Sunday, 8 September 2013

" Si Pegembara coretan kisah hidup aku, Seorang Budak Kampung ".

   Assalamualaikum. Rasa bosan giler-giler dua tiga arini, almaklumlah, adik perempuan aku dah gerak ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK), family kakak aku pun dah balik ke rumah diaorang kat Tanah Merah. Yang ada kat rumah hanyalah aku, adik bongsu dan mak ajer. Alhamdulillah malam ni hujan turun renyai-renyai, lemah gemalai membasahi bumi. Terasa sejuk, segar dan nyaman sangat- sangat. Di luar rumah kedengaran cengkerik menyanyi, begitu jugak dengan katak, memecah kesunyian malam dan beginilah suasana kampung. Bagi aku seorang budak kampung, suasana begini tidak begitu terasing, malah aku bersyukur kerana lahir di kampung dan bebas dari hiruk pikuk kota. Penuh dengan hutan konkrik, kenderaan dan kesesakan manusia yang memeningkan. Huhhhhh....Terasa sesak dan melemaskan jiwa.
 
   Dah lama juga rasanya aku tidak menulis sesuatu kat blog yang merupakan diary kedua hidup aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa idea tidak datang. Niat dihati sentiasa ada, tetapi idea yang ada terus menghilang. Mungkin kerana banyak benda yang harus aku fikirkan. 'Barangkali'...
 
   Blog aku ni barangkali dah bersawang kot, hahaha.. dah lama aku tak cuci dan sapu habuk.
 Entah-entah korang yang menjengah blog aku ni terasa sesat macam masuk dalam gua agaknya. Sepanjang aku tak menulis ni pun, banyak benda yang aku alami, tidak kiralah ianya benda baik mahupun buruk. Benda yang baik, Alhamdulillah. Tapi kalau benda yang buruk, hurmm aku terima juga dengan redha, kerana aku yakin semua itu ujian dari Allah S.W.T.
 
   Sepanjang aku diamkan diri dari menjengah kat sini juga, aku 'GALAU' dengan perasaan aku. Rasa sedih yang teramat datang menjemput tanpa aku sedar. Puas jugak aku mengelak, tapi ianya tetap datang. Datang membelenggu jiwa aku, perghhhh letih aku dengan semua ni. Nak mengeluh sangat-sangat pun aku tak boleh, macam aku tidak redha dengan ketentuan Allah, betol tak?, dan sapa setuju sila angkat kaki...hehehehe...
  
   Ada juga aku menjengah ke blog-blog yang lain, banyak cerita pengalaman hidup yang dikongsikan dan ianya menjadi titik semangat dan idea buat aku untuk teruskan hidup. Adakala aku terasa aku yang berada dalam setiap setiap cerita yang aku baca, haha feeling lak aku ni kan ?.
 
   So, malam ni, ini ajerlah yang aku nak konsikan, tentang setiap apa yang aku rasa. Unikkan manusia ni ?. Rasa sedih, gembira, marah, benci, sakit, sayang, cinta datang bersilih ganti. Begitu misteri dan indah ciptaan tuhan. Aku kagum akan semua ni. Malam ni juga aku akan tukar gambar, kemaskini apa yang patot kat blog ni, bagi nampak menarik, nampak kreatif sebaik mungkin, buat korang semua " Si Pegembara coretan kisah hidup aku, Seorang Budak Kampung ".

No comments: