Monday, 16 September 2013

Bila orang pandang kita dengan pandangan sinis


   Langsung tak ada apa-apa yang  menarik untuk aku buat. Selalunya time-time macam ni, si Ikhram akan call untuk borak-borak. Maklumlah masing-masing bosan. Tak ada apa yang nak dibuat !.
Aku macam biasa, buka laktop than on9. Aku suka sangat-sangat explore blog-blog yang ada, terselit pelbagai kisah yang menarik untuk tatapan mata dan pengisian minda. Hanya sekadar mengisi masa terluang dan dari apa yang aku baca boleh dijadikan idea mahupun pengajaran.

   Dalam banayk- banyak entry yang aku jelajah, aku terbaca satu kisah yang betol-betol sama dalam hidup aku. Dari awal hinggalah keakhir cerita, sayu hati dan itulah yang boleh aku gambarkan. Entry tu bertajuk " Bila orang pandang kita dengan pandangan sinis ". Rasa macam nak mengalir ajer air mata, tapi tetap aku tahan, dan yang tidak kita nampak hati aku dah pun menangis. Kisah tersebut sama dengan apa yang aku lalui. Dari zaman sekolah, universiti, alam pekerjaan dan sehinggalah sekarang, tetap sama. Tetap sama pada pandangan mata orang yang memandang.

   Tak perlulah aku kongsi apa yang terjadi pada si penulis mahupun aku. Biarlah hanya orang yang pernah kenal dan dekat dengan aku sahaja yang tahu. Dari alam sekolah, melangkah ke Universiti dan ke alam pekerjaan, tetap sama, dak akan tetap sama sampai bila-bila. Tak mampu untuk aku ubah.

  Yang paling aku suka, si penulis sekarang sudah berjaya, mendapat pekerjaan yang elok dan hidup bahagia bersama orang yang tersayang. Aku betol-betol tabik. Dulu seorang yang menyendiri, tidak ada kawan dan sekarang dia dapat apa yang dia nak. Kuat semangat walaupun kadang- kadang dia terasa down. Tapi TETAP jua dia bangun. Syabas buat ko bro !.

" So the moral of this story, sekuat dan sehebat mana pun dugaan, cacian, hinaan, yang membuat kita jatuh, menangis, sakit hati, sedih kita harus tabah untuk hadapinya. Ketepikan semua yang ada disekeliling, yang penting kita teruskan hidup macam biasa, berusaha dan hanya yakin Allah sentiasa ada disisi. Hanya berusaha, tunggu dan lihat, pasti akan berjaya. Kerana Allah maha berkuasa :) .

No comments: