Tuesday, 17 September 2013

Cerita 18 ++


    Haha, bukan main lagi tajuk story aku untuk malam ni. Khas buat pembaca 18 tahun keatas jer. Bukan apa, kalau yang bawah umur terbaca, nanti jadik lain pulak, betol tak ?. Kakakah..tak ada lah, aku hanya bergurau ajer. Nak ceria- ceria selalu. Tak nak lah sedih-sedih. Even mood aku arini dalam mood sedih. Just nak lupakan semua tu, fikir yang positif, insyaAllah semua yang kita lalui akan terlaksana dengan baik.

  Dah lama aku tak geledah laktop ni, dah bersarang dengan pelbagai folder, nak kena susun, namakan satu-satu, padam mana yang tak perlu, dan hari ni, tetiba terjumpa satu gambar lama time aku belajar dulu. Time Degree kat Shah Alam. Ni pun pada tahun 2011 lau tak silap lah. Tetiba aku tersenyum sorang-sorang teringatkan peristiwa tersebut. Peristiwa anu aku diraba oleh junior perempuan, hahaha malu !.

   Malu, tapi mahu !. Itulah yang aku boleh katakan sekarang. Malu bila teringat kenangan tu, tapi hati ni nak ajer bercerita, sekadar berkongsi. Masa tu aku part 6, dan pada masa tu juga diadakan program  Ukhwah untuk semua pelajar tekstil. Tempatnya masih lagi dalam area Selangor, tapi aku dah lupa apa nama tempat tu. Alah, tempat orang tenangkan fikiran, kawasan hutan yang hijau dan adanya air terjun, itu yang syok !. Senang citer kawasan berkelah.


Macam ni keadaan aku, bila dipakaikan dengan baju kertas
   Dipendekkan cerita, pelajar semester enam, mesti bergabung dengan junior dan dibahagi kepada beberapa kumpulan. Dalam satu kumpul it just enam orang. So group aku, aku sorang jer budak laki.
Kita orang diberi tugasan untuk mereka baju dengan menggunakan kertas terbuang iaitu surat khabar, so akulah sebagai modelnya. Junior dan rakan sejawat aku yang perempuan mula la jalankan tugas masing-masing. Aku biasalah budak laki, zaman modern ni, tak suka sangat pakai seluar dalam, aku hanya pakai boxer dibahagian dalam dan seluar sukan dibahgian luar. So bebas lah burung aku bergerak, hehehe..

   Aku diarahkan untuk berdiri dan serahkan ajer body untuk diaorang reka dan belit aku dengan surat khabar. Syok la beb, apa lagi, budak-budak perempuan yang buat. Pelbagai idea yang diaorang cuba buat dan tiba saatnya untuk diaorang belitkan kawasan peha dan anu aku dengan kertas. belit punya belit, tiba-tiba terasa anu aku disentuh oleh seseorang. Terkejut aku time tu. Macam mana aku tak terkejut, tu la pertama kali dalam hidup aku sejak dewasa ni, anu aku tersentuh dengan tangan perempuan. Merah padam muka aku. Budak yang tersentuh aku punya anu tu pun, just buat tak tahu ajer, dan apa yang aku perasan dia pun perasan yang dia dah sentuh aku punya teruna. Malu beb, gila-gila r. Aku buat dunno, sama la jugak dengan budak perempaun tu. Hehehe masing-masing malu dengan perbuatan masing-masing. Aku disentuh dan dia tersentuh.

   Kalaulah kawan-kawan aku yang lain tahu, mampus aku diaorang gelakkan. Padam la muka aku, sapa suruh pakai boxer, dah tahu pakai seluar sukan, tak ker teruna aku dah hilang..hahaha apapon itu semua antara salah satu kenangan yang paling indah dalam hidup, tidak kira lah perkara tu memalukan dan malah bila teringat balik apa yang terjadi, kenangan tu boleh buat aku tersenyum sorang-sorang dan mencecah sampai ketelinga.

   So the moral of this story, buat bebudak laki yang suka pakai boxer tu, better la korang pakai seluar dalam.hehehe :).

No comments: