, hanya masakan kampung. Sekarang dah boleh sambung, kali ni aku nak share apa makna hipokrit dan siapa yang melaluinya.
Hurmmm tajuk tuk arini sudah lama bermain dalam kotak ingatan aku ni, cuma aku ajer asyik buat endah tak endah. Tertanya jugak, patut ker aku tulis pasal ni, kerana aku sendiri pernah mengalami dan di tuduh sebagai insan "Hipokrit". Masih segar lagi dalam ingatan aku, time tu umur aku dalam lingkungan 19 tahun dan aku belajar di UiTM Machang Kelantan. Biasalah budak kampung yang baru meningkat remaja, banyak benda yang aku lalui, sehingga pada satu tahap aku digelar orang hipokrit oleh kawan satu fakulti. Arghhh pedulikanlah apa yang aku buat sampai dia judge aku macam tu.( Bagi aku, aib diri tidak perlu dikongsi, cukup hanya diri sendiri yang tahu), kerana sebab ni lah, aku di judge sedemikian, sedangkan orang yang judge aku ni lebih teruk !.
Dah nama pun budak kampung, maksud Hipokrit itu pun aku sendiri tidak tahu. Time tu jugak , aku tidak pandai komputer, tidak tahu guna internet. lantaklah korang nak fikir atau cakap apa pasal aku, tidak apa, aku tidak marah. Tapi itu dulu lah kan, sekarang Alhamdulillah aku dah expert semua tu, Berkat tunjuk ajar kawan baik aku, "Zul", dia yang ajar aku tanpa jemu dan melalui pembelajaran secara tidak formal, aku belajar dan belajar. Tapi maksud Hipokrit ni, aku just tanya zul ajer dan dari dialah aku tahu maksud disebalik perkataan tu. Hurmmm bila dah tahu, ah lantak la kawan aku nak cakap apa. Apa yang penting aku tahu apa yang aku buat.
Bagi aku sendiri, bila pengalaman mematangkan segala gerak geri dan tingkah laku, aku semakin mahir untuk mengenal erti sebuah hidup. Aku sendiri tidak suka perkataan "Hipokrit" kerana bagi aku semua orang sama saja, semua Hipokrit. Tapi yang membezakan cuma masa berlaku dan situasi itu sendiri. Lumrah insan yang bernama manusia kot, masing-masing suka menuding jari sesama yang lain, dan perkataan Hipokrit yang keluar dari mulut dan ditujukan pada seseorang, sedangkan yang menuding jari pada orang lain itu sama saja. Penuh dusta !." SEMUANYA SAMA
SAJER ! ".
So, aku try google apa maksud " Hipokrit".
Perkataan"Hipokrit" berasal dari Bahasa Inggeris yang bermaksud muka, atau bermuka-muka. Manakala dari Kamus Dewan Edisi keempat, " Hipokrit bermaksud (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan daripada yg sebenarnya, munafik.
Hurmmm mendalam sungguh maksudnya. Bila difikirkan balik, semua orang adalah "Hipokrit", tidak ada sorang pun diatas muka bumi ini yang bersikap jujur dengan orang lain.
So, dari maksud yang aku kongsikan di atas…"Hipokrit" ialah…orang yang berpura-pura ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat yang tersembunyi atau buruk sangka…atau buat-buat baik tetapi di dalan hati sebenarnya tak suka.
Tetiba satu suara lembut menerawang kat telinga aku " Chik tolong masak sayur ni, kupas bawang merah, bawang putih dan tumbuk dengan lada hitam, pastu masukkan air then letak serbuk perisa, garam dan sedikit gula "...adushhh kacau daun betol mak aku ni, time aku nak menulis ni jugak dia panggil suh tolong kat dapur.
Mak aku jenis suka mengajar anak hidup susah, semua dia ajar satu-satu. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, semua sama. Dalam adik beradik, anak laki, anak perempuan semua pandai masak, Alhamdulillah.
Ok, better aku pegi dapur dan tolong mak aku dulu siapkan kerja dia, kalau tak bising sampai tak sudah. Bagi aku sepuluh minit, nanti pasni aku sambung. hehehe...
Done, aku dah buat apa yang patut, sayur pun aku dah letak atas dapur, hanya tunggu mendidih dan rasa ajer. Simple ajer, hanya masakan kampung. Sekarang dah boleh sambung, kali ni aku nak share apa makna hipokrit dan siapa yang melaluinya.
Hurmmm tajuk tuk arini sudah lama bermain dalam kotak ingatan aku ni, cuma aku ajer asyik buat endah tak endah. Tertanya jugak, patut ker aku tulis pasal ni, kerana aku sendiri pernah mengalami dan di tuduh sebagai insan "Hipokrit". Masih segar lagi dalam ingatan aku, time tu umur aku dalam lingkungan 19 tahun dan aku belajar di UiTM Machang Kelantan. Biasalah budak kampung yang baru meningkat remaja, banyak benda yang aku lalui, sehingga pada satu tahap aku digelar orang hipokrit oleh kawan satu fakulti. Arghhh pedulikanlah apa yang aku buat sampai dia judge aku macam tu.( Bagi aku, aib diri tidak perlu dikongsi, cukup hanya diri sendiri yang tahu), kerana sebab ni lah, aku di judge sedemikian, sedangkan orang yang judge aku ni lebih teruk !.
Dah nama pun budak kampung, maksud Hipokrit itu pun aku sendiri tidak tahu. Time tu jugak , aku tidak pandai komputer, tidak tahu guna internet. lantaklah korang nak fikir atau cakap apa pasal aku, tidak apa, aku tidak marah. Tapi itu dulu lah kan, sekarang Alhamdulillah aku dah expert semua tu, Berkat tunjuk ajar kawan baik aku, "Zul", dia yang ajar aku tanpa jemu dan melalui pembelajaran secara tidak formal, aku belajar dan belajar. Tapi maksud Hipokrit ni, aku just tanya zul ajer dan dari dialah aku tahu maksud disebalik perkataan tu. Hurmmm bila dah tahu, ah lantak la kawan aku nak cakap apa. Apa yang penting aku tahu apa yang aku buat.
Bagi aku sendiri, bila pengalaman mematangkan segala gerak geri dan tingkah laku, aku semakin mahir untuk mengenal erti sebuah hidup. Aku sendiri tidak suka perkataan "Hipokrit" kerana bagi aku semua orang sama saja, semua Hipokrit. Tapi yang membezakan cuma masa berlaku dan situasi itu sendiri. Lumrah insan yang bernama manusia kot, masing-masing suka menuding jari sesama yang lain, dan perkataan Hipokrit yang keluar dari mulut dan ditujukan pada seseorang, sedangkan yang menuding jari pada orang lain itu sama saja. Penuh dusta !." SEMUANYA SAMA
SAJER ! ".
" HIPOKRIT KAH AKU, KAU DAN KITA-KITA SEMUA ? "
So, aku try google apa maksud " Hipokrit".
Perkataan"Hipokrit" berasal dari Bahasa Inggeris yang bermaksud muka, atau bermuka-muka. Manakala dari Kamus Dewan Edisi keempat, " Hipokrit bermaksud (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan daripada yg sebenarnya, munafik.
Hurmmm mendalam sungguh maksudnya. Bila difikirkan balik, semua orang adalah "Hipokrit", tidak ada sorang pun diatas muka bumi ini yang bersikap jujur dengan orang lain.
So, dari maksud yang aku kongsikan di atas…"Hipokrit" ialah…orang yang berpura-pura ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat yang tersembunyi atau buruk sangka…atau buat-buat baik tetapi di dalan hati sebenarnya tak suka.
Tapi penah tak kita terfikir semua orang pernah mengamalkan budaya hipokrit ?.
Hmm…tengoklah. Kita bising bila
orang " ber-hipokrit" dengan kita…kita cerita pada orang lain. Cerita pasal keburukan
orang lain kepada kawan-kawan dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia
aku takkan buat camni camtu” atau “kalo aku marah pun takde la buat macam tu”. Kadang-kadang kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan
tersebut…
Dan itulah yang aku maksudkan,kita yang perasan diri ini bagus pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu ? . Dah jadi sama LEVEL la bro !. Kalau taknak jadi Hipokrit baik diam !. Tapi kalau diam je, macam mana
nak selesaikan masalah ? . Nak bincang dengan sape ? . Nak menngadu pada siapa ?. Kalau
simpan dalam hati aje, bahaya. Nak atau tak, suka ataupun tidak, terpaksa jugak kita luahkan.
So, kesimpulannya, setiap manusia
tidak boleh lari daripada sifat yang dinamakan "Hipokrit ". Kadang-kadang kita tidak sedar kita TER-jadi
HIPOKRIT…oleh itu, berhati-hati bila kita menuduh atau menuding jari pada orang lain dan dengan bangganya,' ko such a looser, dasar " HIPOKRIT ".
Cermin diri tu
dulu sebelum tuding jari pada orang lain, betol tak ?.
Sekadar untuk melepaskan geram.
Lantak la apa ko nak kata.
Sebab semua orang adalah sama saja !.
Thursday, 12 September 2013
Broadband !
Best tido malam ni, almaklumlah hujan turun dari petang tadi lagi, nak kata lebat,tak ada lah sangat, nak kata tak lebat tak jugak. Cukup-cukup rasa ajer lah kot.hehehe...Sepanjang dua hari yang lepas, macam-macam idea yang datang dalam kepala aku nih, tapi broadband pulak buat hal. Bila aku call maxis centre, katanya modem aku ni yang rosak, so terpaksalah aku keluar pegi maxis centre kat Kota Bharu tuh. Hurmmm alang-alang celuk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, betul tak ?. hehehe, mesti korang tertanya kan, apa la yang aku merepek sampai ke pekasam ni?. Maksud aku, sambil aku keluar pegi maxis centre kat Kota Bharu tu, boleh la aku ambik kesempatan untuk jalan-jalan cuci mata sekali. Bukan apa, nak refreshkan minda aku ni, dah lama tak menjengah ke dunia luar.
So aku apa lagi, call jer kawan baik aku n kitaorang set appoinment, kul berapa nak jumpa. Last-last kawan aku ni datang umah dan kitaorang gerak sama-sama ke Kota Bharu. Banyak benda jugak lah yang kitaorang bualkan kat atas moto, sampai sakit mulut aku ni, mana taknya, asyik gelak jer. Hahaha macam ni la aku, bila dah jumpa kawan rapat, macam-macam cerita yang kita leh sembang, dari soal makan, lawak, awek, pengisian rohani, semua kami bantai, yang penting kami epy.
Sejak study kat Shah Alam lagi, aku digelar oleh kawan-kawan yang aku ni suka scanning orang. Mata tak dok diam, asyik dok tengok orang than aku buat kesimpulan. Hurmmm hanya aku sajalah yang tahu apa yang ada kat dalam hati aku ni. Sambil borak,aku dok scanning orang kat atas moto tak atas kereta. Yang paling aku suka, pasangan couple, islamik punya couple, so sweet dowh. Aku paling suka tengok pasangan macam tu sebab diaorang bercinta, tapi tetap terbatas dengan batasan agama. Itulah yang paling aku kagum dengan diaorang ni. Comel sangat-sangat, manis gilerr-gilerrr arghhh...
Borak dan scanning orang punya pasal, sampai gak kat tempat yang aku nak tuju, maxis centre kat tengah-tengah bandar KB. Dan yang paling aku suka sangat-sangat bila pegi sana, Staff sana cakap modem broadband aku tak ada apa-apa masalah, aku dalam hati, apasal lak ni, aku on9 kat umah tak dapat,tapi bila diaorang test kat sana dapat pulak..ishhh merenyam betol la..menyusahkan aku jer.
Hurmmm lega rasanya lau tak ada apa-apa. Kalau tak, tak pasal-pasal kena kuar duit lagi...
Sunday, 8 September 2013
" Si Pegembara coretan kisah hidup aku, Seorang Budak Kampung ".
Assalamualaikum. Rasa bosan giler-giler dua tiga arini, almaklumlah, adik perempuan aku dah gerak ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK), family kakak aku pun dah balik ke rumah diaorang kat Tanah Merah. Yang ada kat rumah hanyalah aku, adik bongsu dan mak ajer. Alhamdulillah malam ni hujan turun renyai-renyai, lemah gemalai membasahi bumi. Terasa sejuk, segar dan nyaman sangat- sangat. Di luar rumah kedengaran cengkerik menyanyi, begitu jugak dengan katak, memecah kesunyian malam dan beginilah suasana kampung. Bagi aku seorang budak kampung, suasana begini tidak begitu terasing, malah aku bersyukur kerana lahir di kampung dan bebas dari hiruk pikuk kota. Penuh dengan hutan konkrik, kenderaan dan kesesakan manusia yang memeningkan. Huhhhhh....Terasa sesak dan melemaskan jiwa.
Dah lama juga rasanya aku tidak menulis sesuatu kat blog yang merupakan diary kedua hidup aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa idea tidak datang. Niat dihati sentiasa ada, tetapi idea yang ada terus menghilang. Mungkin kerana banyak benda yang harus aku fikirkan. 'Barangkali'...
Blog aku ni barangkali dah bersawang kot, hahaha.. dah lama aku tak cuci dan sapu habuk.
Entah-entah korang yang menjengah blog aku ni terasa sesat macam masuk dalam gua agaknya. Sepanjang aku tak menulis ni pun, banyak benda yang aku alami, tidak kiralah ianya benda baik mahupun buruk. Benda yang baik, Alhamdulillah. Tapi kalau benda yang buruk, hurmm aku terima juga dengan redha, kerana aku yakin semua itu ujian dari Allah S.W.T.
Sepanjang aku diamkan diri dari menjengah kat sini juga, aku 'GALAU' dengan perasaan aku. Rasa sedih yang teramat datang menjemput tanpa aku sedar. Puas jugak aku mengelak, tapi ianya tetap datang. Datang membelenggu jiwa aku, perghhhh letih aku dengan semua ni. Nak mengeluh sangat-sangat pun aku tak boleh, macam aku tidak redha dengan ketentuan Allah, betol tak?, dan sapa setuju sila angkat kaki...hehehehe...
Ada juga aku menjengah ke blog-blog yang lain, banyak cerita pengalaman hidup yang dikongsikan dan ianya menjadi titik semangat dan idea buat aku untuk teruskan hidup. Adakala aku terasa aku yang berada dalam setiap setiap cerita yang aku baca, haha feeling lak aku ni kan ?.
So, malam ni, ini ajerlah yang aku nak konsikan, tentang setiap apa yang aku rasa. Unikkan manusia ni ?. Rasa sedih, gembira, marah, benci, sakit, sayang, cinta datang bersilih ganti. Begitu misteri dan indah ciptaan tuhan. Aku kagum akan semua ni. Malam ni juga aku akan tukar gambar, kemaskini apa yang patot kat blog ni, bagi nampak menarik, nampak kreatif sebaik mungkin, buat korang semua " Si Pegembara coretan kisah hidup aku, Seorang Budak Kampung ".
Dah lama juga rasanya aku tidak menulis sesuatu kat blog yang merupakan diary kedua hidup aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa idea tidak datang. Niat dihati sentiasa ada, tetapi idea yang ada terus menghilang. Mungkin kerana banyak benda yang harus aku fikirkan. 'Barangkali'...
Blog aku ni barangkali dah bersawang kot, hahaha.. dah lama aku tak cuci dan sapu habuk.
Entah-entah korang yang menjengah blog aku ni terasa sesat macam masuk dalam gua agaknya. Sepanjang aku tak menulis ni pun, banyak benda yang aku alami, tidak kiralah ianya benda baik mahupun buruk. Benda yang baik, Alhamdulillah. Tapi kalau benda yang buruk, hurmm aku terima juga dengan redha, kerana aku yakin semua itu ujian dari Allah S.W.T.
Sepanjang aku diamkan diri dari menjengah kat sini juga, aku 'GALAU' dengan perasaan aku. Rasa sedih yang teramat datang menjemput tanpa aku sedar. Puas jugak aku mengelak, tapi ianya tetap datang. Datang membelenggu jiwa aku, perghhhh letih aku dengan semua ni. Nak mengeluh sangat-sangat pun aku tak boleh, macam aku tidak redha dengan ketentuan Allah, betol tak?, dan sapa setuju sila angkat kaki...hehehehe...
Ada juga aku menjengah ke blog-blog yang lain, banyak cerita pengalaman hidup yang dikongsikan dan ianya menjadi titik semangat dan idea buat aku untuk teruskan hidup. Adakala aku terasa aku yang berada dalam setiap setiap cerita yang aku baca, haha feeling lak aku ni kan ?.
So, malam ni, ini ajerlah yang aku nak konsikan, tentang setiap apa yang aku rasa. Unikkan manusia ni ?. Rasa sedih, gembira, marah, benci, sakit, sayang, cinta datang bersilih ganti. Begitu misteri dan indah ciptaan tuhan. Aku kagum akan semua ni. Malam ni juga aku akan tukar gambar, kemaskini apa yang patot kat blog ni, bagi nampak menarik, nampak kreatif sebaik mungkin, buat korang semua " Si Pegembara coretan kisah hidup aku, Seorang Budak Kampung ".
Subscribe to:
Comments (Atom)










