Friday, 20 September 2013

Bila Mak tak ada !


   Malam-malam macam ni tak ada apa untuk aku buat. Lepas solat maghrib, makan then layan citer kat tv kejap. " Arghhhh bosan, tv pon tak ada citer yang menarik", keluh aku dalam hati. Malam ni, belum terasa sunyi lagi, adik perempuan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ada balik. Tapi besok dah nak balik kolej. Mak aku pun dah bertolak ke Pahang pagi tadi. Ada hal kat sana.

   Besok mulalah sunyi kat rumah. Yang tinggal aku dan adik laki ajer. Huwaaaaaa... bosan. Dua minggu tak ada orang kat rumah. Adik bongsu aku belom tentu lagi melekat kat rumah ni. Ada ajer plan dengan member-member dia.

   Ni baru mak aku pergi Pahang sebab ada hal. Aku dah rasa kosong. Macam mana lah keadaan dan rasa anak-anak yang dah kehilangan mak dan ayah diaorang di usia muda. Sedangkan mereka masih diperlukan untuk teruskan hidup yang penuh dengan cabaran. Terfikir aku dalam-dalam. Terasa lemas !. Tak mampu untuk aku bernafas.

   Hurmmmm tak dapat aku gambarkan jika benda yang sama berlaku pada aku suatu hari nanti. Harap-harap Allah berikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang buat mak. Aku belum bersedia untuk hadapi.

   Buat Mak, kasih sayang Chik tidak akan pernah pudar, sayang sampai bila-bila :). Terima Kasih sebab lahirkan, besarkan dan didik Chik sehingga ke hari ini.

No comments: