Saturday, 14 September 2013

" Hipokrit "

   Selesai jugak semua kerja aku untuk hari ini, bangun tido, kemas bilik dan tolong mak aku dengan apa yang patut kat dapur. Alhamdulillah semuanya smooth. Baru nampak macam rupa bilik. Bilik aku nih, kalau tak kemas, dah macam dalam kapal perang. Bersepah sehabis mungkin. Kalau aku rajin, memang kemas la, kalau malas, memang betol-betol bersepah.

   Tetiba satu suara lembut menerawang kat telinga aku " Chik tolong masak sayur ni, kupas bawang merah, bawang putih dan tumbuk dengan lada hitam, pastu masukkan air then letak serbuk perisa, garam dan sedikit gula "...adushhh kacau daun betol mak aku ni, time aku nak menulis ni jugak dia panggil suh tolong kat dapur.

   Mak aku jenis suka mengajar anak hidup susah, semua dia ajar satu-satu. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, semua sama. Dalam adik beradik, anak laki, anak perempuan semua pandai masak, Alhamdulillah.

   Ok, better aku pegi dapur dan tolong mak aku dulu siapkan kerja dia, kalau tak bising sampai tak sudah. Bagi aku sepuluh minit, nanti pasni aku sambung. hehehe...

  Done, aku dah buat apa yang patut, sayur pun aku dah letak atas dapur, hanya tunggu mendidih dan rasa ajer. Simple ajer, hanya masakan kampung. Sekarang dah boleh sambung, kali ni aku nak share apa makna hipokrit dan siapa yang melaluinya.

   Hurmmm tajuk tuk arini sudah lama bermain dalam kotak ingatan aku ni, cuma aku ajer asyik buat endah tak endah. Tertanya jugak, patut ker aku tulis pasal ni, kerana aku sendiri pernah mengalami dan di tuduh sebagai insan "Hipokrit". Masih segar lagi dalam ingatan aku, time tu umur aku dalam lingkungan 19 tahun dan aku belajar di UiTM Machang Kelantan. Biasalah budak kampung yang baru meningkat remaja, banyak benda yang aku lalui, sehingga pada satu tahap aku digelar orang hipokrit oleh kawan satu fakulti. Arghhh pedulikanlah apa yang aku buat sampai dia judge aku macam tu.( Bagi aku, aib diri tidak perlu dikongsi, cukup hanya diri sendiri yang tahu), kerana sebab ni lah, aku di judge sedemikian, sedangkan orang yang judge aku ni lebih teruk !.

   Dah nama pun budak kampung, maksud Hipokrit itu pun aku sendiri tidak tahu. Time tu jugak , aku tidak pandai komputer, tidak tahu guna internet. lantaklah korang nak fikir atau cakap apa pasal aku, tidak apa, aku tidak marah. Tapi itu dulu lah kan, sekarang Alhamdulillah aku dah expert semua tu, Berkat tunjuk ajar kawan baik aku, "Zul", dia yang ajar aku tanpa jemu dan melalui pembelajaran secara tidak formal, aku belajar dan belajar. Tapi maksud Hipokrit ni, aku just tanya zul ajer dan dari dialah aku tahu maksud disebalik perkataan tu. Hurmmm bila dah tahu, ah lantak la kawan aku nak cakap apa. Apa yang penting aku tahu apa yang aku buat.

   Bagi aku sendiri, bila pengalaman mematangkan segala gerak geri dan tingkah laku, aku semakin mahir untuk mengenal erti sebuah hidup. Aku sendiri tidak suka perkataan "Hipokrit" kerana bagi aku semua orang sama saja, semua Hipokrit. Tapi yang membezakan cuma masa berlaku dan situasi itu sendiri. Lumrah insan yang bernama manusia kot, masing-masing suka menuding jari sesama yang lain, dan perkataan Hipokrit yang keluar dari mulut dan ditujukan pada seseorang, sedangkan yang menuding jari pada orang lain itu sama saja. Penuh dusta !." SEMUANYA SAMA
SAJER ! ".

" HIPOKRIT KAH AKU, KAU DAN KITA-KITA SEMUA ? "

So, aku try google apa maksud " Hipokrit".

   Perkataan"Hipokrit" berasal dari Bahasa Inggeris yang bermaksud muka, atau bermuka-muka. Manakala dari Kamus Dewan Edisi keempat, " Hipokrit bermaksud (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan daripada yg sebenarnya, munafik.

   Hurmmm mendalam sungguh maksudnya. Bila difikirkan balik, semua orang adalah "Hipokrit", tidak ada sorang pun diatas muka bumi ini yang bersikap jujur dengan orang lain.

   So, dari maksud yang aku kongsikan di atas…"Hipokrit" ialah…orang yang berpura-pura ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat yang tersembunyi atau buruk sangka…atau buat-buat baik tetapi di dalan hati sebenarnya tak suka.

Tapi penah tak kita terfikir semua orang pernah mengamalkan budaya hipokrit ?.

   Hmm…tengoklah. Kita bising bila orang  " ber-hipokrit" dengan kita…kita cerita pada orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan-kawan dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu” atau “kalo aku marah pun takde la buat macam tu”. Kadang-kadang  kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut…

   Dan itulah yang aku maksudkan,kita yang perasan diri ini bagus pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu ? . Dah jadi sama LEVEL la bro !. Kalau taknak jadi Hipokrit baik diam !. Tapi kalau diam je, macam mana nak selesaikan masalah ? . Nak bincang dengan sape ? . Nak menngadu pada siapa ?. Kalau simpan dalam hati aje, bahaya.  Nak atau tak, suka ataupun tidak, terpaksa jugak kita luahkan.
   So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat yang dinamakan "Hipokrit ". Kadang-kadang kita tidak sedar kita TER-jadi HIPOKRIT…oleh itu, berhati-hati bila kita menuduh atau menuding jari pada orang lain dan dengan bangganya,' ko such a looser, dasar " HIPOKRIT ".
Cermin diri tu dulu sebelum tuding jari pada orang lain, betol tak ?.
 
Sekadar untuk melepaskan geram. Lantak la apa ko nak kata.
 
Sebab semua orang adalah sama saja !.

 


  

No comments: