Friday, 20 September 2013

Aku di zaman sekolah

 
 
 
   Bila tengok video budak ni, terasa diri ni kerdil sangat-sangat. Seorang budak kampung yang dulunya dipandang hina dan sekarang di hormati dan di kenali oleh semua orang. Berkat bakat yang Allah bagi, jika digunakan dengan baik, InsyaAllah akan berjaya. Salah seorangnya adalah " Dia". Lirik lagu yang dinyanyikan mempunyai makna yang mendalam, dan itu membuat aku sangat-sangat tersentuh.
 
   Itu cerita pasal budak ni, it just sumber idea. Teringat pula zaman aku kecik- kecik dulu, seorang budak kampung. Lebih kurang sama saja kot life aku dengan dia. Melalui saat getir, seorang budak kampung dan hidup dalam serba kekurangan. Aku dulu boleh dikatakan 'nerd' student jugak la. Mana tidaknya, baju sekolah aku butang sampai leher, even tak pakai tai. Seluar pulak sampai paras pusat.
Aku tak dihantar kesekolah Tadika, sebab mak dan ayah aku tak mampu. Bila umur cukup tujuh tahun Aku di hantar ke sekolah Rendah. Sekolahnya tak adalah jauh sangat, jalan kaki dalam 20 minit pun dah sampai. So bila melangkah masuk darjah satu, permulaan alam baru buat aku. Tak pernah bergaul dengan orang. Takut la jadinya. Semua orang di sekeliling dirasakan terlalu dan tersangat asing buat aku. Mereka semua seolah-olah memerhatikan aku dengan pandangan yang tajam. Kecut perut. Aku tahu menangis dan menangis. Sampai satu tahap ayah aku terpaksa masuk dan duduk sekali dalam kelas, sampai la habis. Ayah aku kiranya belajar sekali. Bila difikirkan balik, kelakar pun ada.
 
Salah satu gambar kenangan yang aku ada. Rindu mereka semua :(
 
   Bila aku makin selesa, dan tidak buat perangai di sekolah, ayah cuba untuk tinggalkan aku sendirian. Bersama kawan-kawan yang lain, aku tempuh dengan baik. Tapi tidak kemana pun, sampai satu tahap aku keluar dari kelas dan berlari ke pintu pagar sekolah. Aku mengamuk nak balik ke rumah, tapi dihalang oleh seorang cikgu lelaki. Cikgu Suhaimi. Sedaya boleh dia halang, last-last budak yang dulu seorang yang pasif, bertindak dengan dengan luar biasa. Tangan cikgu Suhaimi aku gigit, berdarah agaknya. Mungkin !. Mungkin tidak tahan dengan gigitan aku, aku terlepas dari pagar sekolah. Hahaha... aku lari sambil menangis. Di belakang, Cikgu Suhaimi terus mengejar. Rasa macam acara merentas desa pun ada jugak.
 
   Sampai rumah, teruk aku kena marah dengan kakak. Sambil tu aku melawan " chik dah tak nak pergi ke sekolah". Cikgu Suhaimi hanya melihat kerenah aku. Dah tanggungjawab dia, nak pastikan aku tak apa-apa, barulah dia balik ke sekolah.
 
   Tetap juga aku dihantar kesekolah, biasalah dah kena marah dengan semua orang. Gagahkan jugak la kaki ni. Alhamdulillah, makin lama, aku makin selesa dan rapat dengan kawan-kawan. Sehinggalah aku tamat darjah enam dan ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok. Disini lah, aku mula mengenal erti hidup. Belajar berdikari dan bergaul dengan semua orang. Bermula daripada kosong. Aku belajar dan belajar. Tapi aku tetap ada kelemahan diri, nak jumpa cikgu aku takut, nak kebilik guru aku takut, nak bercakap dihadapan orang ramai pun aku takut. Rasa rendah diri yang tersangat.
 
 
 
   After PMR aku semakin berubah, berani berhadapan dengan semua orang. Keputusan peperiksaan aku untuk setiap kali ujian, makin elok dan bertambah elok. Aku mula rancak belajar dengan menghadiri kelas tambahan untuk memastikan yang aku betul-betul bersedia untuk menentukan hala tuju hidup aku selepas ini. Aku berani bersuara, setiap kali ada pertandingan melukis aku join. Alhamdulillah ada yang menang dan ada juga dikalanya aku hanya mendapat tempat saguhati. Setiap kali ada program diluar, aku join ajer. Seronok !.
 
   Tingkatan lima, aku ditawarkan oleh guru disiplin untuk menjawat jawatan sebagai pengawas sekolah. Happy tak terkata. Aku diberi kepercayaan untuk pikul tanggungjawab tu. Seronok, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa. Dalam diam tidak aku sangka, setiap gerak geri aku diperhati oleh guru kelas. Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku terima jer !. Semua berlaku terlalu pantas, aktiviti kokurikulum aku memegang jawatan sebagai  setiauasaha kelab persatuan, tetapi tidak dalam acara sukan. Aku just involve dalam acara merentas desa.(Tak pernah menang pun,hehehe...).
 
  Waktu dan hari yang aku nanti, hari peperiksaan SPM. Aku lalui dengan baik, aku hanya berusaha dan berdoa semoga segala urusan aku di permudahkan. Dengan tenang semua itu berlalu, dan tiba detik perpisahan. Perpisahan yang tiada jemputan. Hari dan saat yang paling sedih. Lima tahun bersama, dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima, caci, marah, dengki, sedih, epy semua berkumpul menjadi satu. Masing-masing bermaafan dan itulah hari terakhir.
 
   Masing-masing dengan haluan masing-masing. Bawa diri dan diam sektika. Dan bertemu kembali masa ambik result SPM.
 
 
 
  


No comments: